#Chapter Three - BiTiyeS

2.9K 262 7
                                    

"V!!" Jerit Jimin dan Jungkook serentak.

Raehoon mematikan niatnya untuk menegur kawannya itu dan memilih untuk melihat saja apa yang berlaku.

"Orang panggil dia V? Tapi kenapa? Takkan dia dah berubah." Bisik Raehoon.

"Asal kau lambat V? Cakap ade hal. Padahal kau sibuk membuta tadikan?" Marah Jimin sambil menolak kasar bahu Taehyung.

"Entah. Dah lah kau datang dengan selekeh macam ni, buat malu je." Tambah Jungkook pula.

"Bising la korang ni. Dengar sini ye, walaupun aku pakai selekeh aku tetap handsome tahu tak? Tak macam korang pakai kemas macam budak skema. Tambah spek je 'tadaaa' nerdy guy is here!" Sindir Taehyung sambil memakai tali leher. Dia memandang Mr. Henry lalu mengangkat sebelah tangan tetapi dibalas dengan jelingan.

Manakala Jungkook dan Jimin memandang satu sama lain lalu membuka butang baju dibahagian atas dan melonggarkan tali leher mereka."Mana ada, aku tak skemalah!" Kata Jungkook sambil mengusutkan rambutnya.

~Geusoneul nae mirojwo save me save me. I need your love before i fall (fall)~

Mr. Henry mengambil telefonnya yang berdering di atas meja.

"Mr Henry minat k-idol jugak ke? Aigoo tak matang langsung." Tegur pelajar kelas itu. Mr. Henry tidak menghiraukan kata-kata mereka.

Beberapa minit kemudian dia memutuskan talian telefon.

"Ok semua, saya kena keluar sebab saya ada kelas, Mrs Lee pulak tak ada so awak bolehlah study dulu. Yang penting, waktu Math kejap lagi saya nak semua orang dah siapkan kerja rumah." Lalu dia terus beredar dari kelas itu.

Taehyung melihat seseorang duduk di sebelah mejanya. Dia cuba untuk menganalisis wajah perempuan itu namun tak bisa kerana perempuan itu menunduk. "Sapa duduk sebelah meja aku tu?" Ujar Taehyung seakan berbisik.

"Target baru kita tu. Dia baru je masuk tadi." Balas Jimin. Taehyung mengangguk faham. Kiranya budak baru tu dah sampailah.

"V jom!" Ajak Jungkook sambil menumbuk perlahan lengan Taehyung. Taehyung membetulkan rambutnya dan berjalan menuju kearah Raehoon. Raehoon cepat-cepat mengambil buku lalu menutup wajahnya menggunakan buku itu.

Taehyung menghampiri lalu merendahkan badannya sambil tangan menarik buku yang di pegang oleh Raehoon. Dia tersentak apabila melihat perempuan disebalik buku itu adalah Raehoon.

"R-rae—Erm Annyeong?" Sapanya sambil mengawal riak muka. Air liur ditelan.

Raehoon memberi pandangan kosong sebelum mengangguk kepalanya perlahan. Taehyung terus berdiri tegak lalu memandang Jungkook dan Jimin.

"Abaikan dia dulu." Arahnya pada Jungkook dan Jimin lalu duduk di mejanya yang bersebelahan dengan Raehoon.

"Kenapa si V tu?" Bisik Jimin pada Jungkook. "Entah la nak. Omma pun taktahu." Balas Jungkook membuatkan mereka berdua ketawa kecil. "Bodoh kau ni." Ujar Jimin dengan sisa ketawanya.

Kalau nak diikutkan Taehyung ni adalah salah seorang ahli BTS yang paling suka membuli orang lain. Without mercy pulak tu uolls. Tapi penyebab dia berkelakuan macamtu masih takdapat di kenalpasti sbb tak ada sumber yang tepat tentang kisah hidupnya.

Taehyung mendiamkan diri sambil jari jemarinya yang runcing itu mengetuk -ngetuk meja. "Aish, this is so awkward laa" Gumam Taehyung perlahan.

Raehoon memandangnya sekilas namun tertangkap kerana pada waktu itu dia juga memandang Raehoon. Masingmasing buat taktahu.

"Boleh mati keras aku dengan rasa awkward ni. Haih lemas , tak boleh nafas rasanya." Ujar Raehoon tanpa hiraukan Taehyung yang mendengarnya. Dia terus bangun dan berjalan keluar dari kelas.

"Raehoon!" Raehoon berpusing kebelakang untuk melihat empunya badan yang memanggilnya. Tiba-tiba mulutnya ditekup dan dia ditarik oleh beberapa orang pelajar yeoja.

"MMMMMMM!"

Koridor Sekolah

"Maaf sebab tak dapat tolong tadi." Ucap seorang yeoja yang memakai tag nama Eunjin.

