(Bab 1 & 2 )

682 12 4
                                    

Bab 1

"Adik , kakak !! Cepat sikit . Lama dah papa tunggu ni " laung Azman dari luar rumah .

"Ye pa , i'm coming " balas Nadia , anak sulung azman sambil berlari-lari anak mendapatkan bapanya diikuti maisarah , adiknya

"Hey korng ni , kalau bersiap macam mak datin ! " perli azman .

"Heee sorry pa"

•____________________•

"Yeah yeah kita pindah rumah baru ! " sorak maisarah . Seronok rasanya apabila dimaklumkan oleh bapanya yang mereka akan berpindah .

"Adik ni , serabutlah loncat-loncat . Akak nak main game pon tak senang " marah nadia

"Eleh , main game ke main cintan " sampuk puan aida . Bukan dia tak tahu anaknya sudahpun berkekasih . Dia tidak melarang tapi tidak terlalu menyokong . Asalkan anaknya tidak terlalu melebih sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini .

Azman memandu mengikuti arah yang ditunjukkan dalam GPS yang sedia ada dalam keretanya . Matanya yang sedang menahan ngantuk dibuka seluas mungkin . Dia memakir keretanya apabila tiba di R&R . Dikejutnya ahli keluarganya yang lena dibuai mimpi tanpa dia sedari . Tadi dia rasa suasana keretanya sungguh riuh . Entahlah ~

"Yang , bangun . Kita makan dulu eh ? " kejut Azman .

"Hmmm .. " jawab puan aida . Dia menggeliat malas . Matanya digosok-gosok .

"Kejut anak-anak bang " katanya lagi . Azman hanya menurut . Bukan takut , sayang bini . Haha !

"Dik , kak bangun " kata azman .

Setelah setengah jam mereka menjamu selera , mereka kembali meneruskan perjalanan .

* Bab 2 *

Azman melilau sekeliling untuk mencari kedai makan atau sesiapa saja yang dia boleh tanya tentang alamat banglo tersebut . Nak minta pertolongan ahli keluarganya , dia rasa kasihan pula kerna mereka sedang tidur . Apa yang penat sangat pun dia kurang pasti .

Matanya terpandang sebuah gerai makan yang satu-satunya berada di kawasan tersebut . Syukur . Dia turun dari kereta .

"Assalamualaikum " tegur azman

"Waalaikumussalam " balas seorang lelaki separuh abad yang mengenakan kopiah putih di kepalanya .

"Pakcik , boleh saya tanya sikit ? " tanya azman

"Tanyalah " balas lelaki itu

"Pakcik tahu jalan ni ? " kata azman sambil menujukkan alamat rumah banglo tersebut .

"Oh jalan ni pakcik taktahu sangat . Tapi kalau dekat-dekat nak sampai tu taulah . Anak ni nak balik kampung ke ape ? " tanya lelaki itu .

"Eh takdelah . Saya nak berpindah " jawab Azman .

"Oh .. anak terus je dari sini , lepas tu anak masuk kanan . Nanti anak boleh tanya sesiapa dekat situ . Maaflah , pakcik tak taktau banyak sangat . Itu je yang pakcik tahu "

"Takpelah pakcik , itu pun dah memadai " kata Azman sebelum bersalaman dengan lelaki itu lalu beredar . Sempat dia bertanya nama lelaki itu tadi . Namanya bakar .

Bakar memerhatikan kereta Azman memecut laju . Dia terfikir sesuatu . Alamak ! "Eh nak ! " laung Bakar namun hanya sia-sia kerana Azman telah jauh memecut . "Harap kau selamat nak"

PINDAHWhere stories live. Discover now