Irfan adalah seorang yang sangat Handsome, bijak, ada tubuh badan yang cantik, ramai wanita yang gile kannya. Malah rakan-rakan sekelas dengannya turut cemburu dengannya akan muka yang handsome.
******************************
Jam loceng di meja Irfan berbunyi menandakan bahawa sudah pagi. Irfan bangun dengan separuh sedar dan menghentikan jam loceng itu berbunyi. "Malasnya nak gi sek !! Aaarrggghhh !!!" Jerit Irfan sekuat hati di dalam biliknya.Tetiba Ibu Irfan buka pintu bilik Irfan. "Apa yang bising-bising tadi? Sampai bawah mak dengar." Tanya Ibunya kepada Irfan. "Hah? Bising? Mana ada mak, mak salah dengar kot" Jawab Irfan dengan takut , takut-takut ibunya memarahinya kerana irfan menjerit kerana tidak mahu ke sekolah. Ibu Irfan agak garang orangnya , lagi-lagi bile Irfan menrungut tidak mahu ke sekolah. Sebab itu Irfan terpaksa menipu ibunya.
"Kalau macam tu, cepat bersiap dan sarapan pagi di bawah, nanti lambat pula" Sahut ibunya selepas menerima jawapan anak muda itu. Irfan segera bangun dari katilnya dan menuju ke bilik air untuk bersihkan badannya dan cergaskan badannya. Selepas Irfan menyiapkan diri , dia turun ke ruang tamu untuk sarapan pagi.
******************************
Pagi itu, dia masuk ke kelas dengan sahabatnya iaitu Hakim, Aidil, Haziq dan Danial. Kebetulan pagi itu cikgu mata pelajaran yang sepatutnya masuk ke dalam kelasnya untuk mengajar mereka tidak dapat hadir.
"Baik la semua, hari cikgu kamu tidak dapat hadie kerana ada hal yang harus dia selesaikan, jadi tolong jaga sikap kamu semua, jangan bising sampai kelas sebelah susah untuk belajar, dan buatlah kerja sendiri tapi jangan bising."Arah Cikgu Latif kepada murid-murid itu dengan tegas. "Baik cikgu" jawab murid-murid itu dengan serentak.
"Bestnya cikgu tak datang.Hahahahaha" Kata Irfan kepada sahabatnya. "Emm, betul tu , kita boleh buat kerja sendiri dan dapat berehat." Sampuk syaiful. "Tapi kita nak buat apa? Kalau kita duduk diam je bosan pula." Tanya Haziq kepada sahabatnya.
"Eh Irfan, amacam hang dengan Makwe hang tu? Lama tok dengor kabor" Tanya Aidil dengan bermacam-macam bahasa dia keluarkan. Si Aidil ni suka sangat cakap macam-macam bahasa dengan semua orang sampai tidak sorang pun tahu Aidil ni orang apa, tapi sahabatnya tahu yang dia orang KL je. "Aku dengan dia biasa-biasa jee."Jawab Irfan dengan penuh yakin. "Biasa-biasa ke luar biasa?" Tanya Hakim sambil tersenyum lebar. Saja je dia tanya soalan macam itu. "Eh kau ni, biasa-biasa je la"Jawab Irfan. "hahahahahahaha" sahabat-sahabatnya ketawa. "Haih, untung Mai dpt pakwa macam kaukan, muka handsome , bergaya, tubuh dh ada, baik, pandai haih , jeles aku."Puji Danial. "Eh² ko ni, lebih-lebih pula" sahut Irfan sambil ketawa.