BAB 11

118 7 0
                                    


Yuhaniz bangun daripada tidurnya. Kelihatan Razin telah tiada di sisinya. Yuhaniz bersiap-siap untuk pergi berjalan-jalan di pantai. Sebelum dia keluar dari biliknya, dia sempat menulis surat dan meletakkannya di atas meja.

Pagi yang nyaman. Yuhaniz berjalan-jalan di gigi pantai menenangkan hatinya. Kemudian dia duduk di atas bangku kecil. Nyamannya pemandangan di pantai Cherating iaitu kampung halamanku.

Eh! Tu bukan ke Yue? Dia buat apa kat sini. Bisik hati Razin.

Razin mengeluarkan telefonnya lalu menaip sesuatu. Tidak sampai seminit telefonnya  berbunyi.

Wife dekat pantai lah biyy.

Razin hanya tersenyum simpul. Jujurnya wife aku ni. Desis hati Razin. Dengan langkah bahagia dia berjalan ke arah Yuhaniz namun, perjalanannya terhenti kerana kedatangan seorang lelaki yang dia kenali menghampiri isterinya. Kerana inginkan jawapan, Razin membuat keputusan untuk duduk mengintip.

          "Kau nak apa hah?" tempik Yuhaniz.

          Lelaki tadi hanya sepeti tadi berlagak selamba. Huh! Ada lagi orang macam ni rupanya.

          "Eh, kau tak faham bahasa ke? Aku dah kahwin kan. Kau dah ada Shazleen apasal kau cari aku." tempik Yuhaniz lagi.

          "Dia penipu. Dia cakap dia sakit. So, aku kahwin dengan dia. Rupanya, dia tak sakit." kata Izzad pula.

          Yuhaniz tidak mengendahkan setiap butir bicara Izzad. Dia berjalan meninggalkan Izzad di situ. Tetapi kakinya berhenti melangkah ketika terdengar jeritan Izzad.

          "Kau bodohlah Yue. Kau bodoh sebab terlalu setia. Laki kau curang pun kau tak tahu kan? Sebab apa? Sebab kau dah setia dengan dia." jerit Izzad.

Tak! Tak Razin tak macam tu. Ni semua fitnah. Bisik hati yuhaniz.

          "Kenapa? Tak percaya? Aku ada buktilah Yue. Bukti yang mengatakan bahawa lelaki yang kau sayangi tu berpelukan dengan perempuan lain. Dan perempuan itu sendiri Shazleen Amani, isteri aku dan kawan baik kau."jerit Izzad lagi dan terus beredar.

Yuhaniz jatuh terjelepuk. Dia menangis. Adakah lelaki yang selama ini dia kasih mengingjari janjinya. Tak! Aku kenal suami aku. Tapi? Kalau gambar itu memang dia. Aku boleh terima ke?

          "Arghhhh" jerit Yuhaniz sekuat hati untuk melepaskan tekanan yang sarat di dalam fikirannya.

          Razin yang dari tadi mengintip perbualan mereka segera berlari ke arah Yuhaniz selepas mendengar pekikan itu.

          "Wife!" panggil Razin dengan lembut. Aku harap dia tak percaya dengan kata-kata lelaki tadi.

          "Pergi.. aku nak bersendirian.. jangan kacau aku." bergetar suara Yuhaniz ketika bercakap.

          Sakit? Perempuan mana tak sakit bila tahu bahawa lelaki yang selama ini dia sayang CURANG? Perempuan mana yang tak sakit bila dapat tahu lelaki yang dia cinta BERPELUKAN dengan perempuan lain? Perempuan mana yang tak percaya dengan tuduhan itu kalau BUKTI memang ada di depan mata? Perempuan mana?

          "Semua tu fitnah sayang." seraya itu Razin memeluk Yuhaniz. Seerat-eratnya.

          "Tipu! Biyy tipu wife... wife benci Biyy" yuhaniz memukul dada bidang Razin supaya pelukan itu dilepaskan namun sebaliknya yang berlaku. Pelukan itu makin diperkemaskan.

          "Shuu... Yue istighfar sayang." Razin bersisik ditelinga Yuhaniz.
Dengan segera Razin mengangkat Yuhaniz kembali ke bilik mereka.

          "Ini baru sahaja permulaannya Yuhaniz Batrisyia.. kau tunggu malam ni. Kerana malam ni aku akan dapatkan Tengku Razin Qusyairi sepenuhnya."

         "Dan aku akan dapatkan Yuhaniz semula. Memang tepat pilihan aku untuk bekerjasama dengan kau Leen. Well, thanks because be my Wife just for a while. But your body so hot. Aku tak boleh nak lupa. Aku nak lagi boleh?"

          " Kau gila ke Izzad?" marah Shazleen.

          "Relakslah. Kau still bini aku selagi aku tak ceraikan kau. Dengar sini Shazleen Amani. Aku akan ceraikan kau dengan talak dua bila Yuhaniz dah sah jadi isteri aku."

Mereka berdua ketawa seperti manusia yang telah dirasuk syaitan. Tapi, mereka tak tahu yang seseorang sedang merakam berbualan mereka.







Bab yang cincai dan pendek. Kita tunggu di bab seterusnya. Apakan tindakan mereka dan siapa yang merakam berbualan mereka.

I LOVE YOU MY HUSBAND UNTIL DIEWhere stories live. Discover now