3

1.1K 46 2
                                    

Hari itu, Zara membawa Lisa berjalan-jalan ke NU Sentral dan Mid Valley. Taklah jauh sangat. Naik train dari Jelatek sampai KL Sentral. Jenjalan kejap kat NU Sentral. Pastu balik naik train ke Mid Valley. Reronda kotaraya kat situ. Pastu balik.

"Lisa, parents kau kat mana sekarang?"

Lisa sedikit tergamam apabila soalan itu diajukan. "Oh, kat Zurich. Well, business dorang kat sana tak settle lagi. So aku malas nak stay sana, tu aku balik tu."

Zara percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Lisa.

"Lisa, Shahril apa cerita?"

Lisa ketawa kuat. "Shahril? Alah mampus dialah. Malas aku nak ingat. Masa aku balik sini awal tahun dulu, aku pergi rumah dia. Dia blah tinggalkan aku. Buat apa aku stay!?"

"Wait! So dah berapa lama kau ada kat Malaysia?"

"Taklah lama sangat. Aku duduk dengan Shahril tu dua minggu je. Sebelum aku jumpa kau."

Zara mengangguk-angguk.

"So what about you, Zara? How is Nadim?"

Zara tersenyum lebar. "Nadim ya. Nadim Naqiuddin was in a pink of health. Alhamdulillah. Insha Allah next year..."

"Tunang?"

Zara menunjukkan cincin di jarinya. "Done. Kahwinlah."

Lisa pula yang terangguk-angguk. Mereka memakan aiskrim masing-masing sambil melihat orang yang lalu-lalang di situ.

"Rindu zaman kita sekolah dulu kan, Lisa."

Lisa mengangguk. "Yeah, siapa je tak rindu? Zaman Jahiliah kita dulu."

"Yalah. 24 jam kita dulu asyik berkepit je. Mana ada kau, adalah aku kat situ."

Mereka berdua ketawa besar. Entah apa yang menggeletek hati mereka entahlah.

"Abang kau handsome, Zara." Tiba-tiba ayat itu meluncur keluar dari mulut Lisa.

"Hmm memanglah. Ramai pun yang cakap. Tapi entahlah Juwita bodoh tu."

"Dorang cerai sebab apa?" Lisa semakin ingin tahu.

"Macamni ceritanya. Kan dorang sama-sama sambung belajar kat US dulu. Apparently, si Juwita tu fall in love with someone else. And when she pregnant for Afiq tu, Abang Ril figure out her secret. But dia tak terjah sampai..."

"Sampai what?"

"Sampailah perempuan tu dah beranak dua bulan, Abang Ril tangkap dorang tengah make love dalam rumah dorang." Zara menghabiskan ceritanya. Lisa tercengang mendengarnya.

"That's horrible. So Afiq tu confirm ke anak abang kau?"

Zara ketawa. "Of courselah confirm. Dorang dah buat DNA test dah kat Afiq tu."

Lisa terangguk-angguk. "Know what. Who knows someday aku yang jadi kakak ipar kau. Mana tau kan."

"Ceh! Tak hingin aku berkakak iparkan kau. Daripada form one dah kenal."

Mereka berdua sekali lagi berkongsi tawa sekali lagi. Bagi Zara, ianya tidak lebih daripada gurauan. Tapi tidak bagi Lisa. Dia benar-benar memaksudkannya.

"Zara, pinjam lip gloss eh?"

"Pinjamlah."

Dan di situlah permulaannya.
__________

Loceng ditekan banyak kali. Namun tuan rumah tetap tidak muncul-muncul juga. Tetapi dia tetap menunggu penuh sabar.

"Cik Puan Juwita..." Pembantu rumah, Nona menyambut di pintu.

"Azril ada kat dalam tak? Saya nak jumpa dia." Lembut sahaja wanita itu bersuara.

"Ada memang ada, cik puan. Tapi saya tak pastilah dia nak jumpa cik puan ke tidak."

Juwita jeda seketika. "Boleh saya masuk?"

"Silakanlah, cik."

Juwita melangkah ke dalam banglo besar itu. Sudah lama benar rasanya dia tidak masuk ke dalam rumah bekas suaminya itu. Yalah, mahu diparangnya kalau masuk tanpa izin. Empat tahun usia perceraian, empat tahun itu jugalah hubungan mereka bagaikan minyak dan air.

"Kau nak apa datang sini, Juwita!?" Satu suara kasar menegur di tangga. Juwita pantas menoleh.

"Look, Ril. I just want to seek for an apology."

"Okay, I'm forgiving you. Now we are done so get out of our house."

"No, Ril. Okay. Actually, I nak balik dengan you. Please, Ril."

Azril ketawa. "You buat lawak eh? Kenapa? Jantan tu dah papa kedana tak mampu nak tanggung belanja makeup you. Listen here, Juwita. A guy never lick back their own spit."

Pedih. Tetapi itulah yang keluar daripada mulut Azril. Dia terlalu kecewa dengan apa yang diperlakukan oleh Juwita kepadanya.

"Afiq? He needs me, Ril." Juwita masih merayu.

"No one care to have a bitch like you as their mother."

Separuh pitam Juwita mendengar ayat itu daripada suaminya. Menggigil tangannya dek pedihnya ayat itu.

"Hello..." Suara ceria Zara memecah keheningan dan ketegangan di dalam rumah. Dia dan Lisa baru sahaja pulang ke rumah.

Melihatkan kepada Juwita, hati Lisa spontan membara api di dalamnya. Namun dia cuba mengekalkan kejelitaan di wajahnya.

Ketika Juwita ingin keluar daripada rumah itu, dia lalu di hadapan Lisa. Lisa sempat berbisik sinis.

"Don't have to be worry. He will be mine."

Juwita hanya memandang takut kepada Lisa.

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now