Bab 5
"Kau tak rasa dia gila ke ? " kata lelaki muda itu . Kawannya tekun memandu mengekori kereta Azman
"Asal lak ? "
"Kau tengok lah kawasan kat sini cemana "
"Eh jap , bukan tadi kita dah lalu sini ke ? "
"Haah lahh . Tapi ... aik ? Tu ke rumah dia ? "
"Yelah kot . Dia dah berhenti dah tu "
"Kenapa tadi kita tak jumpa ? "
"Taktau lah aku "
"Hey , korang ni nak kerja ke nak borak ?! " sergah Azman yang entah bila muncul di tingkap bahagian pemandu itu .
Mereka berdua segera turun dari lori dan mula mengangkat barang-barang ke dalam rumah Azman .
Selepas mengemas , mereka berdua bersalaman dengan azman dan terus beredar dengan tergesa-gesa .
"Sumpah aku menyesal datang sini " itulah kata-kata pertama yang diucapkan lelaki muda itu setelah duduk di dalam lori . Wajahnya yang berpeluh dan pucat lesi dilap dengan tangan .