Part 1

3K 186 12
                                    

Pada pagi itu di macam biasa XOXO High School sesi pelajaran bermula macam biasa. Bilangan pelajar kelas 3 A7 yang fokus dalam pembelajaran mereka hanya boleh dikira pakai jari termasuk Naeun. Salah seorang pelajar pendiam dan terbaik dalam kelas itu. Namun lain bagi mereka yang ada saja akal dia mahu mengenakan orang yang tak bersalah. Seperti Naeun. Gadis lemah yang selalu dibulinya.

Ketika Cikgu Yuri sedang sibuk menulis soalan di papan putih, seseorang pelajar dengan sengajanya membaling pen tepat pada belakang kepala Cikgu Yuri. Berasa marah dan bengang dengan perbuatan anak muridnya, Cikgu Yuri pantas mengalihkan wajahnya ke arah pelajarnya. Pen yang mengenai kepala dia tadi juga ditunjukkan kepada mereka.

"Siapa yang baling pen ni pada cikgu?! Mengaku cepat!!!" Yuri mula bersuara tegas. Dia cuba menahan sabar. Suasana senyap seketika. Tiada siapa mahu mengaku. Kai hanya tayang wajah tak bersalah. Kai mula mainkan isyarat mata pada kawannya.

"Naeun cikgu!!" Jawab pelajar dalam kelas itu dengan meletakkan kesalahan mereka kepada Naeun. Hampir keseluruhan pelajar dalam kelas itu memang nakal dan suka membuli. Terutamanya gadis macam Naeun. Lagilah dibuli.

"Ta..tak..cik..cikgu..bu..bu..bukan saya.." Naeun yang ketakutan cuba untuk membela dirinya. Dia memang selalu dibuli setiap kali dia datang sekolah. Walaupun begitu, Naeun tetap datang ke sekolah kerana dia amat minat belajar. Lagipun di mana saja dia sekolah, dia pasti akan dibuli. Entah kenapa.

"Kamu berdiri di luar kelas sekarang Naeun!!! " Arah Yuri. Wajah Naeun dipandang tajam. Mereka yang lain mula senyum sinis. Ada juga yang cuba tahan gelak kerana muka Naeun yang makin pucat. Mereka tahu Naeun tak boleh berdiri di luar kelas. Seorang diri pula tu. Mungkin bagi mereka, itu perkara biasa tapi Naeun tak boleh. Dia mesti berada di kawasan yang ada orang sahaja. Lagipun sekolah ini sekolah lama, luar kelas amat menyeramkan baginya. Sudahlah kelas 3 A7 berada di block C, block yang baru diguna setelah lama dikosongkan. Sungguh dia takut nak berdiri kat luar.

"Habislah kau, Naeun kat luar kelas ni sunyi. Semua murid tengah belajar. So... aku tak tahulah kalau ada 'benda' brdiri sebelah kau. Teman kau berdiri sama. Hahahahaha." Usik Kai antara salah seorang pelajar dalam kelas itu. Mendengarkan itu, wajah Naeun makin pucat.

"Senyap kamu Kai! Naeun kamu keluar sekarang. Saya tak nak ajar pelajar yang tidak tahu hormat saya"

"Ta-tapi cikgu tak boleh ke saya berdiri dalam kelas ni je? Saya takut berdiri kat luar tu" Soal Naeun dengan wajah yang pucat. Air mata dia yang ditahan daripada tadi turut mengalir. Yuri melepaskan keluhan.

'Takut tapi buat' Desis hati Yuri.

"Baiklah kamu boleh berdiri di depan pintu tu je. Dan sekarang kamu semua abaikan dia dan tumpukan apa yang saya nak ajar pada kamu harini" Yuri mula kalihkan wajahjya di papan putih semula dan mula menulis semula disitu.

Kai yang tak puas hati terus bertindak baling liquid paper ke arah Yuri. Dan Yuri terus mendengus kasar. Kesabaran dia memang habis!

"Siapa baling?!" Soal Yuri sambil mengusap belakang kepalanya yang terkena liquid paper. Wajah-wajah pelajarnya dipandang.

"Siapa lagi cikgu, Naeun la!" Balas Kai seraya meleparkan senyuman sinis kepada Naeun. Naeun pantas menggelenggkan kepalanya.

"Betul ke kamu yang baling Naeun? " Tanya Yuri untuk mencari kepastian. Wajah Naeun dipandang.

"Ta..ta..tak..tak cikgu saya tak buat! Percayalah!" Balas Naeun.

"Kalau cikgu tak percaya....Cikgu tanya la mereka yang lain" Cadang Kai. Yuri terus pandang wajah mereka yang lain. Termasuk pelajar-pelajar yang dipercayainya dalam kelas itu. Donghyuk. Kai mainkan isyarat mata pada Donghyuk. Memberi isyarat supaya menipu Yuri.

"Betul ke apa yang Kai cakap?" Tanya cikgu Yuri pada mereka.

"Betul cikgu" Balas mereka kecuali Donghyuk. Takut-takut dia balas jawapan pada Yuri. Donghyuk juga selalu dibuli oleh Kai, tapi sejak kehadiran Naeun. Dia makin jarang dibuli.

"Kamu Donghyuk?" Soal Yuri. Donghyuk pandang wajah Naeun. Dia menundukkan wajahnya.

"Betul cikgu!" Jawab Donghyuk. Yuri mendengus. Wajah Naeun dipandang.

"Kamu ni dah melampau Naeun! Kelas tahanan, sampai pukul 8 malam!"

***

Naeun melangkah masuk ke dalam kelas tahanan. Sekelilingnya diperhati. Nampaknya​ hanya ada dia seorang harini. Malangnya nasib. Seketika itu, Yuri melangkah masuk dan meletakkan maker whiteboard di meja Naeun berada ketika itu.

"Tulis yang awak takkan ulang sikap yang sama lagi. Cukup 100 kamu boleh balik" Arah Yuri. Naeun anggukkan kepalanya.

Tak lama lepastu, Yuri dapat panggilan dan dia segera keluar kelas, meninggalkan Naeun keseorangan. Namun Naeun cuba buang rasa takut dia.

Saya Son Naeun, berjanji takkan ulangi sikap saya

Ayat itu ditulis laju dan hampir mencecah 35 ayat di papan putih.

Tak lama lepastu, Naeun mula merasakan sesuatu yang aneh di sekitarnya. Pintu kelas tertutup dan terbuka sendiri. Air liur ditelan.

"Cik-Cikgu?" Soal Naeun takut-takut. Tiada sahutan dan Naeun cuba abaikan. Dia makin laju menulis. Lagi cepat habis lagi bagus.

Tak lama lepastu, Naeun dapat rasakan sesuatu tak kena. Bahunya rasa berat dan seperti dipegang sesuatu. Namun belum sempat dia kalih tengok lampu tiba-tiba​ ditutup. Naeun menjerit kuat.

Dan sebaik saja lampu dibuka, Naeun dapat lihat tulisan yang menggunakan darah di papan putih. Naeun menjerit kuat. Telinganya ditutup rapat.

Play with me, Son Naeun

Sejurus itu Naeun terus jatuh pengsan.

"Haha...dasar penakut" Kata Kai dan dia cepat-cepat padam apa yang dia tulis pakai water colour di papan putih tadi. Mati kalau cikgu Yuri nampak.


(C) [EDITING] Jatuh Cinta Pada Roh? | N.WH (Infinite)Where stories live. Discover now