Apabila Sekolah bermula Rain tidak dapat menenang kan diri nya dari berfikir tentang mimpi nya itu. Rain langsung tidak tumpukan perhatian semasa guru mengajar. Rain langsung tidak melayan karenah semua kawan sekelas nya. Dia masih memikirkan. Apakah gambaran yang dia lihat di dalam mimpinya itu adalah tempat di mana gadis misteri itu katakan?
"Rain?...kamu dengar tak Rain?.. Rain?!" Jerit guru kelas nya yang sedang mengajar.
"Kau diam boleh tak?! Ergh.." Rain membalas dengan nada yang tinggi tanpa dirinya sedari.
"Apa kamu kata?! Berani kamu melawan cakap guru kamu!!Kamu akan dikena kan 10 mata merit akibat melawan cakap guru dan tidak menumpukan perhatian!" Guru kelas nya memekik ke Rain yang sedang kebinggungan.
Rain hanya berdiam diri semasa guru sedang meletak kan mata meritnya di dalam buku disiplin.
"Apa yang aku baru lakukan.." Rain membisik ke diri sendiri.
---Waktu Rehat---
Seorang pemuda lelaki menghampiri Rain sewaktu guru keluar dari kelas . Pemuda berpakaian baju ketua kelas , rambut perang keemasan dan memakai bandage di hidung nya. Pemuda itu bernama Shin Kurugaya. Seorang kawan rapat kepada Rain dan juga seorang ketua kelas. Dia juga seorang pelajar yang paling popular di sekolah. Dia kaya , bermuka tampan , bersikap sopan , baik hati , sangat suka membantu rakan-rakannya. Dia seorang yang sangat bagus di dalam akedemik sekolah mahu pun dari segi pembelajaran dan juga sukan. Boleh dikatakan dia adalah murid paling sempurna di sekolah. Ramai gadis terpikat dengannya .
"Hey Rain, kenapa dengan kamu tadi?" Tanya Shin dengan lembut .
"A..aku tak tau.. apa yang terjadi sekarang ni.. mimpi aku tidak pernah seteruk ini dahulu.. a..aku terdengar suara gadis yang aneh didalam mimpi aku.." jawab Rain dengan dengan raut wajah yang ketakutan.
"Kamu jangan difikirkan sangat tentang mimpi itu.. suara yang kamu dengar itu mungkin hanya mainan mimpi...saya rasa kamu perlukan rehat.." kata Shin sambil duduk di hadapan meja Rain.
"Hmmm....baiklah" Rain balas sambil meletakkan mukanya di atas meja.
Setelah sekolah tamat, Rain pulang seorang diri dengan berjalan kaki dan bukan nya menaiki bas seperti selalu dilakukan . Dia berkata pada rakan-rakannya yang dia ingin menenangkan diri nya kerana itu dia ingin berjalan pulang ke rumah . Pada masa itu ia sudah 7:15 malam segalanya lekang sahaja. Rain melalui jalan yang kosong , hanya rumah-rumah di sekeliling dan juga lorong belakang yang sempit. Pada masa Rain sedang berjalan pulang , Rain menampakan kelibat seorang gadis di taman permainan yang ada di belah kiri nya . Gadis yang berpakaian serba putih dan berambut hitam panjang. Rain menyangkakan yang dia terserempak dengan hantu , tetapi fikirannya berubah semula apabila dia mendengar gadis itu memanggilnya dengan nada suara yang sama seperti gadis misteri di dalam mimpinya.
Rain.. apa kau..
Sudah bersedia?
Mengubah hidup mu?Dengan sekelip mata , gadis itu hilang disebalik pokok pokok di taman. Rain mengejar sambil menjerit. "Tunggu!!" Tetapi sebaik saja Rain melihat di sebalik pokok itu. Gadis misteri itu tiada di situ. Pemikiran Rain menjadi semakin bercelaru.
"Di mana kau haa?!"
"Jangan bersembunyi lagi!"
Rain menjerit sekuat hati nya. Tetapi langsung tiada tindak balas dari sesiapa.
Dengan tiba-tiba tubuh Rain berasa berat dan lemah. Pemikiran dia terhayun-hayang , Rain rebah di taman itu dan langsung tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
WORLD OF RUINA-World BEYOND the Limit(Malay Version)
Viễn tưởngIkuti cerita tentang seorang remaja berumur 16-tahun bernama Rain yang terperangkap di dalam dunia bernama Ruina. Cerita di mana kesedihan, kesengsaraan, semangat, percintaan, keingan, dan keadilan dalam bagaimana dia bergelut untuk sedaya upaya pul...