Sedutan episod lepas ~
Razin rebah selepas menggunakan mod Dangerous.Dia di rawat di Hospital Khas dan dihantar ke Hospital biasa.Pada waktu aku melawat Razin satu parasyte merupa wanita datang melawat Razin dan mengenalkan dirinya sebagai guru kelas Razin.Dia membuat perjanjian dengan kami berdua.
Kamen Rider Parasyte - Part 21
Selepas beberapa hari,Razin semakin pulih.Pada waktu itu pula ,ayah Razin telah memberitahu kepada ayah aku yang aku selalu melawat Razin ke hospital.Ayah aku datang ke hospital dan cuba mempelawa aku untuk balik ke rumah.
Ayah:Azman.
Aku:Ayah?
Ayah:Kenapa dengan kamu ini.Kenapa lari dari rumah?
Aku:Ayah,saya mempunyai sebab yang tidak boleh diberitahu.Saya janji saya akan datang semula kalau semuanya dah habis.Saya akan datang sebagai anak ayah dan emak.
Ayah:Kalau begitu,ayah tidak boleh buat apa-apa.Tapi,sekurang-kurangnya datang melawat rumah.
Aku:Memang saya hendak.Tetapi kalau saya datang pon mak tidak akan gembira.Hati emak dan saya akan tercalar.
Ayah:Okay,tapi cuba fikirkan dulu ye Azman.
Ayah aku terus pergi dari situ dengan perasaan yang sangat sedih.Tetapi aku tidak boleh buat apa-apa.
Pada esok harinya,Razin telah diberitahu yang dia boleh keluar dari hospital.Dia telah dibawa oleh ibu bapa dia ke rumah.Aku pula pergi ke tempat Prof.Ariffin.
Pada malam itu,Farhana datang ke dalam mimpi aku.
Farhana:Azman!!
Aku:Apa?
Farhana:Aku dapat rasa ada bahaya akan menimpa korang.
Aku:Bahaya?
Farhana:Aku tidak sedap hati.Baik korang mengambil langkah berjaga-jaga.
Aku:Baik.
Aku terus bangun.Aku mengambil fon aku.Aku tengok sudah pukul 11 pagi.Aku keluar ke ruang tamu dan nampak Prof.Ariffin sedang membaca surat khabar.
Aku:Prof!
Prof.Ariffin:Selamat pagi,Azman.Apa yang kamu nak.
Aku menceritakan apa yang Farhana beritahu tadi.
Prof.Ariffin:Betul ke Farhana cakap ini?
Aku:Betul.
Prof.Ariffin:Selalunya kalau Farhana beritahu apa-apa ia tepat.
Aku:Farhana juga cakap yang kita kena mengambil langkah berjaga-jaga.
Prof.Ariffin:Okay.Tapi kita kena bawa Razin ke sini dulu.
Aku:Itu biarkan kepada aku.
Aku menelefon Razin dan menceritakan kesemuanya.Razin memberitahu emaknya yang dia mahu bermain basikal dan terus datang ke rumah Prof.Ariffin.
Aku:Okay ,Razin sudah sampai.Sekarang kita hen...
Tidak sempat aku menghabiskan ayat,telefon prof.Ariffin berbunyi.
Prof.Ariffin:Kejap ye.
Selepas bercakap dalam telefon.Dengan muka yang agak pucat Prof.Ariffin datang ke arah kami.
Prof.Ariffin:Azman,Razin.Apa yang Farhana cakap sudah menjadi betul.
Aku dan Razin menjawab serentah,"Apa?"
YOU ARE READING
Kamen Rider Parasyte
FanficKamen Rider Parasyte ialah cerita pasal seorang budak berumur 14 tahun.Tangan kanannya telah diambil alih oleh parasyte.Mereka berdua telah dipilih untuk menjadi Kamen Rider Parasyte.Pada waktu ini,mereka sedang berada dalam misi membunuh parasyte.