Reader POV
Aku hanya perhatikan omma dan cikgu Yuri berbual.
Aku gigit bibirku perlahan. Cikgu Yuri ceritakan semuanya pada omma dan appa. Tentang assignment tu matilah aku.
Aku tak nak terlibat!
✖✖✖
Buat pertama kalinya, aku tak fokus dalam kelas. Serius aku rasa nak lari daripada semua ni.
"Aktiviti ni dipanggil paranormal activity. Di mana kita akan kaji tentang benda-benda ghaib. Dan semua murid wajib terlibat dalam aktiviti ni."
"Hmm wajib pula" Kata Jimin, dia meletakkan wajah dia ke atas meja.
"Macam menarik aje cikgu" Kata Kai dan dia senyum sinis. Aku pula rasa tak sedap hati.
"Baiklah semua. Cikgu bagi kamu masa dalam 5 minit untuk pilih group kamu. Pilih elok-elok. Saya tak nak dengar ada yang mengadu ahli kumpulan dia tak buat kerja atau apa. Kamu sendiri kenal kawan kamu macam mana" Kata Yuri. Cuba memberi amaran.
"Naeun?" Panggilan cikgu Yuri buatkan aku tersedar. Aku pandang cikgu Yuri.
"Mana kumpulan kamu?" Soal dia dan aku terus rasa gugup.
"Cik-cikgu saya nak dikecualikan dalam assignment ni" Pintaku berani. Cikgu Yuri lepaskan keluhan. Dia mendekatiku. Bahuku dipegang.
"Macam ni Naeun, saya tak boleh buat apa. Appa dan omma kamu memang nak kamu sertai aktiviti ni. Lagipun markah ni akan diambil kira dan dicampur dalam markah akhir kamu"
"Tapi.."
Cikgu Yuri endahkan aku dan terus perhatikan mereka yang lain. Aku terkejut apabila cikgu terus tarik aku ke kumpulan Kai. Di sana ada Jimin dan Jackson, 2 orang kawan rapat Kai.
"Kamu masuk group ni." Kata cikgu Yuri. Aku cuba halang cikgu pergi tapi tak sempat. Aku diam apabila aku dapat rasakan yang aku diperhati. Apa malang sangat nasib aku?
"Hai Naeun! Selamat datang ke group kami!" Ramah Jimin menyambutku. Aku pandang dia dan lemparkan senyuman kecil untuk dia. Tiba-tiba ramah dia ni.
"Makin syoklah kalau kau ada, Son Naeun" Kai berkata sinis dan jeling aku tajam. Aku pandang ke arah lain.
"Ok esok pukul 3 petang. Berkumpul di dewan dan kita akan terus berangkat ke sana."
"Okay cikgu!" Balas rakan kelasku pada cikgu Yuri.
✖✖✖
Keesokkannya, macam yang diarahkan kami semua berkumpul di tempat cikgu Yuri arahkan.
Aku perhatikan wajah mereka. Semua nampak exited. But aku? Aku rasa darah dah tak mengalir di wajahku. Kalaulah appa tak paksa aku, aku memang sesekali terlibat dalam aktiviti ni.
Aku langsung tak fokus dengan apa yang cikgu Siwon bagitahu di hadapan. Otakku asyik fikir, 'bila semua ni tamat?'
Tiba-tiba aku dapat rasakan bahuku dipegang. Aku segera pandang wajah gerangan yang pegang bahuku.
"Jangan disebabkan kau, kumpulan kita gagal. Bagi kerjasama. Ara?" Soal Jackson. Aku pantas anggukkan kepalaku. Kai ketika itu jeling aku. Aku hanya buat tak tahu.
✖✖✖
Kami mula bertolak sebaik saja habis taklimat. Hanya kumpulanku yang menaiki kereta bersama cikgu Yuri. Mungkin sebab cikgu Yuri risaukan aku.
YOU ARE READING
(C) [EDITING] Jatuh Cinta Pada Roh? | N.WH (Infinite)
Fanfiction[An: Sy akan cuba edit ff ke pnulisn dn bhsa yg lbih baik. Tq bce ff merapu ni xD] Naeun, seorang gadis lurus, penakut dan sangat percayakan kewujudan roh. Akibat sikapnya itu dia selalu dijadikan mangsa buli si Kai. Semuanya bermula apabila sekolah...