#Chapter One - Student and Leader

2.5K 208 1
                                    

'Kim Namjoon. Itu nama aku. Tapi sesetengah rakan baikku memanggil aku Mon, singkatan untuk Monster. Ada sebab mengapa aku dipanggil sebegitu. Aku anak tunggal, aku hanya ada seorang sepupu yang paling rapat dan 6 orang rakan baik. Hidup aku disekolah sangat membosankan tanpa melihat kesakitan dan kesedihan orang lain. Aku bukan psycho tapi aku tak suka tengok orang gembira.'

"Encik Nam. Encik Nam." Namjoon tersentak dari lamunan. Muka tak puas hati mula terpamer diwajahnya.

"Kita dah sampai sekolah." Ucap pemandunya takut-takut.

Namjoon turun dari kereta lalu berjalan melalui susur gajah. Hampir semua orang yang memandangnya cuba melarikan diri.

Siapa yang tidak takut pada Namjoon? Dia berkuasa, berpengaruh disekolah itu. Dia boleh menyebabkan banyak masalah pada orang yang dia tak suka.

"Oppa, ambillah ni. Ini kad majlis hari jadi saya." Langkah Namjoon dihalang. Dia mendengus kecil sambil memandang kosong kearah perempuan yang menghulurkan sekeping kad padanya.

PAK!

Sekelip mata kad itu sudah jatuh ketanah. Perempuan itu memegang tangannya. Pedih!

"Jangan kacau aku Seulbi, jadi aku takkan kacau kau." Ujarnya. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan mata-mata yang memerhati. Rimas! Itu yang dia rasakan.

Tiba-tiba saja dia mendengar jeritan kuat dari pelajar perempuan. Wajahnya terus di pusingkan.

"Maigad Jimin!!!"

Namjoon mendesis. Memang dia dapat agak gadis-gadis itu menjerit disebabkan si pendek Jimin. Namjoon terus berjalan semula ketempat parkir.

Tempat parkir kereta ini khas utk anggota persatuan pelajar, jadi tiada sesiapa berani menggunakannya selain mereka.

Dari jauh, Jimin melambai kearahnya. "Lalu sikit sayang." Kata Jimin sambil mempamerkan senyuman manis pada peminatnya, membuatkan mereka semakin teruja. Apabila muka Jimin bertukar kelam tiba-tiba saja laluan dibuka dan suara fansnya sudah tidak lagi kedengaran.

"Pandai pun." Ujar Jimin dengan senyuman lalu berjalan kearah Namjoon bersama 4 orang lagi rakannya.

"Kita masuk kelas dululah. V cakap dia ada hal. Well, hal membuta kot." Kata Jimin. Namjoon mengangguk lalu mereka beredar dari situ.

KORIDOR SEKOLAH

Seorang yeoja menarik nafas panjang sebelum memasuki kawasan yang asing baginya. Dia datang kesini bersebab. Pertama, untuk lupakan kisah silam. Dua, Menegakkan kebenaran kerana sekolah ini dikatakan penuh dengan anak orang kaya yang tidak sedar diri. Terakhir, untuk mencari seseorang yang telah hilang dari hidupnya. Langkahnya diatur dengan baik. Nafas dihela perlahan sama dengan rentak langkahnya.

"Is anyone there? Can someone help me?" Dia tersentak. Dia memusingkan wajahnya memandang kiri dan kanan.

"Erm. Where are you?" Soalnya.

"W-wait. Wh-who are yy-you?" Suara itu kedengaran lagi. Namun, nada ketakutan jelas kedengaran.

"I'm Kim Raehoon. Erm. Can you tell me where are you?"

"In the locker."

Raehoon terus memandang loker besar yang berada disebelahnya. 'Inikan tempat letak penyapu and alat-alat pembersih yg lain. Takkanlah.'

Raehoon membuka pintu loker lalu seorang yeoja yang badannya diikat dengan tali terus jatuh kelantai.

"Awak okay tak? Apa yang dah jadi ni?!" Raehoon terus membuka ikatan pada tubuh badan yeoja itu dan memapahnya.

BULLIED LOVE (BTSFanfiction)Where stories live. Discover now