Bab 3
Azman memecut keretanya . Sampai di satu tempat dimana dia harus memilih antara kiri atau kanan . Azman masuk ke kanan . Terpampang besar nama kampung yang dia cari . Dia tersenyum puas . Dia terus memandu melalui jalan yang agak sempit itu dengan berhati-hati . Sambil memandu , dia sempat memerhati sekeliling . Sunyi . Mungkin orang kampung sudah berada di rumah kerana hari sudah berginjak ke senja .
"Belum sampai lagi ke bang ? " tanya Puan Aida kepada Azman .
"Nak dekat sampai dah ni . Awak tu tidur lama sangat kenapa ? " soal Azman .
"Entahlah bang . Kepala ni rasa berat sangat . Anak-anak pun dah lama tidur ke bang ? "
"Haah . Lepas R&R terus je membuta " balas Azman .
Keadaan menjadi kembali sunyi seperti Azman memandu sendiri tadi . Puan Aida di sebelah seperti kematian kata . Azman meneruskan pencariannya . Sepatutnya dia sudah sampai kerana rumah itu bukanlah dalam sangat . Tapi dia juga tidak pasti kerana pertama kali penjual banglo itu menunjukkan jalan ke rumah itu , dia terlelap . Apabila matanya celik , dia sudah betul-betul di hadapan banglo tersebut .
"Kita cari sama-sama lah ye " kata Azman . Puan Aida mengangguk setuju .
Mata melilau memerhati sekeliling . Apabila ternampak sebuah banglo yang mewah , bahu suaminya ditepuk . "Bang tu ke ? " tanya Puan Aida .
"Eh , haah lah " balas Azman . Keretanya dipandu sehingga betul-betul dihadapan banglo tersebut . Dia turun dari kereta untuk memastikan banglo tersebut betul atau tidak . Ya , memang itu rumahnya .
"Bang , dekat sini takde rumah lain ke ? " soal Puan Aida ragu-ragu .
"Ada . Tapi jauh . Rumah kita ni agak dalamlah . " balas Azman .
"Ni rumah siapa pulak ? " tanya Puan Aida sambil menunjuk sebuah rumah yang sepertinya sudah lama ditinggalkan .
"Entahlah . Dah jomlah kita masuk . Dah maghrib ni . Kejut anak-anak . Saya nak angkat beg baju " kata Azman sebelum beredar .
•_____________________•
Keesokan harinya , mereka sekeluarga bertungkus lumus mengemas rumah . Untung saja perabot sudah disediakan tapi ada beberapa yang sudah tidak boleh dipakai . Jadi , mereka harus ke pekan untuk membeli perabot .
"Ni bilik apa pa ? " soal maisarah . Tangannya cuba memulas tombol pintu bilik kecil yang dia sudah tahu berkunci kerana terdapat sebuah mangga di situ .
"Papa pun taktau . Tuan rumah kata , jangan bukak bilik tu " balas Azman . Dia juga masih ragu . Apa yang ingin dirahsiakan sangat dalam bilik kecik tu .
Kring kring !
Azman berlari-lari anak untuk menjawab panggilan .
"Hello"
"Hello bang , mana rumahnya bang ? Dah lama kami gerak tak jumpa jugak ni " kata lelaki di hujung talian . Sebenarnya dia ditugaskan untuk menghantar perabot ke rumah Azman .
"Kau kat mana ? "
"Dekat kampung kenanga lah "
"Aik ? Cuba kau masuk ke dalam sikit . Rumah aku memang tersorok . Kalau tak jumpa jugak , bagitau aku "
"Okay"
* Bab 4 *
"Apahal dari tadi tak jumpa-jumpa jugak rumah ni ? Kita dah ikut gps tapi tak jumpa gak . Kalau bukan sebab kerja , aku dah blah doh "
"Tu pasallah . Kita sabar jelah . Nanti kalau tak jumpa gak , aku call lah mamat tu "
"Mamat ? Dia dah jadi bapak orang lahh "
"Hmm yelahh "
Setengah jam kemudian ~
"Aku dah tak tahan ni ! Dah berapa jam kita dok pusing-pusing tapi aku rasa kita jalan kat tempat yang sama je ! "
"Jap aku call "
Talian disambungkan ~
"Hello bang , kami dah pening kepala ni . Rumah abang tak jumpa gak . Gps pon tak membantu je "
"Hah ?! Kau ni biar betul ? Haihhh .. " kata azman
"Hmm saya rasa baik abang datang kat sini . Kami dekat pintu utama kampung ni bang "
"Okay , aku gerak sekarang "