"Takkanlah tinggal pulak? Mestilah ikut sekali." Puan Maya memutuskan fikirannya.
Malam itu, mereka sekeluarga mendapat jemputan menghadiri parti harijadi anak rakan Puan Maya. Jadi Lisa diajaknya bersama. Problemanya adalah Lisa tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk dipakai malam nanti.
"Macam nilah, kau pakai dress lama aku. Ada sehelai tu warna biru. Lawa. Meh aku tunjuk."
Zara mengeluarkan sepasang dress biru dari dalam almari pakaiannya. Dress beropol ala gaun kahwin Gwen Stefani itu memang mampu menarik perhatian.
"Cuba try."
Lisa menyarung dress itu ke tubuhnya. Jelas nyata kejelitaannya sebagai wanita ketika itu. Kainnya elok letak pada batang tubuhnya yang ramping itu.
"Where's yours?"
Zara menyimpul senyum. Dia menuju ke sebuah lagi almari di dalam bilik itu. Dia mengambil keluar sebuah dress merah menyala dari dalam almari itu.
Mata Lisa terbeliak melihat gaun merah itu. Fabriknya sangat lembut. Gaun yang serupa seperti dipakai Julia Roberts dalam filem Pretty Woman itu serius mendatangkan kecemburuan.
"Nice?"
"Pretty as a picture," komen Lisa. Serius kecemburuannya memuncak.
"I know. I save the best for the last."
Sedang mereka berdua khusyuk memilih pakaian, Puan Maya berteriak daripada tingkat bawah.
"Zara Lilia! Mari tolong mama kejap."
Sebagai anak yang baik, Zara terus berlari menuju ke tingkat bawah. Meninggalkan Lisa seorang di atas.
Lisa melihat gaun merah itu. Senyuman licik terukir di wajah jelitanya. Dia berjalan menuju ke arah laci bilik itu.
Sepasang gunting diambil. Tangannya mula memegang gaun. Selepas itu...
_________Prap!
Terbeliak seketika bola mata Zara mendengar bunyi itu. Dia berlari mengejar cermin. Rupa-rupanya gaun mahalnya itu terkoyak di bahagian belakang.
"No!!!" Zara menjerit semahu-mahunya. Mustahil gaun mahalnya itu mampu koyak sebegitu mudah.
"Zara, aku rasa material baju ni murahlah. Takde lain ke?"
Zara mengeluh berat. Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Lisa itu.
Di pintu bilik, Amir memandang Lisa dengan penuh curiga. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Lisa. Dari awal lagi...
"Lisa, aku pakai dress yang aku bagi tadi boleh? Bukannya aku buruk siku tapi dress lain ni dah sendat..."
Lisa membuat muka marah sebelum menggaris senyum. "Kau punya jugak kan? Why should I be mad? Its okaylah. Maybe ada dress kau yang lain aku muat."
Selepas Zara keluar daripada bilik itu, Lisa mengambil kotak jahit di dalam almari. Segera dia memulakan operasinya.
"Apa yang akak buat kat dress Kak Zara?" Amir berdepan dengan Lisa. Namun sedikitpun riak cuak tidak tergaris di wajah Lisa.
"Apa pulak yang Amir buat malam-malam dalam bilik? Malam tadi, pukul 1:25. Best bukak Redtube?" Dengan senyum Lisa membalas.
"I tell Kak Zara."
"And all of your family will know, Amir. Jangan ingat akak bodoh eh. I know more than you know."
"Psycho!" Ucap Amir sebelum keluar daripada bilik itu. Lisa menyilang tangan ke dada.
_________Semua sudah menunggu di ruang tamu. Lisa masih tidak turun-turun lagi. Adalah jugak setengah jam menunggunya.
Kedengaran bunyi derapan kaki di tangga. Terserlahlah kaki yang putih melepak bersama stilleto hitam turun. Pemiliknya menggayakan rambut ala-ala Anna Nicole Smith.
Dress merah itu! Hati Zara seakan menjerit. Dan penyarungnya adalah Lisa.
"Lisa, dress aku..."
"Oh, aku jahit tadi. Lagipun tak siap lagi. Ni haa bareback jadinya." Lisa memusingkan badannya. Ya, dress itu terkoyak di bahagian belakang. Azril dan Amir menelan liur. "You say I can borrow anything, right?"
"Yes... You may." Zara mengangguk lambat.
Lisa senyum. Sempat dia menjeling sinis ke arah Amir dan meraih tangan Azril. Dan mereka pun pergi ke parti itu. Lisa menjadi perhatian di situ.
Zara masih tidak dapat melihat permainan licik Lisa Remona Shariedan...
_______________________Sepanjang korang baca BFF ni, korang rasa kalo wat movie best x? And sape sesuai jdi Lisa n Zara? Hollywood actress pon boleh. Komen eh...
YOU ARE READING
Best Friend Forever
RandomA psychological drama/ drama thriller... Zara fikir dia sangat gembira apabila sahabat lamanya, Lisa datang berjumpanya kembali selepas lima tahun tidak berjumpa. Sehingga dia sanggup membenarkan Lisa tinggal di rumahnya. Tanpa dia sedari, Lisa perl...