Sedutan episod lepas ~
Ketika saya dan razin pergi One Utama,bas yang kami naik telah diserang oleh parasyte.Saya cuba mengalahkan parasyte tersebut tetapi sebaliknya yang berlaku,saya dikalahkan olehnya.Lembaga yang membantu saya sebelum ini ataupun dia menggelar dirinya Kamen Rider Blood.Dia mengalahkan parasyte itu dengan senang.
Pada esok harinya,sayapergi bertemu Prof.Ahmad dan bertanya tentang Kamen Rider Blood.Dia hanya menjawab dengan ringkas,'Belum sampai masanya'.Tiba-tiba fon Prof.Ahmad berbunyi.Selepas habis cakap dalam telefon,dia memberitahu saya untuk tunggu di sini sebentar.
Kamen Rider Parasyte - Part 13
Selepas Prof.Ahmad keluar.Migi beritahu saya,
Migi:Azman.Ini peluang kita.Kita perlu tahu tentang perkara yang dirahsiakan prof.Ia mungkin akan memberi masalah kepada kita juga.
Saya:Emm...saya rasa bersalah untuk mengesyaki prof.Tetapi sebagai peminat detektif,perkara-perkara ini perlu diambil berat.
Selepas itu ,saya dan migi cuba mencari maklumat-maklumat penting di bilik itu.Agak lama kami mencari,tetapi tidak ada apa yang kami jumpa.Saya terpandang komputer prof.ahmad.
Saya:Migi,saya rasa maklumat itu mungkin berada di dalam komputer prof.
Migi:Mungkin.
Saya terus membuka komputer tersebut.Komputer tersebut mempunyai kata laluan.Oleh itu,saya menggunakan kepakaran komputer saya untuk mendapatkan kata laluan.Di dalam komputer kami jumpa dua benda yang sangat membuat saya marah.
Salah satu daripadanya ialah tentang Farhana.Rupa-rupanya Farhana tidak dipindahkan ke Terengganu tetapi dijadikan bahan uji kaji Prof.Ahmad.Selepas mengetahui perkara itu,saya menjadi sangat bengang tetapi berjaya dikawal oleh migi.
Migi:Bertenang Azman.Kalau kau marah sekarang ini,kau ingat kita boleh kalahkan semua orang di dalam markas ini.
Saya:Kalau begitu.Bagaimana kita hendak menyelamatkan Farhana.
Migi:Kita keluar dari markas dulu,Pastu pergi ke tempat Farhana di uji.
Saya:Okay.
Selepas itu,saya terus pergi ke kaunter markas dan memberitahu yang saya ada perkara penting untuk dilakukan.Keluar dari markas,untuk tidak membuang masa.Saya dan migi bertukar menjadi Kamen Rider Parasyte type Wind.Kami terus pergi ke kawasan Farhana di uji.
Tiba di kawasan tersebut.Kami nampak dua orang menjaga pintu masuk ke kawasan tersebut.Oleh itu,kami menyerang secara senyap-senyap untuk tidak membuat huru-hara di kawasan itu.Kami memengsankan kesemua penjaga di kawasan itu.
Selepas jauh berjalan di kawasan itu,kami nampak ada satu bilik.Kami terus masuk dan nampak Farhana di dalam bekas uji kaji.Saya cuba menyelamatkannya,tetapi saya terlambat.
Saya menjerit
Saya:Farhana!!!!!!
Tiba-tiba saya bertukar menjadi manusia semula tanpa mencabut rider belt dan ditembak dari belakang.Tembakan tersebut tepat mengena ke jantung saya.
Saya:Pro..Prof...Prof.Ahma.....
Perkataan saya terhenti disitu.
Dia jalan ke arah saya dan mengambil rider belt tetapi tidak dapat mengambil medal kerana migi telah menyimpan semua medal di dalam dirinya.
Migi:Kau,,,kenapa.
Prof.Ahmad gelak dan berkata,
Prof.Ahmad:Korang telah mengetahui rahsia aku,Aku tiada pilihan.Jangan risau kau akan mati dengannya lagi lima minit.
Dia terus pergi meninggalkan saya dan migi.Migi membuat lubang di jantung saya dan mendenyutkan semula dengan menggbungkan tiga puluh peratus darinya ke jantung saya.
Pada waktu migi cuba menghidupkan saya semula.Saya berjumpa dengan Farhana .
Saya:Farhana?Adakah ini bermaksud aku dah mati.
Farhana:Tidak.Engkau belum mati.
Saya:Kalau begitu,bagaimana aku boleh jumpa engkau sekarang ini.
Farhana:Biar aku ceritakan dari mula.Prof.Ahmad dan ayah saya iaitu Prof.Ariffin telah mengkaji tentang makhluk pelik yang ada di dalam negara kita.Prof.Ahmad dapat tahu yang makhluk tersebut memang wujud.Makhluk tersebut ialah parasyte.Prof.Ahmad mencadangkan kepada ayah saya untuk menggunakan parasyte bagi membuat tentera untuk menjajah negara-negara yang lain.
Saya:Hah?.menjajah negara lain.
Farhana:Ye,menjajah negara lain.Tetapi ayah saya tidak bersetuju.Oleh itu,Prof.Ahmad memberitahu ayah saya yang dia hendak membuat kajian sendiri.Ayah saya tidak dapat menghalangnya.Salah satu daripada hasilnya ialah kamu dan Kamen Rider Blood.
Saya:Kalau begitu.Kami juga ialah bahan uji kaji?
Farhana:Betul itu.Oleh sebab itu.Ayah saya mahu saya membantu kamu tetapi telah digunakan Prof.Ahmad.Walaubagaimanapun,ayah saya telah membuat langkah keselamatan iaitu jika saya mati,saya boleh hidup di dalam mimpi manusia.Saya juga telah mencuba untuk memberitahu kamu tentang perkara ini tetapi tidak berjaya.
Saya:Kalau begitu.Itu ialah punca kamu muncul di mimpi saya.
Farhana:Tepat.Oleh itu,kamu perlu berjumpa dengan Ayah saya.
Bersambung...
YOU ARE READING
Kamen Rider Parasyte
FanficKamen Rider Parasyte ialah cerita pasal seorang budak berumur 14 tahun.Tangan kanannya telah diambil alih oleh parasyte.Mereka berdua telah dipilih untuk menjadi Kamen Rider Parasyte.Pada waktu ini,mereka sedang berada dalam misi membunuh parasyte.