Malam yang semakin larut, hanya bunyi unggas-unggas yang kedengaran. Sekitar tahun 1995 di satu kawasan di dalam daerah Bentong. Marina sekeluarga sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Di dalam remang-remang senja, suasana kiri kanan jalan sememangnya sepi dan sunyi. Cuma pepohon getah berbalam-balam berdiri kaku sepanjang jalan raya yang mereka lalui.....
Terkadang-kadang, kelihatan kilang papan tersergam gah di tepi jalan. Sehingglah mereka tiba di satu kawasan. Dari jauh bertentangan arah mereka, kelihatan seorang lelaki berjalan kaki seorang diri di atas bahu jalan. Lelaki itu memakai seluar khaki, dan berbaju oren.
Marina yang sedang mengantuk, antara endah tak endah dengan susuk tubuh lelaki itu. Jam ketika itu menunjukkan ke angka 11.30 malam. Sehinggalah kenderaan mereka menghampirinya, Marina tersentak kepelikan melihat lelaki itu tidak bermuka, mukanya licin seperti pinggan. Namun kenderaan mereka terus meninggalkan lelaki misteri itu, jauh dibelakang. Marina terdiam sebentar, antara percaya dan tidak.
Perlahan-lahan adik Marina bersuara kepada ibunya, "mak, orang lelaki tu tak de muka ke?"
pantas sahaja ibunya menyanggah, "hang ni mulut cabul!" Rupa-rupanya bukan Marina seorang sahaja yang terlihat.
Sehinga kini lelaki itu masih menjadi misteri kepada mereka semua. Namun apalah anehnya lelaki itu, jika dibandingkan dengan alam cakerawala ciptaan yang berputar sendiri pada orbitnya...
Subhanallah....
YOU ARE READING
Cerita Seram Tentang Lebuhraya Karak
HorrorLebuhraya karak memang terkenal dengan cerita seramnya. Ini hanya secebis kisah, dari cerita tentang lebuhraya karak!