2

1.2K 43 0
                                    

Ibu Zara, Puan Maya bukan main gembira melihat kedatangan sahabat anaknya itu. Sehinggakan dia memasak masak lemak ketam kepada gadis itu. Bukan main rapat katakan.

"Kenapa sekarang baru cari kami, Lisa? Selama ni kenapa tak?"

"Lisa busylah aunty. Ni pun sebab Lisa cari kerja. Lisa pun rindu sebenarnya kat family aunty ni. Tu yang Lisa cari balik tu."

Puan Maya hanya tersenyum lebar. Bukan main terkejut mereka sekeluarga tatkala melihat Lisa petang tadi.

"Lisa pun kemain lawa sekarang. Apa rahsia Lisa?" Puan Maya bergurau lagi. Lisa hanya ketawa kecil mendengarnya.

Lisa memandang abang sulung Zara, Azril yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut. Lima tahun tidak berjumpa, lelaki itu semakin kacak dipandang.

"Oh ya Abang Azril, dah dekat sehari suntuk Lisa kat sini, tak nampak pun Kak Juwita. Mana dia?"

Azril terhenti suapannya. Puan Maya dan Zara memandang Azril dengan rasa bercampur. Memikirkan apakah yang akan dijawab Azril.

"Biarlah dia. Abang malas nak kisah."

"Sebenarnya Lisa, abang aku dah cerai. About three months before. That's why dia cakap macamtu," jawab Zara jujur bagi pihak abangnya.

"Oh, sorry bang. Lisa tak tau. Jadi Afiq ni anak tunggal abanglah ya?" Lisa merujuk kepada seorang budak lelaki tiga tahun itu.

Azril mengangguk. Sudah beberapa bulan dia menduda, beberapa bulan itu jugalah dia kesunyian. Juwita, bekas isterinya dahulu rupanya berlaku curang di belakangnya dalam diam. Tidak mahu berterusan dilabel dayus, dia mentalakkan Juwita.

"Tapi abang kan handsome. Mesti senang dapat perempuan yang lagi bagus."

Ayat Lisa yang pertama serius seductive gila. Memang bergoyang sekejap tangkai keimanan Azril mendengarnya.

"Amir, kenapa tak makan? Tadi cakap lapar." Puan Maya menegur anak bongsunya, Amir.

"Nothing, ma. Saja je."

Puan Maya tahu anaknya menipu. Well, naluri ibu kan biasanya betul. Dia tahu anak bongsunya itu sedang dalam masalah.

"Jadi esok apa plan kamu berdua?" Tanya Puan Maya merujuk kepada Lisa dan Zara.

"Saya tak kisah, aunty. Ikut Zaralah."

"Zara ingat nak bawak Lisa pergi jalan-jalan dulu, ma. Biar dia biasa dulu dengan keadaan keliling. Okey, Lisa?" Zara mencadangkan. Lisa hanya mengangguk.

Seusai makan, Lisa membawa pinggannya ke dapur. Ketika dia sedang membasuh pinggan, Azril turut datang ke dapur.

"Abang letak je. Biar Lisa basuhkan."

"Alahai. Buat susah Lisa je."

"Takpe, bukan selalu." Lisa menuju ke almari. Dia membongkok untuk mengambil sesuatu di dalamnya. Ketika itulah, nafsu Azril sedikit bergelora. "Abang nak kopi?"

"Takpelah, Lisa. Terima kasih." Dia menolak.

Sempat Lisa memberikan senyuman menggoda kepada Azril sebelum lelaki itu kembali ke depan. First mission, accomplished!

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now