#Chapter Two - Pabo

1.9K 103 2
                                    

BUKK!

"KAU BUTA KE? SAKIT LA BODOH" Tengking Namjoon sambil menjeling kearah nametag yeoja itu. 'clumsy gila minah ni.' gumam Namjoon, tangannya tak henti memegang bahunya. Sakit kot.

"Jeongmal, Jeongmal Mianhae!" Ujar yeoja itu sambil memohon maaf beberapakali lalu menunduk untuk mengambil bukunya yang jatuh ke tanah. Selesai dia mengutip buku dia bangun lalu ingin beredar dari situ, tetapi langkahnya terbantut setelah Namjoon bersuara.

"Woah , aku tak pernah jumpa yeoja sebiadap ni." Kata Namjoon. Yeoja itu mematikan langkahnya lalu memandang Namjoon dan rakan- rakan Namjoon silih berganti. "Maksud awak?" Tanyanya lembut. Namjoon ketawa sinis sambil memandangnya. "Kau nak aku mereput kat sini?"

Yeoja itu menggaru kepalanya yang tak gatal. 'Kawan kau ramai, takkan sorang pun tak boleh nak tarik engkau bangun.' gumamnya. Dia mengeluh perlahan, kemudian menghulurkan tangannya kepada Namjoon. Namjoon tersengih. "Cantik jugak dia ni." bisiknya.

Dia menarik tangan Namjoon lalu menunduk sekali lagi tanda hormat. Baru saja nak beredar kakinya di halang oleh Jhope menyebabkan dia terjatuh. "HAHAHAHAHAHAHA" Tak semena-mena mereka berenam ketawa.

"Aku rasa minah ni memang buta kot." Ucap Jhope. Dia menggosok matanya berulang kali kerana air matanya keluar. Jungkook terus menyambar beg sekolah yeoja itu yang terjatuh ditepinya.

"Agaknya ada apa dalam ni?" Mata yeoja itu membulat, dia terus bangun dan meluru kearah Jungkook.

"Janganlah! Jangan main dengan beg saya!" Jungkook ketawa halus sambil mengangkat tinggi beg itu. Disebabkan beg itu di pegang secara terbalik, semua buku yang berada dalamnya terjatuh.

Yeoja itu melepaskan keluhan kasar lalu mengutip semula buku-buku yang jatuh berselerak. Baru saja dia ingin mengambil buku berdekatan dengan kaki Namjoon.

Tibatiba Namjoon memijak buku tersebut. "Boleh tolong alihkan kaki tak? Yang awak pijak ni buku." Tegurnya dgn nada tegas.

"Apa ? Tak dengar." Ucap Namjoon sambil menggelengkan kepalanya.

"Janganlah bergurau lagi. Saya nak cepat ni." Rungutnya sambil menarik-narik bukunya yang berada dibawah tapak kaki Namjoon.

"Okeylah." Namjoon terus mengangkat kakinya dan berundur setapak kebelakang.

"Budak baru ? Aku tak pernah jumpa lagi yeoja nama Raehoon kat sekolah ni. Rasa macam nak berkawan pula, nak tak ?" Pertanyaan Jin dibalas dengan gelak ketawa rakan-rakannya yang lain. Fakenya semua, berlagak baik.

"Yup. pelajar baru." Balas Raehoon sebelum mempamirkan senyuman manis. "Mesti la boleh berkawan. Saya pun tengah cari kawan sekarang." Tambahnya lagi seperamah yang mungkin.

Jungkook yang ingin cepat cepat tamatkan drama fake mereka terus membuka bicara. "Actually kitorang ni anggota Persatuan Pelajar. Kau bertuah sebab tetiba kitorang rasa nak buat drama sebabak kat sini." Raehoon tersengih mendengar kata-kata yang di lemparkan oleh Jungkook a.k.a mamat babyface baginya.

"Lawak awak ni. Persatuan pelajar tu bukan kiranya semua orang eh, sebab kita semua ni pelajar." Kata Raehoon selamba lalu ingin melangkah pergi dari situ tetapi ditahan oleh tangan Namjoon.

"Lawak ke? Tak pernah ada orang cakap kawan aku lawak. Tak apa kita tengok macam mana lawak tu. I think you will regret for some reason." Namjoon melanggar bahu Raehoon lalu beredar dari situ bersama kawan- kawannya.

"Apa?" Gumam Raehoon. Yelah, tiba-tiba saja mereka semua nampak macam marah. Salahkah apa yang dia cakap tadi? Raehoon ternampak nametag yang berada berdekatan kakinya.

