Selepas Yuri habis menjawab panggilan, dia terus melangkah masuk ke dalam kelas tahanan semula. Terkejut dia melihat Naeun jatuh pengsan.
Sejak peristiwa itu, Naeun jadi lagi takut. Dia bagaikan trauma. Dia juga asyik terbayangkan peristiwa itu. Peristiwa itu asyik berada dalam fikirannya. Naeun menangis dan tutup mukanya. Air mata dia jatuh.
Tapi Pn.Son, ibu kepada Naeun selalu datang melawat anaknya itu setiap kali selepas 5 jam Naeun lelapkan mata. Pn.Son tahu lepas tempoh itu, Naeun pasti terjaga.
"Ibu...Naeun takut.." Luah Naeun sebaik saja ibunya duduk di sisinya. Pn.Son memeluk tubuh anaknya erat.
"Dahlah tu sayang..dah tak ada ape dah..Naeun ibu ni kan dah ada kat rumah" Balas Pn.Son dengan lemah lembut.
Lama juga Naeun ambik tempoh untuk pulih dan sekolah. Ikutkan Naeun tidak mahu sekolah kerana dia syak ada hantu di sekolah tersebut. Namun setelah dipaksa, Naeun terpaksa akur.
Keesokkannya, selepas Cikgu Yuri keluar daripada kelas. Kai terus melangkah ke arah meja Naeun. Berapa buku subjek Matematik, subjek yang diajar oleh cikgu Yuri dicampak ke meja Naeun.
Naeun angkat wajah dan pandang wajah Kai. "Kenapa ni?" Soal Naeun. Kai mendengus.
"Buatkan homework cikgu Yuri bagi. Pastikan betul semua dan jalan kira jawapan kau tak sama dengan kau buat kat aku" Cakap Kai selamba.
"Ta-tapi kenapa saya kena buat?" Soal Naeun perlahan. Wajahnya ditundukkan. Ada nada tak puas hati dalam percakapannya. Kai gelak palsu. Wajah Naeun terus dipegang kuat. Memaksa Naeun pandang wajah dia.
"Kau jangan tanya banyak boleh tak?! Kau beruntung sebab kami tak kenakan singa tu tadi. Kalau tak...kau tahulah kan apa yang jadi?" Soal Kai sinis.
Naeun merintih. "Kai, sa-sakit"
Kai terus lepaskan wajah Naeun. "Buat, lepas ni jangan banyak songeh kalau tak nak kena teruk" Kai terus pergi dari situ.
Naeun diam. Dia pandang Kai dan kawan-kawannya yang mula melangkah keluar daripada kelas.
Entah sampai bila dia harus biar diri dia dibuli.
✖✖✖
Reader POV
Bunyi je loceng sekolah yang menandakan waktu rehat membuatkan aku tersenyum. Aku pantas keluarkan bekalan nasi goreng kimchi yang dibuat oleh omma di laci meja. Aku senyum. Waktu kegemaran aku dah sampai.
Tapi sebaik saja aku keluar setapak daripada kelas, bekalanku terus dirampas. Wajah Jackson, budak kelas sebelah mula menyapa pandanganku. Aku cuba ambik bekal tu semula but dia tinggikan tangan dia.
"Jackson bagilah balik" Kataku. Aku cuba tahan marahku.
"Nope until kau sanggup belikan aku makanan kat kantin" Balasnya.
Aku mengganggukkan kepalaku. Lagi cepat aku buat, lagi cepat aku makan.
✖✖✖
Aku cuba sedaya-upaya beli makanan secepat mungkin. Dan aku makin malang, apabila ramai budak kelas di kelas sebelah minta pertolonganku juga. Mahu tak mahu, aku turuti juga.
Dan akhirnya lagi 5 minit sebelum masa rehat tamat, aku sempat balik ke kelas. Aku cadang nak makan kat kelas je sebab masa rehat nak habis.
Aku melangkah ke arah Jackson. "Weh bekal aku mana?" Soalku. Dia buat muka tak ingat.
"Naeun ni bekal kau? Sorry aku dah makan. Jackson ba-" Kata-kata Lay terpotong apabila Jackson menyiku dia kuat.
Aku cuba senyum paksa.
"Tak apa. Kau bukan tahu pun" Aku capai bekalanku yang dah kosong daripada Lay.
Nampaknya malam ni baru aku boleh makan.
✖✖✖
Aku menekan perutku kuat apabila aku dapat rasakan perutku memulas. Tolonglah tahan sikit lagi. Lagi satu kelas. Aku ada gastrik jadi aku tak boleh tangguhkan masa makanku. Tapi ini kali pertama aku buat, jadi aku harap ianya tak teruk. Aku dah bertahan selama 2 kelas tadi. Aku cuma kena tunggu kelas cikgu Yuri tamat.
Apa yang cikgu Yuri terangkan aku cuba dengar.
"Harini cikgu bawakan kamu assignment. Merangkap assignment kamu untuk tahun ni."
Dengar je percakapan cikgu Yuri mereka yang lain mula bersorak. Masa dapat assignment peluang mereka yang nakal menggunakan golongan yang lemah. Dan markah yang diberi tetap sama. Walaupun ada yang tak buat kerja pun.
"But assignment kali ni memerlukan keberanian kamu semua. Kerana ni bukan saja assignment malah aktiviti panarnormal"
Lepas habis je cikgu Yuri cakap. Aku terus pengsan.
Sy ad ubh sikit dripda asl, sbb mcm truk sgt. Hope anda suka. Jgn risau jln cite dia msih sma ❤
Tq sbb sudi bce ff merapu ni xD
YOU ARE READING
(C) [EDITING] Jatuh Cinta Pada Roh? | N.WH (Infinite)
Fanfiction[An: Sy akan cuba edit ff ke pnulisn dn bhsa yg lbih baik. Tq bce ff merapu ni xD] Naeun, seorang gadis lurus, penakut dan sangat percayakan kewujudan roh. Akibat sikapnya itu dia selalu dijadikan mangsa buli si Kai. Semuanya bermula apabila sekolah...