Bab 1 : Hari itu...

420 8 2
                                    

Lagu "Worth It" yang aku set sebagai alarm ringtone sudah mula memekak. Tak cukup dengan memekak, boleh pulak dia vibrate. Ingat senang ke nak kejut penunggu katil macam aku. Susah beb. Nasib aku baik tak pernah kena jirus dengan mak aku.

Aku kuatkan diri, dismisskan alarm. Tak nak ganggu sesi mimpi indah dan mimpi ngeri housemate. Duduk termenung jap kat tepi katil, aku terus capai towel. Buat konsert dalam toilet, dengan nada yang perlahan. Habis konsert, keluar terus siap-siap pakai baju kerja.

Lepas kejut housemate yang tidur bagai hibernasi seekor beruang kutub, aku nyalakan api untuk bakar rokok Winston Light. Sedut, hembus, sedut, hembus sampai habis. Aku start motor terus gerak ke tempat kerja.

Dalam perjalanan, aku terasa macam ada something yang akan berlaku. Aku cuba tenangkan diri. Fikir yang baik-baik. Bisik suara dalam kepala aku. Haa aku benci trafficlight! Aku dah lambat ni. Memang sial, getus aku. Tapi, hari ni aku rasa trafficlight tu seperti bercakap dengan aku. Mind to mind.

Jangan pergi kerja!

Ahh lantak kau lah! Sebab kau, aku lambat. Tempat kerja dengan hostel aku takdalah jauh sangat. Dalam 20 minit biasa dah sampai. Hari ni aku memang dah lambat giler punya siput babi. Aku terus pulas minyak sampai ke tahap marabahaya. Telinga aku ni dah naik lemas nak dengar leteran si rambut kembang, Jasmi tu. Awal pagi pulak tu. Rosak mood doe.

Aduh apahal banyak sangat trafficlight hari ni? Masa ni, aku tak terfikir yang ni trafficlight terakhir aku. Ya, yang terakhir. Sebelum aku dirempuh oleh sebuah treler 100 tayar dan mati di tempat kejadian. Keadaan mayat aku takyah citer.

*****

Selepas accident of the month tu, based on liputan meluas di kedai-kedai kopi janda di kawasan hostel aku tu. Bukan kejap, lama jugak lah. Macam-macam andaian. Aku masih teringat saat aku dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Semua aku nampak live hd beb. Muka tok imam pun aku ingat lagi.

Paling tak boleh blah, memang menitis aku masa tu. Acara pengebumian aku. Aku tengok muka-muka yang hadir. Ada yang menangis. Tak kurang jugak yang merantap. Ikhlas atau tak perbuatan dorang, bukan hal aku. Cuma satu hal yang aku sedar, aku dah kehilangan upaya untuk menyedut udara. Selamanya.

Malam tu, selepas semuanya selesai, aku pulang ke rumah. Aku tengok ahli keluarga aku tengah kemas apa yang patut. Aku nampak dorang tapi dorang tak nampak aku. Aku tatap wajah ahli keluarga aku satu persatu. Mula dengan ayah, last wajah ibu aku. Aku tatap lama wajah ibu. Tak sempat aku nak bahagiakan ibu, nyawa aku dah kena tarik dengan malaikat maut. Aku cuba tahan air mata tapi tak boleh. Syahdu beb feeling. Then, aku pergi rumah member-member rapat aku. Rumah Amin, Imal, Gemuk, semua lah senang citer. Aku boleh masuk dalam bilik dorang. Macam-macam pattern tidur dorang ni. Kelakar pulak. Sedih jugak aku rasa sebab lepas ni aku dah tak dapat nak gelak, lepak, tengok wayang dengan dorang lagi.

You can count on me
Like 123
And I'll be there...

Hari ni dah genap seminggu aku tinggalkan family dan kawan-kawan. Aku masih buntu kenapa aku masih ada kat sini. Sepatutnya aku dah sampai kat alam barzakh masa ni. Disebabkan aku tak tahu dan malas nak fikir, masa banyak dihabiskan dengan tidur. Mat salleh ada kata don't give up on your dreams, so aku tidur jelah. Mimpi takkan datang kalau kau tak tidur kan?

Aku banyak tidur sampailah satu hari tu. Aku tengah nak cari port proses tahi mata. Ada hotel depan mata. Ini betul-betul macam orang mengantuk disorongkan bantal. Tak cukup dengan bantal, ini siap katil plus selimut. Ada aircond. Huish best ni. Masa aku melangkah ke hotel tu, ada satu gerai masa tu tengah tayangkan ceramah pasal hutang. Aku tertarik nak dengar ceramah tu. Padahal aku jenis tak suka nak dengar ceramah-ceramah ni. Masa ceramah lesen aku dulu pun aku tidur je sampai habis.

Ceramah oleh Ustaz Kazim Elias tu aku dengar sampai habis. Nak order makan, bukannya ada orang boleh nampak aku. Apalah nasib... Ceramah tu buatkan aku termenung dalam bilik kosong dalam hotel ni. Dan aku amek keputusan nak selesaikan hal ni ASAP. Aku tak nak lama macam ni. Esok aku akan mula. Badan dah penat so kena rehat cukup-cukup.

*****

HUTANG (Pending)Where stories live. Discover now