bersuci badan

42 0 0
                                    

Colonel bingkas bangun dan mencapai tuala mandinya menuju ke kamar mandi. Sedikit kuning dan bertompok tompok bunga. Pada bucu sebelah kiri, ada tulisan marker berwarna hitam. Disitu tertulis "Ramasamy was here". Begitulah risikonya jika membeli barangan bundle tanpa melihat dengan teliti.

" ooohh tandaasss,berkualitiii,
Ooohhh hidup,berkualitiiiii,
Ohh tandasss,berkualitiii."

"Ramai-ramai!" Jerit colonel

"Ditandass awam ramaii orang yang berpusu!"

Colonel terkejut,ada yang menyambung. Dia rasa nak menangis.ditelitinya suara itu. Kalau tidak silap, itu suara muhammad jamal bin abdillah,jiran nya. Sudah enam tahun dia tidak pulang. Katanya pergi merantau ke negara sebelah arab. Entahlah, sejak dia hisap dadah, kedai mamak berjudul madinah pun katanya di arab saudi.

Dia meluru keluar berlari lari anak. Persoalannya, kenapa lari lari "anak" dan tidak lari lari "bapak"? Ayah mertua kah?atuk?sahabat handai?ah,pedulik. Kata colonel dalam hati.

"Jamaaaaallllllll!!! Azura mana azura?"
Azuurrrraaaaa,kaulah sinarrr hidupkuu" colonel berseloroh.

"Azura setan!azura setan!" Dia dah tinggalkan aku,dia pergi ikut orang kaya negara arab!"jawab jamal sambil tangannya menumbuk numbuk dinding. Dinding papannya retak 4cm.

"Boleh tahan juga penumbuk mat gian ni,sebelum papahal,baik aku blah,blah." Kata colonel dalam hati.

Okaylah,aku gerak dulu. Tak sabar pulak aku nak mandi sabun perisa sireh aku beli semalam,mal. Dia tulis kat situ, "kecantikan adalah hak setiap insan". Rasa berdebar pulak nak guna.

"Hahahahahahahqhahahahahaha" mereka ketawa bersama selama sebelas minit.

Pak akob dan anak anak pisang goreng,senah urut batin dan catering, tengku fadil ismail muhammad isa tengku ibrahim mat isa samad ke empat dan saleh skinhead yang melalui rumah mereka semua memandang pelik. Ada yang merakam dan sebar dalam moment wechat.

Colonel pun berlalu pergi setelah menyedari adegan ketawa mereka mendapat tempat di hati penduduk kampung.


"Kraaaaaaaaaaak" bunyi pintu tandas dibuka.

"Aduh,sakit perut pulak.mana pulak rokok nusantara hijau aku letak ni.
Adakah anda nampak rokok saya!nampak!jika nampak!katakan ya,saya nampak!"Colonel james bercakap sedikit perlahan meniru percakapan siri kanak kanak dora the explorer.

Hah,itu pun!

Colonel mencapai kotak rokoknya dan menuju ke kamar mandi.

                    *******************

" keriukkkkkkkk,peng peng peng" bunyi almari kayu dibuka.

"Aku nak pakai baju mende ye. Abah aku pesan dulu,kalau nak pergi interview,kena pakai semat semat. Astakona,buntunya diriku ini. Buntunya."

Dia melihat dinding,di perhatinya dua minit,dia bosan. Dialihkan pandangannya pada poster rosnah mat aris di pintu almarinya,terasa mual pula. Dia berpusing ke keiri,dia ternampak majalah mangga dibelinya enam hari lepas.

Dicapainya majalah mangga disebelah kiri tilamnya.dan membelek belek ruangan "setailo ke idok".

"Ooohhh,begini rupanya gaya paling semattttt!" Colonel bingkas bangun dan mencapai baju kemeja polo berwarna biru barisan nasional dan seluar volcom berwarna kelabu pengakap.

Dia tahu,jika dia semat dan segak, dia tidak perlu risau dengan keputusan temuduga itu kelak.

Siap sahaja berpakaian segak, dia menuju ke bustand terdekat untuk ke pekan dalam sesi temuduga menjadi ketua pengawal keselamatan kilang biskut seng tat.

Hatinya berdebar.tetapi dalam debar itu,hatinya rileks mendendangkan lagu dari kumpulan wali band berjodol cari jodoh.

"Ibu ibu bapak bapak
siapa yang punya anak bilang aku,aku yang sedang malu,
Sama teman teman ku kerna cuma diriku,yang tak laku laku".......

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Colonel JamesWhere stories live. Discover now