SANG KERAMAT PART I

94 3 2
                                    

--------Brytell Fort--------

"Relax Bruh, aku paham perasaan kau. Tapi macam yang ia tulis , kita kena selesai jalan cerita ni. Cara untuk selesai kan adalah dengan membuat mq(Main Quest) --" Kata Yuki lalu Rain mencelah.

"Tunggu apa?! Main Quest ?"Tanya Rain dengan hairan sekali.

"Main Quest. Dalam erti kata lain Jalan cerita Utama, dengan membuat Main Quest atau singkatannya mq, ia akan membawa kita lebih mendalam tentang World of Ruina ini , mengetahui misteri di dalam tempat ini , dan membolehkan kita mencari jalan pulang ke dunia kita. Tetapi kita kena berhati-hati sudah ramai telah membuat mq ini dan ramai yang mati--" kata Yuki lalu Rain mencelah sekali lagi

"A..apa maksud kau mati ?!" Rain bertanya dengan raut wajah yang cemas.

"Dalam mq, ia bukan hanya berjalan di satu arah. Ia bagaikan kau bermula di atas sebatang pokok setelah kau jauh memanjat ke atas batang pokoknya kau juga perlu membuat pilihan dahan pokok mana yang kau ingin melalui , salah memilih akan membawa kau ke dahan pokok yang mati dan rapuh membuatkan kau terjatuh kebawah , memilih jalan yang betul akan membawa kau ke dahan pokok yang subur dan selamat untuk di naiki . Seperti yang aku cakap tadi setelah kau membuat mq ia akan memberi kau pilihan jalan cerita mana yang ingin kau ambil. Salah mengambil jalan cerita akan membawa kau ke arah kematian kau sendiri, betul memilih akan membawa kau ke semakin hampir utk pulang ke dunia kita." Jelas Yuki kepada Rain dengan serius

"Jadi ia bagaikan kau bermain permainan video dengan hanya tinggal satu nyawa.. salah pergerakan akan membunuh kau serta merta." Jawab Rain

"Ye.. jadi adakah kau bersedia untuk melaksanakan mq? " tanya Yuki kepada Rain .

" Kita tiada jalan lain untuk di ambil , jadi... aku bersedia melaksanakan mq. " jawab Rain dengan serius.

Dengan itu Rain dan Yuki telah membuat persetujuan bahawa mereka akan melaksanakan mq sehingga tamat. Setelah itu mereka berjalan di Brytell Fort untuk mencari kelengkapan mereka bagi melaksanakan mq mereka..

"Uhmm Yuki!" Rain memanggil yuki secara tiba-tiba.

" Ye? Kenapa?" Balas Yuki sambil berjalan.

"Kau sudah level berapa?" Tanya Rain.

"Baru sahaja Lv 33" balas Yuki.

"Ehe?! Ta..ta..tapi macam mana kau boleh menang berlawan dengan Jungle Minatour masa di hutan tadi?!" Tanya Rain dengan terkejut sekali.

