Zainab Abidin

68 3 0
                                    

"Jap, apa nih?", Haziq membelek beg yang diberi oleh Mikhael.

"Beg ni ada baju, kamera, apa benda semua yang diguna esok. Kau ready tak nak treasure hunt ni? Nanti dia campak je kita kat mana-mana tau. Tapi dia kasi peta la.."

"Aku orait je. Tapi dia campak je? Eh, kau takyah drive mana-mana ke?"

"Takyah.. Lagipun first round dekat dalam building. Second round, baru keluar and third round, aku tak pasti lagi. Tapi tu pusingan akhirlah", Mikhael jelaskan apa yang diberitahu oleh Encik Hamid, orang yang ditemuinya tadi sewaktu mengambil barang tadi. Encik Hamid beritahu yang ada seorang artis wanita yang menaja treasure hunt ni.

Zainab Abidin.

Artis hot Malaysia. Memang lawa orangnya. Walaupun sudah mencecah umur 42 tahun, masih bergetah kata orang.

"Ingat, esok pukul 7 pagi aku gerak ambil kau. Jangan lambat. Jangan janji melayu. Esok by 8.30 am must be there tau?"

"Baik bos", Haziq memberi tabik spring.
__________

"Masya-Allah indahnya ciptaan tuhan", Haziq menoleh ke arah peserta wanita. Wajah mereka nampak muda. Mungkin baru lepas SPM? Habiskan waktu buat aktiviti berfaedah daripada mereput dalam rumah menunggu keputusan SPM mungkin? Haziq berteka-teki di dalam hati.

"Oi, pandang mana tu? Hamboi terus jadi singa kelaparan ha?"

"Hehe, you know me. Haziq the Handsome Boy. Weh, takkan dia kasi breakfast ni je? Roti dengan air mineral je? Kata treasure hunt. Kasi lah buffet breakfast ke? Baru ada tenaga". Haziq membelek isi goody bag yang diberi.

"Siapa suruh tak breakfast dari awal? Ni bukan amal bakti nak bagi makanan free-free. Ni pun kira bersyukur lah dia kasi. Kalau tak?", Mikhael mengangkat kening kiri.

"Ye la. Bercukur lah ni."

"Bersyukur. Apa kau bercukur?".

Pukul 9 pagi, selesai mendaftarkan diri, mereka diberikan taklimat di pejabat Encik Hamid. Nasib baiklah ruangnya besar.. kalau tak, tak muat.

Tak ramai yang menyertai pencarian harta karun ni. Ada 6 kumpulan. Masing-masing membawa seorang rakan sebagai partner. Ada 2 kumpulan wanita.

Selesai taklimat, mereka dibawa ke dalam bas untuk ke kilang lama. Itulah lokasi pertama untuk pusingan yang pertama.

Athirah salah seorang peserta yang sedang duduk di dalam bas, pusing ke kiri dan kanan kerana tidak selesa. Ni bukan idea dia untuk menyertai pertandingan pencarian harta karun ini. Ni semua Humairah punya cadangan.

"Eh kau apasal ke kiri, kanan. Duduk diam-diam boleh?", Humairah mengadu.

"Ish, kau tau tak aircond aku ni rosak? Puas aku dok pusing-pusing dia punya punat apa semua ni. Tak keluar pun angin. Panaslah!"

"Kau amik side aku lah hei. Aku pun tengah selesema.. malas nak sejuk sangat"

"Tu la kau, aku dah kata takyah masuk, kau nak jugak masuk. Waktu aku kata aku tak nak masuk, puas kau paksa aku. Sekarang kau pula selesema. Nah amik ni tisu. Meleleh-leleh hingus. Eiii... geli siot", Tyra menghulurkan tisu

Tyra menjenguk ke luar tingkap. Dan tertidur.

60 saat untuk hidup.Where stories live. Discover now