Salah Kawan

7.2K 284 53
                                    

Bunyi bising deruman enjin-enjin kereta di waktu malam memecahkan suasana sunyi di jalan raya. Kelihatan tiga buah kereta sedang berlumba saling potong memotong. Mereka berlumba seolah-olah tidak sayangkan nyawa. Jalan yang dilalui seperti mereka yang punya. Sebaik tiba di simpang tiga, kereta paling depan jenis Proton Gen2 merah metalik berhenti mendadak. Kereta yang lain iaitu kereta jenis proton Saga FLX hitam, dan proton Savy hijau daun pisang metalik turut ikut berhenti.

Amran keluar dari kereta proton Savy miliknya terus menuju ke arah kereta proton Gen2 menjerkah kawannya di tepi tingkap kereta. "Woi Mamat kau nak kitorang mati ke berhenti mengejut macamtu?"

"Aku muskyil la Amran. Pelik dari tadi jalan nak ke Highland Tower tak sampai-sampai," jawab Mamat sambil matanya melilau melihat jalan di dalam kereta.

"Aku pun pelik rumah kita dari Ampang bukan jauh pun nak pergi sini," celah Ismail yang berada disebelah Mamat. Amran tidak membalas sekadar bertentang mata dengan Ismail.

"Apa kata kita batalkan je niat nak melawat Highland Tower tu. Lagipun dah lewat malam ni" Harun yang baru keluar dari kereta Saga FLX juga perasan ada sesuatu yang tidak kena. Daniel yang mengikut dari belakang mengangguk tanda setuju dengan cadangan Harun.

"Apalah korang ni penakut sangat, buang jela anu tu bagi anjing makan," sindir Amran. Mereka yang lain hanya tergelak kecil mendengar sindiran Amran yang pedas.

"Woi nak pergi ke tak nak ni?" laung Samad dari dalam kereta proton Gen2 Amran.

"Ok jom kita gerak. Kali ni biar aku kat depan," cadang Amran. Mereka semua mengangguk dan masuk kedalam kereta masing-masing.

Amran menyusuri jalan lama untuk sampai ke Highland Tower dan mereka yang lain hanya mengikuti dari belakang.ketika itu cahaya bulan agak terang. Banglo-banglo usang yang terbiar di tepi jalan, kelihatan masih utuh berdiri. Perabot-perabot kelihatan terdampar di luar rumah, selepas bencana runtuhan tanah yang berlaku suatu ketika dulu. Mereka sekawan yang melihat sekadar menggeleng kepala, melihat banglo yang indah terbiar begitu saja.

Daniel yang sedang menikmati pemandangan yang tak seberapa indah itu, ataupun lebih tepat lagi menyeramkan. Tiba-tiba dia terlihat sesusuk tubuh gadis berambut panjang berbaju merah labuh sedang melambai-lambai ke arahnya. Melihat seorang gadis melambai, dia membalas kembali lambaian gadis itu.

"Wei Daniel kau lambai Sapa tu?" tanya Harun pelik melihat rakannya melambai ke rumah banglo terbiar itu.

"Ada awek lambai kat aku la Harun, tu yang aku balas," jawab Daniel selamba.

"Kau gila. Mana ada awek duduk kat banglo terbiar ni," bidas Harun tidak percaya dengan Daniel.

"Hantu biasanya pakai warna putih la Harun. Ini pakai baju merah mesti orang punya," jawab Harun lagi.

'Lantak kau lah Daniel. Kau ingat hantu pakai baju putih je ke,' getus Harun dalam hati. Tidak terdaya dia nak layan melawan sahabatnya itu. Seram.

Setelah hampir sampai ke destinasi yang dituju. Amran yang berada di depan terlihat sesusuk tubuh menaiki motor jenis Yamaha Sports berwarna kelabu lusuh. Motornya tidak berlampu dan bergerak perlahan. Amran menjadi kasihan terus memperlahankan kereta dan menyuluh orang itu dari belakang dengan lampu kereta.

"Apahal Amran ni tiba-tiba dia jadi slow ni?" kata Mamat yang berada dibelakang kereta Amran.

"Wei ada orang naik motor takde lampu, tu yang dia tolong terangkan jalan. Kau tak nampak ke?" jawab Ismail yang berada disebelahnya. Sementara Harun yang dibelakang sekadar mengikuti.

Sesampai di satu jalan yang agak terang Amran memotong motor perlahan itu dan membunyikan hon tanda untuk pergi. Kemudian orang yang dihon itu memandang
Amran. Dia terkejut bukan kepalang orang itu tidak mempunyai wajah. Sekadar rupa dan rambut separa botak sahaja yang kelihatan.

Cerita Seram Tentang Lebuhraya KarakWhere stories live. Discover now