"ehehe.. aku menjumpai weapon ini ketika di dalam cave . Ianya rare item . 8 hari yang lepas aku dengan party member sedang melakukan ekspedisi mencari jalan keluar. Pada ketika itu aku masih tidak ketahui apa itu mq . Kesemua party member aku berLv lebih tinggi dari aku sewaktu itu , ada 2 dari party member yang berlevel 45-48 dan ketika itu aku baru berlevel 10 . Job aku adalah sebagai berserker , jadi mereka recruit aku sebagai healer mereka. Ketika kami berjalan memasuki cave tu keadaan masih lagi aman , tetapi setelah jauh kami di dalam sesuatu tak di jangka berlaku. Di dalam gua itu ada sebuah cerita dongeng tentang naga Reista. Kami tidak mempercayai cerita karut seperti itu tetapi semua berubah ketika ia betul-betul berada di hadapan kami. Naga bersisik tebal seperti kristal, hembusan api yang boleh melenyapkan player dengan satu serangan cakaran maut yang boleh menembusi apa-apa sahaja. Dragonlord Reista, naga kristal berlevel 109 (HP 450000) . Tiada lagi masa untuk berpatah balik , jadi kami hanya terus menyerang dan menyerang tanpa henti. Terdapat 8/10 orang yang ada di dalam party group aku. Tetapi tidak seorang pun yang dapat membuat serangan padu ke atas naga itu. Kami menyerang di setiap bahagian , Tetapi masih tidak dapat menjumpai titik lemahnya . Naga itu tidak memberi apa-apa serangan ke atas party member aku semua . tetapi sebaik saja nyawanya menjadi separuh , naga itu terus menghembus nafas apinya kepada 3 dari 8 player yg berlawan itu. Dengan satu hembusan itu , ketiga-tiga mereka mati sekelip mata. Aku cuba memberi amaran kepada mereka supaya lari dari sini selagi boleh. Tetapi mereka semua memiliki ego besar! Berkata jika menghampuskan rasaksa itu akan mendapat nama! Tidak lama kemudian satu persatu dari mereka mati dan sekarang hanya tinggal aku seorang. HP rasaksa itu hanya tinggal HP 13790 . Aku cuba melarikan diri tapi tidak berhasil. Apa yang aku lakukan hanyalah terus berlawan walaupun ATK yang aku hasilkan hanya maksimun 1000 hit. Aku lawan dan terus berlawan, perasaan marah di dalam hati aku tidak berhenti. Dengan tidak diduga , aku menyedari yang aku sudah terbaring di atas tanah. HP hanya tinggal HP 140 . Tetapi aku tidak mengalah lalu terus bangun dan memberikan critical hit terakhir kepada rasaksa itu. Dan aku berjaya.. aku berjaya memusnahkan rasaksa yang 100 kali ganda kuat dari aku. Ketika rasaksa itu mati, EXP aku terus bertambah sebanyak 2350000EXP dan ia telah melonjakkan lvl aku sehingga lvl kini. Setelah selesai dengan apa saja yang aku lakukan aku terus menuju ke tempat ini. Tetapi sesuatu membuat ku terhenti seketika. Sebuah Info box terlihat di depan aku. Dan ia tertulis , Ranking Obtained "Reista Slayer" . Weapon obtained. RARE! Lut. Warfare
ATK: 430
MATK: 560
Slot: 2
Stat: MATK UP BASE ON LVL, HEAL UP 45% , BERSEKER ATK +130% HP +3000

Aku tidak berkata apa-apa ketika itu. Aku hanya meneruskan perjalanan aku ke Brytell Fort. Dan apabila tiba di sini , aku terus jadi terkenal tanpa di duga."

"Oh..(aku takdapat nak ungkap apa-apa sekarang, dia telah mengalami perkara dahsyat ) a...aku simpati atas kematian party group kau.. " kata Rain dengan perlahan kepada Yuki

"Huh! Merepek.. mereka memang sepatutnya mati disebabkan ego mereka." Kata Yuki sambil membuat senyuman yang menakutkan.

"(Dia masih tersenyum walaupun ada orang mati di hadapannya)" bisik Rain kepada diri sendiri.

"Oh ya.. tapi ada yang pelik.."Yuki berhenti seketika lalu memandang ke arah Rain

"Ada yang... pelik?"Jawab Rain dengan hairan.

"Kenapa kau datang ke Ruina 10 hari lebih lambat berbanding player lain?" Tanya Yuki dengan pandangan yang serius sekali.

"Tunggu?! Apa?! Aku lambat tiba di sini ?! Ja..ja..jadi aku sekarang player paling lemahlah dalam tempat ni?!" Balas Rain dengan terkejut sekali.

"Aih itu mungkin benda betul.. semua player dah melebihi level 10 sekarang, lebih baik kau kejar sebelum kau ketinggalan." Kata Yuki sambil menepuk-nepuk bahu Rain.

