Panggilan.

91 2 5
                                    

"Hello, ni Encik Mikhael ke?"

"Ye saya. Ni sapa ye?"

"Encik Mikhael, ha ni saya dari treasure hunt tu. Saya nak tanya, bila Encik free ye?"

"Oh, sekarang saya free. Lepas ni saya expensive sikitlah sebab nak solat Jumaat. Ada apa ye?", Mikhael menoleh ke arah nasi lemak kukus Sungai Buloh yang baru ditapau. Pagi tadi turun ke ruang tamu, tengok tudung saji kosong. Mak malas masak harini, suruh bungkuskan je. Jauh pulak tu nak beli nasi lemak kukus ni.

"Kalau macam tu, boleh boleh tak Encik datang ke pejabat kami untuk ambil peralatan treasure hunt esok? Ada baju, kamera, beg, dan kelengkapan yang lain"

"Wow, siap kamera lagi."

"Ye Encik, kami nak buat ala Amazing Race, tapi bukan cameraman yang ikut, encik sendiri yang rakam dan kami akan lekatkan kamera ni dekat mana-mana bahgian yang bersesuaian. Macam dekat helmet ke.."

"Alright, kalau macam tu, nanti saya datang"

"Jangan lupa ye Encik"

"Amboi siap ada kamera lagi, jangan-jangan nak masuk tv tak? Eh, glamour pulak aku nanti", bisik Mikhael di dalam hati sambil menukar stesen radio mencari lagu yang sesuai.

"Nega che calaga..." Eh lagu Korea.

"Abang sayang, abang di mana?....." Lagu melayu lama pulak.

"Najo da honge hum, Kabhi Khushie Kabhi Gham...." Lagu hindustan.

"Takde lagi yang fresh-fresh sikit ke?"..

"Yasin...." Jari Mikhael terhenti. Tersentap sekejap dengan petanda tuhan. Tiba-tiba teringatkan Quran yang sudah lama tak disentuh. Deep sungguh.

60 saat untuk hidup.Where stories live. Discover now