BAB 1 : Tenang lain macam

143 3 0
                                    

"Slurrrrrrpppppp. "
Bunyi kopi o panas kurang manis disedut oleh colonel james. Pagi itu,dia kelihatan segak dengan kasut onitsuka harimau,seluar senam nike dan baju "saya sayang mak saya" yang dibelinya dari pasar rabu enam minggu lepas. Katanya,penjual baju tu rekemen sebab budak budak main wechat ramai tempah.kalau dia lambat,tinggal baju pagoda je. Dia bukan apa, jenis mamat omputih yang hensem dan peribadi elok macam dia, baju pagoda seolah olah satu pinggan nasik tanpa kicap jalen.mana mungkin nasik tanpa kaler kaler lain nya?manaa mungkin?tak ada kicap jalen,mana nak sedap makan.industri perbajuan kampung pinang sebatang,memang terkenal dengan baju tulisan besar besar.ada pernah satu musim,baju "jangan benci shuffle,shuffle itu seni" juga pernah jadi fenomena di kampung itu. Dengan pak imam,bilal,cleaner kilang buat gula kapas maniam,razak,penebar roti canai sambilan dan tok mudim,semua pakai baju macamtu.

Bagi james, dia tak berapa masuk dengan geng geng shuffle. Dia lebih suka zapin. Tidak pernah tidak,sekali dalam seminggu mesti dia prektis menari zapin dari yutiub. Semasa dia berlatih,dia akan rakam dahulu.kemudian dia akan muat turun dalam yutiub dan tunggu orang melayu puji dia.
Tiba tiba.,
"Celake!ini teh tarik mende ni! Tak sedap langsung!" Tengku iskandar zul arifin bin tengku fadil abdulah raja ular menempik kuat sambil mulutnya dimuncung muncungkan pada cawan teh tarik di mejanya. Terpancar riak wajah tak puas hati di wajahnya. Colonel james hanya melihat dari jauh. Teh tarik itu memang kelihatan mantap bila dipandang sekali. Tapi,kalau pandang dua kali, nampak macam kereta berpacuan empat roda pergi masuk pertandingan drift. (Ini novel aku,pedulik la aku nak tulis mende).
"Ya tengku,ada apa yang tak kena dengan teh tarik itu tengku?" Tanya pak akob konda kondi. Pak akob memang handal main konda kondi. Siapa yang tak kenal pak akob konda kondi,tidak pernah tewas sejak darjah dua.

"Teh tarik ni tak manis!gula kau tak bubuh ke apa?" Herdik tengku iskandar.

"Ohh,saya silap ni,kejap saya tukar yang baru.tengku duduk dulu,jangan marah marah,tuhan tak suka dengan orang yang tidak boleh mengawal marahnya" jelas pak akob,yang juga bilal part time di surau kampung pinang sebatang.

Kemarahan Tengku iskandar zul arifin bin tengku fadil abdulah raja ular nampaknya reda.sebenarnya,dia bukan datang dari keturunan raja. Moyang Tengku iskandar zul arifin bin tengku fadil abdulah raja ular ,tengku rak kau ber jam bin bol, suka akan nama tengku. Dengar kata, tengku rak pernah ada cita cita nak apply jadi tengku kat istana. Tapi kena reject.

Kelihatan rosnah mat aris isukun datang dari dapur kedai membawa teh tarik yg baru. Kali ini, teh tariknya nampak megah,dirgahayu,kesaksamaan,cekap dan amanah. Boleh dikatakan,kalau teh tarik itu dibawa bertanding masuk pertandingan teh tarik antara planet.tidak syak lagi. Teh tarik pak akob konda kondi akan menang mewakili bumi.

Colonel james merenung dari jauh. Dia masih buat rileks. Dia sedar,jika dia tak rileks, siapa lagi nak rilekskan diri dia untuk diri dia.

Tengku iskandar nampak berpuas hati dengan teh tarik yang baru itu. Dia minum,sampaikan matanya pejam pejam. Tanpa disedari, kepalanya tergeleng geleng macam iklan kopi dalam television.

Dari jauh,jenab, salmah dan siti sifir memandang tengku tergeleng geleng seraya berkata serentak "minum tak baca bismillah lah tu".

Semua kembali normal,kampung pinang sebatang kembali normal dan tenang.

Ya,Benar.tenang lain macam.

Colonel JamesWhere stories live. Discover now