Rain dan Yuki meneruskan perjalanan mereka ke kedai peralatan yang ada di Brytell Fort. Tidak banyak peralatan yang kuat terdapat di Brytell Fort kerana tempat ini hanyalah untuk player baru sahaja. Tidak sesuai untuk player yang sudah berlevel 30 ke atas. Ketika mereka sampai di kedai peralatan. Yuki membeli stack of Reheal S (Stack = 99) dan juga Remana S stack . Rain terkejut apabila melihat Yuki membeli barang dengan banyak sekali.

"Yu..Yu...Yuki ! Banyaknya kau beli?!" Tanya Rain dengan terkejut sekali.

"Huh? Oh ahaha ini untuk kegunaan dalam ekspedisi nanti." Jawab Yuki

"Ta...ta..tapi mana kau dapat duit sebanyak itu?!" Tanya Rain kepada Yuki.

"Ohh yaa... ehe.. aku lupa nak bagitahu yang ketika aku berlawan dengan Dragonlord Reista aku telah mendapat 3000000 Micro." Jawab Yuki.

"Mi...cro?" Rain kelihatan hairan.

"Oh yea , kau tak tau micro tu apa. Micro adalah sejenis mata wang yang dipakai didalam Ruina Ia kelihatan seperti ini..(Yuki menunjuk satu Micro kepada Rain) . Cara mendapatkan Micro adalah dengan membunuh mobs yang ada dalam dunia ini. Lebih tinggi level mobs itu, lebih banyak Micro kau boleh dapat. Yuki menjelaskan kepada Rain

"Ohh.. macam mana nak tahu berapa Micro yang aku ada?" Tanya Rain.

"Itu senang saja. Pertama buka kotak menu kau yang ada di atas sebelah kanan itu. Lalu pergi ke Character. Selepas tekan di character. Akan mempunyai 5 kotak berbeza iaitu Status, Equipment, Ranking, Quest, dan Developement. Tekan pada status . Lalu kau akan nampak Full HP, Full MP, STAT POINT, dan Micro." Kata Yuki sambil Rain mengikut apa yang disuruh Yuki.

Apabila Rain melihat Micronya , dia mempunyai Micro sebanyak 25000Mic .

"Eh? Memang dia ada bagi ke Micro percuma kepada new player?" Tanya Rain.

"Apa? Eh tunggu sebentar.. oh ya! Tadi bukankah kau dah bunuh jungle Minatour, itu telah memberi kau Micro." Jawab Yuki.

Setelah banyak menyoal Yuki membelikan Rain sebuah armor dan sejenis weapon baru.

"Okeh! Sekarang kita sudah bersedia untuk memulakan mq kita! Jadi.. selamat tinggal." Kata Yuki kepada Rain.

"Huh ? Eh tunggu apa?! Kenapa nak tinggalkan aku pula ni?!" Tanya Rain

"Huuh?? Ohh yaa. Hahaha aku lupa nak bagitau.. setiap orang yang ada dalam dunia ini mempunyai starter mq yang berbeza tetapi mempunyai ending yang sama. Macam aku pernah kata. Ia seperti pokok. Tetapi bukan bermula dari batang pokok. Itu yang aku tersilap cakap tadi. Kita bermula di akar pokok dan setelah berjaya keluar di akar pokok itu baru lah kita bertemu di tempat yang sama. Jadi... goodluck Rain. Aku percaya kau boleh lakukannya sendiri. Oh ya dan jangan mati. Kalau tak aku bunuh kau lagi sekali." Itulah kata-kata terakhir Yuki kepada Rain. Setelah itu dia terus berangkat pergi dari Brytell Fort .

"Selamat berjaya kawan"ucap Rain dalam diam.

WORLD OF RUINA-World BEYOND the Limit(Malay Version)Where stories live. Discover now