Malam Itu,kolonel james tidak dapat tidur. Puas dia cuba pejam pejam mata. Kurang lebih enam belas skil tidur dia cuba. Sepuluh skil dia rujuk dalam yutiub.lagi enam skil tidur, dia dapat dari filem filem melayu di television.
Filem melayu memang banyak tayang cerita baring baring.tapi, Skil baring yang paling digemari kolonel james ialah berbaring sambil senyum dan kaki bergoyang goyang anak. Gaya tidur ini, kolonel pernah tonton dalam filem ombak rindu dilakonkan oleh aaron aziz.
"ahhhhh,aku pun tidak kurang hensem macam aaron".monolog kolonel dalam hatinya.
Sekejap sekejap james melihat dinding.sudah bosan,dia memandang ke arah syiling. Di atas syiling rumahnya itu terdapat dua belas ekor cicak berlari lari. Entah gila apa,sampai dua belas ekor cicak atas kepala dia. Kolonel james target, masyarakat cicak malam itu,tengah ada langsung hari sukan negara.
" woi! Jangan berani Korang berak masa hari sukan berlangsung,aku sapot ni!aku sapot!".
Secara serentak,rakyat cicak semua itu lari. "Omputih ni memang gila. Baik kita blah." Begitulah agaknya yang difikirkan oleh cicak cicak itu. Kita yang membaca novel ni pun gila.mana tidaknya, apahal pulak kita nak fikir fikiran cicak?gila mende? Ada eloknya,kita fikir pasal 'betul ke gardenia sedap dimakan begitu sahaja' atau minah dan do,siapa yang mati dulu.
Dengan tiba tiba kolonel james tersenyum sendirian. Dia tahu, orang senyum sorang sorang ni,kalau tidak gila, mesti dia gila.
Di kampung pinang sebatang,orang yang paling suka senyum ialah rostam skinhead. Sebenarnya, rostam bukan nak sangat senyum.dek kerana gigi jongang dia,nampak jelas seolah olah dia sedang senyum. Walaupun begitu, rostam anak yang baik.tidak hisap dadah dan rajin menolong ibunya bercucuk tanam ubi,labu,keledek,tomato,durian,apple,kiwi, dan kurma.
Kolonel james masih tersenyum. Dia bangga dengan keadaan kampungnya yang masih suci dari arus kemodenan terlampau. Dia tahu,perasaan bangga diri itu,tuhan tak suka. Tapi,dia hanya bangga pada diri sendiri dan tidak berkongsi kebangaan itu pada orang lain.pedulik apa dia.
Kampung pinang sebatang terletak di antara sempadan perak dan selangor. Kampung ini berkeluasan negara rusia dan mempunyai hasil negara bernilai 700 bilion. Apa yang lebih kolonel banggakan, kampung pinang sebatang ini masih lagi rahsia dan tidak dapat dalam peta semenanjung malaysia.entahlah.
kolonel pun tidak tahu.mungkin ini lah keajaiban alam.atau mungkin raja bunian dah berjanji dengan manusia,agar mekdi, setabak, tesko atau e-kiah tidak masuk menjajah fikiran rakyat dia.
"Peh,powerr gila raja bunian kampung ni,kalau aku dapat jadi panglima daerah diorang,kan bagus". Kata kolonel dalam nada perlahan.
" keceper!keceper!keleting keleting,pom!pom!pom".dari jauh bunyi ledakan kuat tidak jauh dari rumah kolonel.
"Apa benda tu woi!jangan sampai aku masuk campur!keturunan aku,keturunan yang garang!abah aku dulu cikgu disiplin!". Jerit kolonel. kalau diikutkan hati panasnya,mahu saja dia cerita salah silah keluarga dia yang garang garang. Tetapi, bebelan dia akan ambil masa enam jam. Ia tidak kedengaran seperti bebelan tetapi syarahan.
" cekelik,cekeelik,cekelik,kedepowww!" Makin lama,makin kuat.
"Ini tak boleh jadik ni!tak boleh jadik!"kolonel terus berlari keluar rumah sambil membawa senapang laser,satu pedang lightsaber, dua utas rantai berbentuk hati dan sekotak gudang garam. Entah bila rumah dia ada senapang sebegitu power pun,dia tak tahu.
'Kedebuk!" pintu rumahnya ditendang.terbelah dua, serpihan serpihan kayu yang lainnya berterbangan tepat mengenai 12 ekor cicak yang bersenam pada awal tadi. Masing masing mati di tempat kejadian.
Kolonel berlari ke rumah ketua kampung, Indra putra mahayudin. Tok indra kelihatan berang sambil menjerit pada kolonel "celake!orang kolumpo dah tau kampung kita!".
" Biar betul tok!,macammana diorang boleh tahu!"
"Entahlah kolonel!tok pun tak tahu!"
"Tok ni!semua tak tahu,aku terajang jugak karang!" Herdik kolonel sambil memandang ke tanah."Kau nampak tak yang pakai baju merah,muka macam azwan ali,leher macam bacary sagna, hidung macam kenya west tu?" Tanya tok indra dalam keadaan menjerit sikit.
"Nampak tok!itu ke ketua mereka!" Kolonel menjawab.
"Kau ambik handphone aku!tangkap gambar dia,kau hantar WhatsApp dekat group " sihir bukan sekadar rupa" dan suruh ahli group sihir dia!orang kolumpo tak boleh tahu kampung ni wujud!" Arah tok indra.
"Baik tok!".