Sebuah teksi tiba di perkarangan banglo besar itu. Sejurus berhenti, sepasang kaki keluar menandakan pemiliknya ingin keluar daripada teksi tersebut.
"RM 30, cik," kata pemandu teksi.
Gadis itu menghulurkan sehelai not RM 50 dan menyerahkan kepada pemandu teksi tersebut. "Keep the change."
Teksi tadi pun berlalu. Gadis itu berjalan menuju ke pagar. Pagar tidak berkunci. Bodoh tuan rumah ni. Senang sahaja dia masuk ke dalam.
Dia sampai di muka pintu. Dia tersenyum lebar. Dia memandang atas bawah rumah itu sebelum jarinya lembut melentok menekan loceng.
__________Ting... Ting...
Zara yang ketika itu sedang tidur siang lantas terjaga. Hari itu dia keseorangan di rumah kerana mamanya pergi ke lapangan terbang menjemput abangnya yang baru pulang dari US.
Zara pantas berlari ke muka pintu. Tangannya kemudian memulas tombol pintu. Seorang gadis berdiri tegak memakai topi pantai pink dan kaca mata hitam.
"Zara Lilia Amran?" Gadis itu menegur. Zara mengangguk. Kemudian gadis itu memeluknya erat. "I miss you, friend."
"Who are you?" Zara bertanya bingung. Lisa membuka kacamata hitamnya. "Lisa Remona Shariedan?"
"Yes I am."
"Ya Allah, Lisa! Ke mana kau pergi haa, perempuan!? Kau lepas SPM terus hilang. Sampai kesudah tak jumpa."
Lisa hanya ketawa. Dia juga rindu kepada sahabat baiknya itu.
"Sunyi je. Mana semua orang?" Lisa bertanya.
"Mak aku dengan adik aku pergi ambik abang aku kat airport. Aku seorang je ni. Bibik aku pun ikut sekali."
Lisa duduk di atas sofa Lorenzo milik keluarga itu. Suatu masa dahulu, dia cukup rapat dengan keluarga itu. Tapi selepas masing-masing menyambungkan pelajaran mengikut haluan sendiri, mereka hilang contact.
"Family kau sihat?" Tanya Lisa.
"Alhamdulillah. Cuma abang aku je yang baru cerai awal tahun haritu. Ingat kan masa wedding dia dulu?"
"Ya Allah. Why?"
"Entahlah. Hal family dia. Aku malas nak ambik port sangat. Kau pulak apa cerita?"
"Well, you know I'm growing up in a broken family. So sekarang aku kena follow own steplah. Aku ingat aku nak cari kerja kat sini. Boleh aku stay sini dulu?"
"Why not!? Stay jelah sini. Sampai bila kau nak pun takpe."
"Thanks Zara... Sayang kau."
"BFF kan?" Mereka berdua berpelukan.
YOU ARE READING
Best Friend Forever
De TodoA psychological drama/ drama thriller... Zara fikir dia sangat gembira apabila sahabat lamanya, Lisa datang berjumpanya kembali selepas lima tahun tidak berjumpa. Sehingga dia sanggup membenarkan Lisa tinggal di rumahnya. Tanpa dia sedari, Lisa perl...