#Chapter Four - Bunga Kematian

1.6K 106 11
                                    

" I- Ini bunga yang diletakkan di tanah perkuburan."

Raehoon memandang kearah Taehyung yang berada di sebelah mejanya. Ada lagi namja ni. Yang dua ekor tu, lepas letak benda ni atas meja aku boleh pula lari. Tapi, dari mana mereka dapat bunga si*l ni?

Raehoon cuba tenangkan diri. Tak sakit hati sangat dengan bunga ni, sakit hati dengan orang sebelah. Susah- susah aku cari dia, last-last jumpa dia, dia buat tak kenal. Herhh!

"Fuyyo! Cantiknya bunga ni! Agak-agak kat mana aku patut letak ye?" Ucap Raehoon kononnya bercakap dengan diri sendiri. Konon happy bagai, yelah buat muka cuak nanti orang lain gelak pula. Dahlah kelas pun sunyi, orang lain macam tak ada mulut je.

"Kau ni terlalu bising. Hantu sepatutnya berlagak macam hantu, senyap dan tak menonjol." Sindir Taehyung tanpa memandang Raehoon. Entah kenapa, Raehoon tiba-tiba sahaja tdak dapat mengawal diri. Dia ketawa sinis lalu mengambil jag yang berisi air dan bunga itu dari mejanya dan mula menyiram Taehyung.

"Kyaah! biar betul."

"Habislahhhhh."

"Memang tempah maut!"

Pelajar lain terkejut melihat perbuatan berani mati Raehoon, serius ah ada orang berani macam dia.

"Oops, tak sengaja... Aku betul betul tak sengaja. Tangan aku licin~" Ucap Raehoon dengan nada mengejek.

Taehyung hanya mendiamkan diri. "Dia tak ingat aku ke? Dulu aku selalu jugak letak bunga ni atas meja dia sambil panggil dia hantu and dia suka je. Tapi asal sekarang penerimaan dia lain." Fikir Taehyung. Dia amat berharap yang Raehoon mengenalinya.

PAP PAP PAP

Pantas mereka memandang ke pintu kelas, tepukan yang agak kuat diberi oleh Namjoon dan rakannya.

"Gila." Kata Suga sambil menggeleng kepala. Taehyung melepaskan keluhan berat kerana bimbang akan keselamatan Raehoon.

'Macam mana aku nak tolong dia ni?'

Namjoon berjalan menuju kearah mereka berdua. Melihat keadaan Taehyung yang basah kuyup amat memalukan baginya. Mereka BTS, mereka juga anggota Persatuan Pelajar. Perkara ini mencalarkan egonya sebagai orang yang berpangkat besar disekolah.

Namjoon menghentikan langkahnya dihadapan meja Ji wook. "Move." Arah Namjoon dingin. Ji wook membatu, membiarkan arahan Namjoon bertebangan dibawa angin.

"Aku. Cakap. Per. Gi." Namjoon mengulang semula arahannya tu dengan menyebut perkataan satu persatu. Takut - takut si Ji wook tak bergerak kerana memang bodoh sejak lahir.

Melihat Ji wook yang masih steady duduk membuatkan telinganya berdesing. Namjoon memterbalikkan meja Ji wook ketepi dan menendang Ji wook hingga dia terjatuh dari kerusi. Ahli BTS yang lain mula ketawa termasuk Taehyung.
Basah basah pun masih happy.

Namjoon ketawa sinis.

"Kau berlagak sangat kenapa? Kau ingat aku takutlah dengan kau sebab kau ni pengampu cikgu?" Soalan Namjoon tidak dibalas. Ji wook bangun dan menayang muka bodoh untuk menambah lagi bara dalam hati Namjoon.

"KAU INGAT AKU TAKUT DENGAN KAU HAH?" Tersentak satu kelas dengan tengkingan tiba-tiba dari Namjoon. Namjoon menghampiri Ji wook.

"Aku tanya ni, kau jangan sampai aku ulang. Perkara lain jadi nanti."

Ji wook menghela keluhan. Nak marah tak berani. Nak berdiam diri, sakit hati. "Tak, aku tahu kau tak takut dengan aku. Kalau cikgu pun kau tak takut, takkan nak takut dengan aku kan?" Jawab Ji wook lebih kepada menyindir. Namjoon menepuk perlahan pipi Ji wook.

BULLIED LOVE (BTSFanfiction)Where stories live. Discover now