* Bab 6 *
Malam itu ..
Puan Aida mengikat sanggulnya sebelum berjalan ke halaman rumah . Niat di hati mahu mengambil angin .
Siungggggg ...
" Nyaman sungguh " katanya . Matanya memerhati keliling . Terasa bangga kerana tinggal di sebuah rumah yang sangat besar . Matanya membesar tatkala melihat rumah yang dilihatnya semalam . Rumah itu kelihatan baru dikemas . Walaupun dalam suanasa gelap , dia masih lagi dapat melihat dengan jelas . Ranting dan dedaun yang semalam mengotori rumah tersebut sudah tiada . Memang aneh .
Tiba-tiba , kelihatan seorang wanita separuh abad keluar dari rumah tersebut . Dia hanya mengenakan kain batik serta t-shirt lusuh . Rambutnya ditutupi dengan scarf sahaja . Setelah pintu dikunci , dia berjalan perlahan-lahan . Sepertinya dia mahu ke arah Puan Aida .
Puan Aida mulai cuak namun kakinya seperti sudah terlekat di situ .
"Anak baru pindah ke ? " satu suara menegurnya . Dia yakin itu suara wanita tadi .
"Jawablah nak " terasa bahunya disentuh . Mata dipejam erat . Dalam hati dia berdoa agar tidak diapakan oleh wanita tua ? Kedengaran memang kelakar atau bodoh tapi cuba kau berada kat situ .
Beberapa detik kemudian , dia rasakan seperti tiada lagi tangan yang menyentuh bahunya . Mata dibuka perlahan-lahan . Tiada . Syukur . Dia menghembus nafas lega sebelum berlari masuk ke dalam rumah .
" Jawablah nak "
•_____________________•
"Kenapa anak mama tak tidur lagi ni ? " soal Puan Aida apabila dilihatnya Nadia masih menonton televisyen sendirian di ruang tamu .
"Kakak tak boleh tidur lagi . Lagipun cerita ni best sangat " balas nadia . Tanpa memandang ibunya .
"Cerita apa yang ... eh , " Puan Aida berhenti dari menyambung kata-katanya .
"Sejak bila anak aku suka tengok cerita hantu ni ? Dalam gelap , sorang pulak tu ! " sambungnya dalam hati .
"Kenapa ma ? Ada apa-apa masalah ke ? Ke mama nak teman kakak sekali ? " jawab nadia sambil tersenyum aneh .
Haihh takkan dua kali ~
Puan Aida sudah tidak betah berada di situ . Bulu romanya sudah tegak berdiri .
"Nak tak ma ? " soal nadia lagi
"Hmm huaaaaa mama dah ngantuk ni " kata Puan Aida sambil berpura-pura menguap .
"Kakak tengoklah sorang-sorang . Nanti jangan lupa tutup tv sebelum tidur . Jangan biar tv yang tengok kakak . " balas Puan Aida sebelum tergesa-gesa cuba beredar .
"Nantilah dulu ma ..... " kata nadia dengan nada dan kedengaran agak menakutkan . Sekarang Puan Aida yakin 100% itu bukan anaknya . Abistu siapa ? Wanita tua tadi ?
"Mama .... " nadia memanggil lagi . Puan Aida rasakan seperti mahu pengsan namun dia masih tercegat di situ . Jika dia pengsan sekurang-kurangnya dia tidak perlu hadap 'benda' tu .
"Takkan dengan 'anak' sendiri pun takut ? Hah ? " kata nadia dengan sebuah senyuman sinis . Tiba-tiba dia bangun dari kerusi . Langkahnya eh bukan , dia tidak pijak lantai . Jadi perkataan apa yang sesuai ? Terbang ? Mungkin ~
Perlahan dia menuju ke arah Puan Aida . Wanita itu bingung . Satu sahaja benda yang dia fikirkan . Ya , menjerit !
"Tolongggggg !!! " jeritnya sekuat hati namun bukan dari mulut tapi cuma dalam hati . Kenapa ?
"Cuba tengok ni ma ... " kata nadia sambil menghalakan cermin ke arah Puan Aida . Shit ! Mulutnya dijahit ! Patutlah suaranya tak keluar .
"Haahahahahahahahahhahahah" itulah yang dia mampu dengar sebelum matanya terbuka .
* Bab 7 *
Peluh membasahi dahinya . Dia bangun lantas memegang bibirnya . Syukur . Tiada jahitan . Nasib saja dia hanya bermimpi . Tidak boleh dia bayangkan yang dia takut dengan anaknya sendiri . Anak dia ke ?
Ditolehnya ke sebelah kiri . Suaminya sedang lena tidur . Dibelainya rambut suaminya itu .
"Penat sangat agaknya . Sampai berdengkur tidur " kata Puan Aida sendirian sambil tersenyum kecil .
Kring kring !
Telefonnya berbunyi . Dia menoleh ke arah sebuah meja kecil di bahagian sisi katil . Aneh ! Jam sudah hampir 2:30 pagi . Siapa pulak yang call ni ? Dia melihat nombor pada skrin telefonnya . 0149999777362515517 . Mak aihh panjangnya . Dijawabnya penggilan tersebut .
"Heloo ... " sapa Puan Aida
"Pandang kiri " kata suara itu . Kedengaran seperti suara perempuan tetapi mengapa serak-serak ?
Dia perlahan memandang ke kiri . Alangkah terkejutnya dia melihat sejukur tubuh sedang merangkak perlahan-lahan cuba naik di atas katil dari arah suaminya . Telefon di tangan terlepas .
"Abang ! Abang ! " panggil Puan Aida dalam nada menggigil namun suaminya masih lena dibuai mimpi .
"Abang ! Tolong ! Tolong ! " jeritnya lagi . Namun masih sama .
'Benda' tu sudah berada di atas katil . Dia naik di atas badan Azman dan mencekiknya . Azman tergapai-gapai mahu dilepaskan . Puan Aida tidak mampu membuat apa-apa selain menangis .
Tiba-tiba benda tu menoleh ke arahnya . Dengan satu senyuman sinis , dia perlahan mendekati Puan Aida .
"Pergi ! Pergi ! Pergi ! Tolong ! " jerit Puan Aida sehingga ~