Ke Perak ke Kita

128 11 2
                                    

Setelah seharian mereka menghabiskan masa di pantai itu, manager mereka memanggil kerana ada hal yang ingin dibincangkan.

"Baiklah. Petang ini kita akan bergerak ke Perak. Kita akan tinggal di Kampung Tawas. Tetapi,cuma kamu sahaja. Manager-manager akan tinggal di hotel yang berdekatan. Kamu semua akan diserahkan kepada sepasang suami isteri ni. Nanti kamu boleh lah berkenalan dengan diorang." Kata manager Exo. Manager BTS hanya mengangguk.
"Lagi satu, tujuan kami buat begitu adalah untuk memberi kamu lebih info tentang masyarakat melayu di Malaysia ini. Kan tengah bercuti? Mana tahu diorang bawak kamu semu pergi tengok ayam ke kambing ke kan?" Tambah manager BTS. Terbit keluhan diwajah mereka.

"Boringnya.." Keluh maknae line untuk kali yang ke 20.
"Dah nak sampai dah ni. Depan ni traffic light lepastu belok kiri straight sikit belok kiri lagi then straight then belok kanan sampai la." Pujuk Suho. Dia macam tahu je.
"Ayam! Kokk kokk kokk!" Kai membuat suara ayam bila ternampak ayam sedang melintas.
"Kambing! Baekk baekk!" Sehun membuat suara kambing bila nampak kambing tengah meragut rumput.
"Siapa panggil nama aku?" Baekhyun pulak yang terlebih perasan.
"Kau kambing eh? Ooo baru aku tahu yang aku berkawan dengan kambing." Balas Chanyeol diikuti gelak ketawa yang lain. Baekhyun dah menarik muka. Muncung dia boleh letak lima bijik eyeliner.
"Dah dah. Jom. Kita dah sampai ni." Exo dan BTS keluar dari van mereka.

"Annyeong!!" Sapa mereka semua. Keluarlah sepasang suami isteri yang sudah berumur ini.
"Annyeong cu..dah sampai dah?" Sapa seorang wanita tua ini. Suami isteri ni memang mahir dalam bahasa Korea ni. Tulah mereka terpilih untuk menjaga Exo dan BTS yang seperti budak 5 tahun ni.
"Mari jemput masuk dulu." Pelawa sorang lelaki tua ini pula.
"Takpelah. Kami tinggal kan mereka semua ni dulu. Kami kena cepat nak book hotel. Apa-apa masalah just call. Okay annyeong.." Balas manager mereka.

BTS dan Exo masih mendiamkan diri sambil sambil itu mata mereka melilau melihat rumah banglo milik suami isteri itu.
"Sebelum tu, atok nak kenal kan nama atok dulu. Nama atok ni Adnan. Bukan Adnan Sempit tu ye." Atok ni boleh pulak gelak-gelak dengan isterinya teringatkan cerita Adnan Sempit. Jejaka Korea di hadapan ternganga.
"Atok sambung ye. Kamu semua boleh panggil atok ni Tok Nan atau atok." Kata Tok Nan.
"Opah ni pulak namanya Azizah. Kamu boleh panggil Opah Zah atau Opah je. Aracchi?" Sambung Tok Nan. Pah Zah hanya tersenyum. Tekun sungguh mereka mendengar.
"Apa? Kenapa kena panggil oppah? Tu bukan abang ke? Untuk namja?" Soal D.o dengan mata yang bulat. Tok Nan dan pah Zah hanya tergelak kecil. Lawak sungguh mereka semua ni.
"Ni..kamu semua mesti lapar kan? Nak makan apa? Opah boleh masakkan." Soal pah Zah. Terbuntang semua biji mata mereka bila mendengar perkataan makan. Sungguh mereka berasa sungguh lapar ketika itu.
"Siapa nak tolong opah masak?"
Tiba-tiba D.o dan Jin berlari ke pah Zah.
"Opah!! Jin nak tolong!"
"Opah!!!! D.o pun nak tolongggg!!"
Pah Zah tersenyum lagi melihat kerenah mereka.
"Kalau gini lah jadinya..awak tak payah lah masak selalu yak.." Bisik Tok Nan kepada pah Zah.
"Iyelee.."

"Dalam rumah atok ni ada 5 je bilik tidur. Jadi atok kena la bahagikan kamu semua ni." Exo dan BTS mengangguk tanda faham. Selesai membahagikan bilik, makan semua tu, tok Nan mengajak mereka ke kolam yang dihasilkan sendiri oleh nya.
"Atok..besarnya kolam yang atok buat ni.." Ujar Jungkook teruja.
"Atok buat ni dengan anak-anak atok." Balas tok Nan. Mereka sudah pun memasuki kolam itu. Macam-macam ada, kolam ikan, kandang kambing, reban ayam, angsa, semua dalam kolam yang tok Nan buat.
"Mana anak-anak atok?" Soal Jimin pula.
"Diorang semua di Kuala Lumpur. Duk sebuk kerja la." Tok Nan tidak jemu menjawab semua pertanyaan jejaka-jejaka korea itu.
"Ni siapa nak pancing ikan ni?" Soal Tok Nan sambi menghulurkan joran. Adalah dalam 6 batang joran. Semua berebut nak ambil. Last-last diorang bergilir. Sementara nak tunggu tu, yang selebihnya tok Nan bawak pergi mengembala kambing dekat bukit belakang kolam ni.

"Saya gembala biri-biri, semua dijaga rapi-rapi.."
"Sudah dibawa makan mari, boleh berehat senang hati.."
Baekhyun menyanyikan lagu gembala biri-biri yang dinyanyikan oleh upin ipin  yang pernah dilihatnya di Pahang haritu.
"Kami biri-biri si Baekhyun, hari-hari makan rumput je.."
"Jalan bersama atas bukit, nikmati indahnya dunia.."
Kini semua menyanyikan lagu itu.
"Saya kambing yang paling sehat, dia kata saya terlembekkk.." Tok Nan pun masuk padang menyanyikan lagu itu. "Saya kambing yang paling cantik, saya sukaa saya sukaa!!" Jimin menyanyikan bahagian itu dengan gaya maknyah. Jungkook menolak kepala Jimin tanda menyampah. Jimin pun menarik muncung. Semua tergelak.
"Aigoo..atok pun dah terjebak layan kamu semua ni." Tok Nan menggelengkan kepalanya. Semua menghamburkan ketawa lagi sekali~

SKIP

"Arghh!! Penatnyaa!" Jerit Tao sambil berbaring di atas katil. Mereka semua sudah dibahagikan bilik.
"Tapi best kann??" Soal Kris yang turut menghempaskan badannya di atas katil. Tao menganggukkan kepalanya sambil mata terpejam.
"Weh..Kris. Jom ajak diorang buat sesuatu malam ni. Boring lah pulak." Suho dah mulakan idea nakalnya. Tiba-tiba je ni perangai dia berubah. Selalunya dia yang paling anti bab-bab nakal ni.
"Jom! Ajak BTS skali..huhuu.." Tao pulak yang teruja.
"Buat dekat bilik Xiumin hyung lah weh! Besar sikit!" Kai memberi cadangan. Semua mengangguk.

--TBC--

Maaf bosannn...author xde idea T^T huhuuu...

[H] Holidays!  +exobngtnWhere stories live. Discover now