Part 4

2.4K 184 47
                                    

"Weh ketot" Panggil Jackson.

"Ketot cepat la!" Tapi Jimin masih tak layan.

"Jimin ketot!" Dengar je ayat tu terus Jimin pandang Jackson dengan wajah ' -_- '

"Cepatlah ke sini. Ada bilik lagi kat sini" Jimin dengan malas melangkah ke arah Jackson.

"Pintu ni tak boleh bukak. Macam mana?" Soal Jackson sambil garu kepalanya yang tak gatal. Jimin melepaskan hembusan nafas.

"Tak boleh sudahlah buat apa nak buat rajin? Ha alah!" Jimin terus tinggalkan Jackson.

"Jangan tinggalkan aku!"

---

"Kau okey?" Soal Kai pada Naeun sebaik saja mereka sampai di tempat semua pelajar berkumpul. Naeun hanya diam dan tak jawab soalan dia. Tengok muka dia pun Kai tahu yang dia takut sangat. Pucat.

'Kenapa aku perlu rasa risau?' Monolog hati Kai. Apa yang cikgu Siwon bebel kat depan langsung dia tak amik peduli.

---

Selesai kerja tadi, mereka mula melangkah masuk ke rumah yang bakal jadi tempat penginapan mereka untuk beberapa hari. Chanyeol, orang pertama yang melangkah masuk ke dalam teruja nak pilih bilik idaman dia. Lol.

"Weh aku nak bilik ni! Siapa nak jadi roomate aku?"

"Kami!" Tao dan Luhan serentak menjawab.

Maka tinggal la Jin, Myungsoo dan Sungjae di depan bilik- bilik di situ.

"Takde pilihan la kita, so kita roomate" Kata Jin dan mula masuk ke dalam sebuah lagi bilik. Sungjae hanya buat muka redho. Tangan Myungsoo ditarik. Dengar lagu aje keje dia.

Skip tentang pemilihan bilik. Nak jadikan cerita Kai dah semestinya dengan kawan-kawan dia dan Naeun mesti dengan peserta perempuan.

---

Pada malam tu, Naeun terjaga daripada tidurnya. Dia cuba nak tidur but tak boleh. Pusing kanan tak kena, kiri pun sama.

Naeun mula rasa tekaknya kering. Dia segera melangkah ke arah beg dia. Malangnya botol air dia kosong. Air dah habis.

Apa boleh buat? Monolog hati Naeun. Nak tak nak memang kena turun juga.

Sebaik saja dah habis minum air di dapur, Naeun terasa ada seseorang berjalan dengan pantas di belakangnya. Terus dia pandang ke arah ruang tamu.

"Siapa berjaga pagi-pagi ni?" Omelnya. Naeun terus keluar daripada dapur dan mata dia terus membulat apabila dia dapat lihat wajah seseorang namja. Di tangga. Namja yang tak dikenali.

Terus pandangan dia kelam. Gelap.

---

"Aku tak suka dia, Seungcheol! Dan aku tak pernah kenal dia!" Jerit seseorang namja. Cuba mempertahankan dirinya. Wajah dia luka teruk akibat dipukul.

"Kau tipu! Kau memang kawan tak guna! Aku mesti bunuh kau!" Namja yang bernama Seungcheol itu mula bertindak agresif semula. Ditumbuk wajah kawannya tanpa ada rasa kasihan langsung. Akhir sekali kawannya itu terus disumbat ke satu peti sejuk. Kawannya yang makin lemah hanya mampu ketuk kuat pintu peti sejuk. Harap pintu peti itu dibuka.

Tapi Seungcheol hanya pandang peti itu lama Dan tak lama kemudian terus melangkah keluar daripada kawasan dapur.

"ARHHH!" Aku terus menjerit sebaik saja sedar dari mimpi ngeri. Wajah pertama yang aku lihat adalah Joy. Dia pandang pelik ke arah aku.

"Kau bangun akhirnya. Kenapa? Mimpi buruk?" Soalnya dan aku perlahan-lahan​ anggukkan kepalaku.

"Kau banyak fikir agaknya. Baguslah kau dah sedar, siap cepat kita kena berkumpul lagi petang ni."

Sebaik saja berkata, Joy terus melangkah ke arah katil dia. Aku mengurut dadaku perlahan. Gila, entah apa yang aku mimpi tadi. But wajah namja tu, macam lebih kurang dengan namja yang aku nampak semalam.

Bila fikirkan balik, ngeri pula aku rasa.

---

"Naeun!!!" Aku terus tolak tubuh Jimin dan Jackson yang pelukku erat. Dorang ni kenapa? Buang tebiat? Macam setahun tak jumpa aku.

"Sedar juga kau akhirnya. Ingatkan kami akan lakukan aktiviti ni tanpa kau" Kata Jimin. Aku hanya diam. Bukan apa, dorang pelik.

"Hurmmm baguslah, tak susahkan kami nak buat kerja bertiga" Kai mula bersuara.

"Eh bukan kau suka-" (Diam, pendek!) Kai terus potong kata-kata Jimin. Muka Jimin mula cemberut. Aku cuba tahan ketawa dan aku berjaya but aku tak berjaya sorok senyumku.

"Senyum-senyum apa? Gila?" Soal Jimin kasar. Aku terus pandang arah lain.

---

Macam-macam reaksi yang diberikan apabila Cikgu Siwon mula mengarahkan 2 orang daripada ahli kumpulan masing-masing masuk ke dalam kawasan masing-masing.

"Sial siapa nak masuk?! Aku tak nak! Dahlah sampai 3 jam pula tu!" Keluh Tao.

"Yang aku tahu aku memang takkan masuk!" Joy jerit kuat.

"Kita... Macam mana Kai?" Soal Jackson. Kai pandang aku lama.

"Aku dan Naeun masuk. Kau dan Jimin tengok rakaman" Aku terus pandang Kai.

"Tak! Saya tak nak!" Aku membantah. Kai mendengus.

"Look Naeun, kau ada aku. Kau bukan sorang-sorang. Lagipun dorang tak boleh harap kalau masuk ke dalam" Kata Kai lembut. Jimin dan Jackson buat mula dan bagi pandangan 'macamlah-kau-berguna-sangat'

Aku akhirnya aku anggukkan kepalaku perlahan-lahan. Aku terpaksa akur. Lagipun ini aktiviti yang terakhir dan aku terus nak balik.





(C) [EDITING] Jatuh Cinta Pada Roh? | N.WH (Infinite)Where stories live. Discover now