"Kelekuk!"
Dari belakang bunyi kedukuan kepala terjadi. Colonel james terpinga pinga.sepanjang hidup dia jadi askor,jurus duku ni, jarang jarang ada pada askor pangkat biasa.
Dengar kata,duku ada tiga jenis. Duku paling terkenal, duku langsat. Salah satu buah buahan tempatan yang tidak popular.isinya manis,tapi bijinya pahit. Sinonim dengan kehidupan beristeri dua. Jikalau shopping raya, suami harus bahagi dua. Kalau isteri pertama dapat langsir merah,isteri kedua juga kena langsir warna merah. Perkara yang sama juga,boleh di apply pada aktiviti baring sambil mengumpat.jika hendak mengumpat anak ketua kampung,kena ajak ramai ramai,baru sedap.
Selalunya,duku ni sinonim dengan guru disiplin. Saya selaku penulis novel ni pun cukup gerun dengan duku ni. Siapa komen "duku" dalam ruangan komen bab 3 ni,saya tak teragak agak untuk sihir armpit dia jadi pokok kaktus. Biar dia rasa,apa itu erti kepedihan.
"Siapa duku kepala aku!biar aku tendang rusuk dia,patah enam!ko tak tahu ke abah aku dulu guru disiplin!" Kolonel dah start salasilah keluarga garang dia.
"Saya,masterr. Golem!golem!my precious...."
"Woi!kau!golem rasul manikam paduka ya solem molem!lama tak jenguk aku.kau tu aku bela,saka buat cara saka lah!".
"Sory boss,saya ada penggambaran cerita sedap dari amerika. Lord of the ring tajuknya.real betul ceritanya" golem membalas herdikan tuannya. Sambil menjawab,tangannya terangkat rangkat persis karam sing walia. Jauh dari sudut hati colonel, terdetik "celake,cerita dah macam keling".
Golem ini saka belaan colonel james di negara amerika dahulu. Dahulunya,golem hensem dan kacak orangnya. Ada pernah sekali tu,member bunian dia cakap muka dia macam sathiya. Celah mana hensem sathiya itu pun,colonel tak tahu.ah, colonel pun sama macam tok indra.semua tak tahu. Kalau begini,lebih baik colonel tendang diri sendiri.
"Kampung aku diserang ni!aku nak kau panggil geng geng kau,kita setel orang kolumpo penjajah dekat menara eifel tower kampung kita tu" tangan kolonel menunjuk ke arah menara eifel nombor dua di dunia.menara eifel disitu memang tempat paling romantis dalam kampung pinang sebatang.
"Baik tuan!". Golem menjawab sambil terbang.sambil terbang,sempat dia mengilai.
Tok indra dari tadi yang sibuk menembak,kehairanan melihat colonel james bercakap sendiri. Tok indra pernah juga mengintai colonel berlatih tarian zapin. Intipannya sehingga hari ini,masih rahsia. Kecuali, dia kongsikan pengalaman itu pada moment wechat nya. Tiga ratus orang menekan punat like dan enam puluh enam orang komen gambar itu.
" pergi lantak kau lah omputih" kata tok indra dalam nada perlahan sambil menekan pistol lasernye ke arah tentera dari kolumpo. Tiga das mengenai sasaran,dan enam ratus lagi tepat mengenai pohon pisang,daun ubi, pohon mempelam,kayu jati, peha haji ishak kuti anuar bin manap dan kening sebelah kiri najib anuar abdulah razak. Tok indra tidak handal bermain senjata. Tetapi, jikalau ajak dia ke kelab dangdut, dialah yang paling pantas. Gila punya orang tua.
"Zaasssssssss!"
Bunyi kuat dari langit. Kelihatan golem bersama geng geng hantunya. Kurang lebih enam belas sosok ghaib.antara yang kelihatan, hulk, manusia besi, thor,rosmah mansur dan raja bomoh,haji shaari ujang batu ampat.Sap!sep!sop!sap!suk!sak!
Bunyi golem dan rakan rakan sosok ghaib yang lainnya menyihir orang kolumpo menggunakan satu tongkat berbintang di hadapannya. Entahlah,mungkin pemberian ketua peri dalam cerita Cinderella atau juga hadiah tikam tikam.kita tidak tahu,tidak tahu
"Powerrr golem!powerrrr."
Colonel james melambai lambai tangan seperti dalam video klip siti nurhaliza live in royal albert hall.Dalam enam ratus orang yang menyerang kampung pinang sebatang,kurang lebih empat ratus mati serta merta dan selebihnya bertukar menjadi khunsa.
Dalam sedap sedap fight geng khunsa dan askor sihir golem rasul manikam paduka ya solem molem,tiba tiba...
"Kedebuk!"
"Aduh!"
"Gampang!bila masa aku tertidur!mimpi je ke!"kata colonel sambil menepuk nepuk pinggangnya yang sakit akibat terjatuh dari katil.