Raehoon masih terkejut hanya memandang kosong kearah mereka. Badannya menggigil.

"Maaflah tarik awak macam tu. Itu je cara nak sembunyi dari diorang." Kata yeoja yang bernama Soyou pula.

'Diorang tu siapa?'

"Awak mesti pernah dengar khabar angin tentang sekolah ni kan?" Tanya Soyou sambil memandang sekeliling. Takut ada yang mendengar perbualan mereka. Raehoon menggaru kepalanya.

"Khabar angin? Ah... ada! Ada orang pernah kata...'Hati hati dengan kumpulan apa entah dekat sekolah ni.' Kenapa?" Yang lain mengangguk mengiyakan kata-kata Raehoon.

"Kejap, Kumpulan BTS kan?!" Mulut Raehoon pantas ditekup oleh mereka. Lancang sungguh mulut si Raehoon ni, sesuka hati je sebut nama kumpulan tu kuat kuat.

"Ya, BTS atau dikenali sebagai anggota Persatuan Pelajar. Sesiapa yang cuba melawan Persatuan Pelajar kat sini memang tidak akan stay lama di sekolah ini. Lagipun, diorang dapat jawatan berdasarkan jumlah wang yang mereka dermakan kepada pihak pengurusan sekolah." Raehoon hanya mengangguk sepanjang mendengar keterangan dari gadis bernama Soyou itu.

Cis! appa aku pun derma banyak jugak dekat sekolah ni. engkorang semua je yang tak tahu. BTW, Persatuan Pelajar? maaflah aku tak takut. Aku bukan heran pun, aku datang sini pun utk pupuskan kegiatan buli macam ni.

"Sebab itu guru-guru disini tak dapat berbuat apa- apa. Awak tengoklah Mr. Henry tadi, dia kena bahan kaw-kaw kot." Sampuk Sanghwa pula. Raehoon tercengang, biar betik ni, yang cikgu bagi diorang pijak kepala tu kenapa lahai.

"So, mereka boleh berbuat sesuka hati kat sekolah ini? Sekolah ni ibarat omma appa dia yang simenkan semua tu?" Pertanyaannya dibalas dengan anggukan dan tawa kecil dari mereka.

"Awak ni sempat lagi buat lawak. Btw, cubalah untuk tidak terlibat dengan mereka. Jangan berani bertentang mata dengan mereka." Nasihat Eunjin dipahat dikepalanya.

Mereka macam raksasa. Tapi raksasa di takuti sebab besar. Diorang ni ditakuti sebab yang lain penakut je. HAHAHA

"Saya dengar sekolah ni ramai gila pembuli. Bukan geng Bts je, Ada queenka la , Dapat 7 dan banyak lagi. Tapi saya masuk sini, tak ada pun nampak queenka ke apa. Cuma ada tadi kes buli seorang guru yg kena ikat dalam loker and~~ Haaaa! budak dua ekor dalam kelas tadi. Si Jimin dengan Jungkook tu."

"Actually, Jimin, Jungkook and-"

"Hei, hei! Korang tengah mengutuk BTS ke?" Celah Jin yang datang entah dari mana tetiba je muncul. Dia tersenyum sinis sambil sebelah keningnya diangkat.

"Entah pape!" Dengus Namjoon sambil memandang tajam kearah Raehoon. Mereka terus berlalu meninggalkan 3 orang gadis yang terkaku sehingga mereka hampir jatuh terduduk.

"Is that BTS ?" Tanya Raehoon sambil matanya melekat pada figura-figura itu hingga bayang mereka hilang dari pandangan.

Jantungnya berdegup kencang. Wait a minute, mereka tu bukan pelajar lelaki yang mengaku anggota Persatuan Pelajar? Betullah tu!! Dioranglah BTS. Okay, ada ciri pembuli.

Raehoon terus memandang kearah 3 orang gadis tadi.

"Korang... Korang tak apa-apa ke?" Raehoon melambaikan tangannya beberapa kali. Entah kenapa mereka masih membisu. Mesti effect terkejut tak habis lagi ni.

Kringgggg Kringggggg -loceng berbunyi setiap kali masuk waktu pembelajaran yang lain-

"Loceng dah berbunyi, sila balik ke kelas masing-masing." Tegur seorang guru lelaki yang lalu di situ. Raehoon mengangguk dan terus berlari balik ke kelas meninggalkan 3 patung batu dikoridor itu.

KELAS 5-2

Raehoon berjalan memasuki kelasnya semula, alangkah terkejutnya dia melihat sebuah pasu bunga terletak elok diatas mejanya.

" I- Ini bunga yang diletakkan di tanah perkuburan."

__________________________________
Vote and Comment.
#HenrySuperJunior
#Matimati
#TengkingTercabutAnakTekak
#BTS

BULLIED LOVE (BTSFanfiction)Where stories live. Discover now