BAB 7

74 5 0
                                    


Sudah tiga hari Yuhaniz tidak menyedarkan diri. Yuhaniz tinggal di rumah agam milik keluarga Tengku Fateh. Dia dijaga rapi oleh keluarga Tengku Fateh. Setiap tiga jam doktor peribadi milik keluarga Tengku Fateh akan memeriksa keadaan Yuhaniz. Tengku Fateh dan ahli keluarganya sedang berehat di ruang tamu. Hj Osman dan Hjh Jamilah pula sudah pulang ke kampung halaman untuk menguruskan hal Natasya dan Razif. Razin dan Fatihah juga pergi ke kampung untuk abang kesayangannya. Tiba-tiba Yuhaniz terjaga daripada tidurnya.

" KAKAK!!!! KAKAK!!!! AKAK JANGAN TINGGALKAN YUE!!! YUE SAYANG AKAK!!! " jerit Yuhaniz sambil menangis.

Tengku Fateh dan ahli keluarganya yang lain terkejut dengan jeritan itu. Mereka segera mendaki anak tangga untuk ke bilik Yuhaniz manakala Fathia menelefon doktor peribadi keluarganya. Ku Faziera segera memeluk Yuhaniz. Walaupun Yuhaniz bukan anaknya, tetapi dia tetap menyayangi seperti dia menyayangi Natasya. Apabila dia memandang Yuhaniz, semua kerinduannya pada Natasya dan Razif hilang.

" Yue sayang. Yue kena sabar ya. Kak Sya dah tak ada." pujuk Ku Faziera.

" semua orang tak dengar cakap Yue! Kalau dia orang dengar mesti perkara ni tak akan berlaku." jawab Yuhaniz sambil menangis.

Tiba-tiba kelihatan Fathia dan seorang doktor perempuan memasuki bilik mereka.

" Yue!!! " tegur doktor itu.

Yuhaniz mengangkat mukanya lalu memandang ke arah suara itu. Serta merta dia menangis dan memeluk doktor itu.

" Kak Ain!!! " panggil Yuhaniz.

" syu... Yue jangan nangis. Nanti arwah tak tenang dekat sana. Yue kena reda dengan pemergian dia.. Yue sabar ya. Nanti akak bawa Atin sekali. " pujuk Ain pula.

" Kak Ain!!! Atin dah balik sini ke?" Tanya Yuhaniz sambil memberhentikan tangisannya.

" dah sayang. Yue tidur dulu ya. " balas Ain.

Ain menyuntikkan ubat penenang di badan Yuhaniz. Akhirnya dia tertidur. Ain dan keluarga Tengku Fateh turun semula ke ruang tamu.

" So, kak Ain ni kenal lah dengan Kak Yue!" tanya Fathia membuka bicara.

" terlebih dari kenal Thia. Yue tu memang rapat dengan kakak dia." jawab Ain.

" tetapi Aunty tengok dia rapat lain macam. Adik beradik orang lain rapat juga tapi tak lah seteruk ni. " balas Ku Faziera.

" aunty tak tahu ke hubungan Natasya dengan Yuhaniz.? " tanya Ain pelik.

" Yang kami tahu dia orang tu adik beradik! " jawab Tengku Fateh pula.

" hmm.. selalunya memang macam tu. Simtom dalam badan yang rapat membuatkan dia jadi begitu." balas Ain.

" Maksud akak! Di..di...dia o..o..orang ni ke..ke..kembar. " tanya Fathia tergagap-gagap.

" ya dia orang kembar. Cuma sifat yang berbeza. Baiklah aunty, uncle saya balik dulu. " kata Ain.

Selapas Ain mengucapkan kata-kata tersebut. Dia terus pulang ke hospital semula. Tengku Fateh dan keluarganya amat terkejut dengan kata-kata Ain. Mereka tidak pernah tahu yang Natasya mempunyai adik kembar.

Sudah seminggu Natasya meninggalkan mereka. Yuhaniz pula sudah meletak jawatan sebagai pramugari. Dia sudah tahu yang Tengku Fateh adalah CEO SYARIKAT PENERBANGAN yang dia bekerja. Dia trauma dengan kejadian yang menimpa kakaknya. Razin juga telah meletak jawatannya sebagai pilot kerana perlu menggantikan tempat abangnya. Yuhaniz hanya duduk di rumah Tengku Fateh untuk menemani Ku Faziera. Selama seminggu ni juga Yuhaniz tidak menunjukkan asperasi sedihnya. Dia selalu kelihatan gembira di hadapan keluarga Tengku Fateh. Malam itu Razin dan Fatihah lalu di hadapan bilik Yuhaniz. Mereka terdengar esak tangisan di dalam bilik itu. Tanpa mengetuk mereka masuk kedalam bilik itu.

