Seminggu sebelum
“Haa?! Betul ke ni? Innalillah...”
Bukan main terkejut Azalea lepas diberitahu oleh bff dia, Tasha yang cinta pertama atau monyet yang pernah dicintai, Danial Izzat telah mati dilenyek treler 100 tayar. Tragis...
Azalea duduk termenung selepas menamatkan perbualan dengan Tasha. Rancangan Wanita Hari Ini yang tadi ditonton dengan penuh khusyuk kini diabaikan. Azalea terkenang saat dia dan Danial Izzat bercinta. Saat yang kini hanya menjadi satu bab dalam kehidupan. Tak pernah didelete daripada kotak memori.
Azalea tak pernah menyangka pertemuan yang dirancang oleh Tasha itu telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Eh, wujud lagi ke cinta pandang pertama ni? Tu depends on individual. Mungkin pada pandangan orang lain, Danial Izzat hanya seorang lelaki biasa yang begitu komited dalam kerjaya sebagai seorang cashier di sebuah pasar raya. Tidak di mata Azalea. Danial Izzat seperti seorang pahlawan yang datang untuk melindungi dirinya.
Daripada hanya mesej dan call, mereka keluar bersama. Tengok wayang, makan dan benda biasa yang pasangan lain buat. Semua itu indah pada mata dan perasaan Azalea. Mereka seperti Romeo dan Juliet. Sentiasa ceria bersama.
Tapi, hubungan mana yang tak diuji kan? Disebabkan 'peristiwa' itulah, Azalea dan Danial Izzat terpaksa berpisah. 'Peristiwa' yang telah mengubah segalanya.
Lamunan Azalea tiba-tiba tersentak apabila dia terdengar bunyi ketukan di pintu. “Assalamualaikum, mama! Bukalah pintu.”, jerit Merlisa. Anak kecil berusia 10 tahun itu baru pulang dari sekolah.
10 tahun.
Terasa sungguh sekejap ia berlalu. Mungkin dia tidak sedar kerana terlalu bahagia. Ya, dia bahagia. Pelbagai dugaan ditempuhi. Paling sakit, waktu hendak melahirkan Merlisa. Hampir saja berita kematian dia menjadi tatapan dan ratapan ahli keluarga. Dan jugak suami tercinta, Tengku Ikhwan. Terlalu sakit.
Azalea tersentak sekali lagi. Rengekan Merlisa mengejutkan dia dari lamunan. Kuat pulak dia mengelamun. Dia terus bergegas ke pintu untuk menyambut Merlisa. Dia tidak mahu lagi mendengar rengekan. Satu senyuman diberi namun wajah Merlisa mencebik. Tanpa menyalam mamanya, dia terus masuk ke dalam. Dihempuknya sofa dengan punggung yang kecil itu sambil terus menyilang tangan di atas dada.
“Alolo... Kenapa anak mama ni? Salam mama pun tidak, pastu buat muka tu... Kenapa ni?”
“Hmm...”, keluh Merlisa.
“Mama lambat buka pintu ke? I'm sorry. Forgive me...”
Merlisa memandang muka Azalea. “Lisa nak aiskrim dulu...”, kata Merlisa sambil membuat muka comel.
“Okay tapi dengan satu syarat... Lisa kena cium pipi mama dulu.” Tanpa disuruh, bagai dirasuk hantu aiskrim, Merlisa terus berlari anak ke arah mamanya dan mencium pipi dengan penuh keikhlasan.
“Sayang mama!”
“Mama sayang Lisa jugak... Sekarang, pergi mandi, tukar baju lepas tu turun bawah. Kejap lagi papa nak balik. Kita makan dulu dengan papa lepas tu kita makan aiskrim ya.”
“Okay mama!”
Selepas Merlisa menuju bilik untuk mandi, Azalea duduk di atas sofa. 'Peristiwa' itu masih lagi bermain di kotak fikiran. Walaupun Azalea sedaya upaya mencuba untuk tidak mengingatinya. Sebolehnya dia mahu balik ke masa silam dan ubah semuanya. Biar Danial Izzat tidak dikenali dan disayangi. Tapi jika dia tidak bertemu dengan Danial Izzat, pasti dia tidak akan bertemu dengan Tengku Ikhwan. Tentu saja Merlisa tidak akan lahir ke dunia ini.
Kedengaran bunyi kereta Nissan GTR milik Tengku Ikhwan sudah memasuki perkarangan rumah. Azalea cepat-cepat menuju ke pintu dan menunggu di situ. Sudah menjadi kebiasaan Azalea begitu setiap kali suaminya pulang ke rumah. Tengku Ikhwan keluar dari kereta dengan muka yang agak mencuka pada pandangan Azalea.
“Assalamualaikum.”
"Waalaikumusalam.”, sahut Azalea sambil memgambil beg dari suaminya.
“Kenapa muka masam je ni? Ada apa-apa yang berlaku kat pejabat?” tanya Azalea.
“Hmm...”, balas Tengku Ikhwan pendek.
Azalea berang. Suaminya tak pernah begini. Selalunya dia akan menjawab bila ditanya. Harini lain macam. Ish...
------------------
YOU ARE READING
HUTANG (Pending)
RandomYa. Aku dah mati. Tapi aku masih berlegar kat dunia ni. Menuntut janji yang tak sempat dilunaskan. Dia dah bahagia. Bukan nak menghancurkan tapi aku nak tuntut janji. Hutang mesti dibayar!