"Kim Namjoon. Yang mana satu agaknya."

Dia mengambil nametag tersebut lalu memandang kebelakang untuk mencari kelibat namja tadi namun mereka sudah lesap. "Sokaylah." kata Raehoon lalu meletakkannya kedalam poket.

KELAS 5-2
"Chim, mana V? Betul ke dia tak ponteng harini?" Tanya Jungkook. Jimin mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tiba-tiba pintu kelas dibuka, guru kelas mereka masuk beriringan dengan seorang gadis cantik yang dikenali oleh mereka berdua.

"Baiklah murid- murid hari ni kita ada kawan baru." Ucap Mr. Henry, guru kelas mereka.

"Okey, awak boleh kenalkan diri." Tambahnya lagi.

"Annyeonghaseyo, Kim Raehoon imnida. Saya dari Busan High School, sila beri tunjuk ajar." Kata Raehoon sambil lemparkan senyuman manis ke arah pelajar-pelajar yang lain.

"Raehoon awak boleh duduk di sebelah Kim Taehyung." Kata Mr. Henry lagi. Raehoon memandang rakan sekelasnya untuk mencari Kim Taehyung.

"Kim Taehyung? Again. I meet someone had the same name with him. I hope their attitude arent the same." Bisik Raehoon dalam hati.

"Kenapa masih tercegat kat sini? Pergilah duduk." Tegur Mr. Henry. Raehoon mengangguk lalu kembali memandang kearah rakan-rakannya. Mr Henry juga memandang kehadapan, mukanya terus berubah.

"Mana Kim Taehyung? Dia belum datang sekolah lagi ke? Jimin, Jungkook mana Taehyung?!" Tanya Mr. Henry dgn nada tegas.

"Kalau tak ada tak datang lagilah tu. Tanya-tanya pulak." Balas Jungkook selamba.

Mr. Henry mengetap bibir lalu memandang kearah Raehoon.

"Raehoon kamu pergi duduk kat depan Jungkook." Mata Raehoon terus membulat manakala Jungkook dan Jimin tersenyum puas. Raehoon berjalan dengan janggal sekali kearah tempat duduk baharunya.

"Hai, saya Raehoon." Ucap Raehoon dengan senyuman, namun Jungkook tidak membalas. Baru saja dia ingin duduk di kerusinya, matanya membulat, hatinya panas. Terdapat beberapa paku tekan yang sengaja diterbalikkan diletakkan diatas kerusinya.

'Ini ialah satu PEM . BU . LI . AN!'

"Seongsaengnim! Ada banyak paku tekan atas kerusi saya!" Adu Raehoon sambil mengangkat tangannya. Tidak semena-mena kelas menjadi sunyi. Hanya mendengar bunyi kipas yang berpusing.

KREKK

Bunyi kerusi yang tiba-tiba ditarik mengejutkan seisi kelas. Raehoon memandang ke belakang. Mata Jungkook dan Jimin tajam melihatnya.

"Duduk." Arah Jungkook.

"Aku Jeon Jungkook, ni Park Jimin. Selamat berkenalan." Ujarnya lagi. Raehoon mendengus geram melihat senyuman manis yang dipamer oleh mereka. Raehoon menjeling.

"Ini semua angkara mereka berdua. Dasar pembuli kelas rendah. Nak pijak pijak je muka hensem diorang."

Raehoon terus mengambil paku tekan itu dan mencampakkannya ke lantai. Dengan selamba dia duduk diatas kerusi tanpa menghiraukan Jungkook dan Jimin.

"Aku tak sangka aku akan menjadi sasaran buli. Malah dibuli dengan taktik selemah ini pula tu. Jimin, Jungkook, aku akan pastikan kau menyesal dengan perbuatan kau."

"Bosan." Omel Jimin seperti ditujukan pada Raehoon. "Lagi bosan tengok muka kau berdua..." Keluh Raehoon sambil memandang sekilas mereka berdua.

Tiba-tiba pintu dikuak dengan kuat. Terpancul wajah seorang lelaki selekeh dengan rambut yang tak disikat, tetapi ada sesuatu yang menyebabkan Raehoon tertarik untuk melihat lelaki itu. Senyumannya, senyuman yang amat dia kenali.

"Taetae?" Kata Raehoon perlahan, senyuman menghiasi wajahnya yang tadi masam mencuka.

"V!" Jerit Jimin dan Jungkook serentak.

___________________________________
Vote and Comment
#KimTaeAsV
#Sweetmomentsoon

BULLIED LOVE (BTSFanfiction)Where stories live. Discover now