60 Saat Untuk Hidup

90 2 0
                                    

60 saat untuk hidup.



"Anda sukakan cabaran? Sukakan permainan? Serta kami dalam treasure hunt ini. Hadiah menarik menanti anda!"



Hamid mengambil poster yang baru di-print. Melihat senarai hadiah yang ditawarkan, dia tersenyum sendiri.


____________

"Eh best jugak hadiah ni. Kau join ke?", Haziq menoleh kearah Mikhael yang sedang memandu.



"Ha'ah aku nak join. Tapi masalahnya nak kena bawa partner sorang. Aku taktau mana nak cari"



"Ehem"



"Ehem apa?"



"Uhukk. Uhukk.. sakit pulak tekak aku nin uhukkk..", aik Mika ni tak faham ke? Ke buat tak faham?



"Hamboih batuk bukan main. Jap ye, dah nak sampai mamak. Tunggu sat na, satu selekoh je lagi ni, lepastu kau enjoy la minum basahkan tekak"



Ok dia betul tak faham. "Kau amiklah aku jadi partner kau. Senang"



"Ok gak tu", Mikhael memasuki simpang dan terus parking.



Mikhael dan Haziq breakfast bersama pagi tu. Seorang teh o ais dan mee hoon goreng, seorang sirap limau ais dan roti telur.



"Eh bila treasure hunt tu?"

"Lusa.. Cuba bagi nombor ic kau jap. Aku nak daftar ni" Mikhael menekan skrin telefonnya sambil mengunyah telur mata yang dipesan sekali bersama mee hoon goreng.



Selesai makan pagi, mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Biasalah, lelaki, melepak walaupun dirumah sudah tersedia segalanya. Mikhael dan Haziq sedang cuti semester dari sebuah universiti tempatan. Masing-masing mengambil subjek yang sama. ACCA. Mau pecah kepala mereka stres. Treasure hunt ini diharap dapat mengurangkan stres mereka pabila pulang ke universiti nanti. Cewah ayat sastera.

Mikhael sendiri pun rasa hidup dia kurang produktif sejak pulang ke rumah. Dari dia mereput asyik scroll twitter dan instagram, baik dia buat sesuatu.


60 saat untuk hidup.Where stories live. Discover now