" Akak kenapa ni? Akak kan kuat. " kata Fatihah sambil memeluk Yuhaniz.

" tak adik, tak, akak tak kuat. Selama ni akak pura-pura kuat je. Akak tak nak aunty risau. " balas Yuhaniz dalam tangisan.

" Ari ni adik teman kak Yue ya." arah Razin.

" baik abang!" jawab Yuhaniz.

Fatihah pun menemani Yuhaniz pada malam itu. Razin pula sedang berfikir dengan permintaan mama dan papanya siang tadi. Sesungguhnya dia buntu. Ku Faziera hanya memberikannya masa dua bulan untuk mencari peneman hidup, jika tidak dia akan berkahwin dengan pilihan ibunya.

Dua bulan telah berlalu. Kini Yuhaniz sudah kembali ceria. Kerana kehadiran Atin teman baiknya. Rupanya Atin ialah Eira kawan sekerjanya dulu. Fatin Syakira namanya. Razin pula, dia dah berbaik dengan Yuhaniz pasal kes kakaknya dulu. Mereka berdua menjadi sangat rapat.

" Yue!!! Kau teman aku buat lagu nak?" tanya Razin.

" buat lagu? Untuk apa? " tanya Yuhaniz lagi.

" lagu kita.. untuk kenangan. Kalau kau rindu kat aku kau nyanyi lah lagu yang kita buat tu." jawab Razin.

Haishh Zain ni! Aku smackdown karang tak pasal-pasal sampai brisbane. Suka hati je buat aku blushing. Eh jap! Kenangan? Apa maksud dia? Dia nak tinggalkan aku macam mana Kak Sya tinggalkan aku ke? Bisik hati Yuhaniz.

" kenangan? Kau nak tinggalkan aku juga ke? " kata Yuhaniz dalam nada sedih.

Tiba-tiba kedengaran bunyi orang ketawa. Siapa lagi kalau bukan MAMAT BAGA MACHO tu. Menyampah gila. Orang serius dia main-main.

" hishh aku serius lah ngok!" marah Yuhaniz.

" janganlah marah! Aku serius lah ni. Aku akan tinggalkan kau. Mungkin hubungan kita tak akan serapat sekarang nanti! " jawab Razin.

" kenapa kau cakap macam tu? Kau nak mati ke Mamat Baga Macho? " tanya Yuhaniz.

" haish burung kakak tua brutal ni. Bukan aku nak mati tapi aku nak kahwin. Mama bagi aku masa dua bulan untuk cari calon menantu. Dan masa dua bulan tu dah tamat. Maknanya aku kena kahwin dengan pilihan mama aku. Minta-minta lah tak gedik." Cerita Razin.

" ouh!! Aku tumpang simpati!! Tapi bukan dekat kau. Dekat perempuan yang akan kahwin dengan kau. So malang." balaa Yuhaniz.

Selepas Yuhaniz menghabiskan kata-katanya dia terus melarikan diri dari situ. Bukan sebab kecewa. Tapi sebab Razin akan kerjakan dia. Tanpa mereka sedari, ada seseorang memerhati gelagat mereka sambil tersenyum.

" okay stop! Aku penat" kata Yuhaniz.

Disebabkan Yuhaniz berhenti secara mengejut di tepi kolam renang. Razin terlanggarnya dan kebaboom. Kedua-dua orang masuk ke dalam kolam renang. Razin segera menarik tangan Yuhaniz ke palang tangga.

" sorry Yue! Aku tak sengaja. " Razin meminta maaf.

" tak adalah! Aku yang berhenti mengejut. " jawab Yuhaniz pula.

Razin segera memegang tangan Yuhaniz dan mensriknya ke tepi kolam. Mereka berdua naik ke bilik masing-masing untuk menukar pakaian sambil bergelak ketawa.






















~ TO BE CONTINUED ~


I LOVE YOU MY HUSBAND UNTIL DIEWhere stories live. Discover now