WELCOME TO WORLD OF RUINA

237 13 10
                                    

---RAIN---

"UGHH sakit nya kepala aku.." Rain berkata sambil bangun dan mengusap matanya . Alangkah terkejutnya Rain apabila dia membuka matanya dan mendapati dia tidak lagi terbaring di atas katil di Hospital .

"Haaa?!! Aku kat mana ni ?!" Tempat apa ni!!" Rain menjerit ketakutan sambil menunjukkan riak wajah yang panik . Rain menutup muka nya lalu terduduk di atas tanah . Rain sangat terkejut dan dalam masa yang sama berasa pelik . Selepas beberapa minit berlalu , Rain tidak lagi ketakutan . Rain melihat sekelilingnya untuk mengenal pasti di mana dia . Sewaktu Rain melihat kelilingnya , dia terlihat banyak benda-benda pelik yg tidak pernah dilihatnya . Pokok-pokok yang dilihatnya tidak sama langsung seperti pokok yg ada di bumi . Pokok-pokoknya berwarna berlainan dan mempunyai rupa yang pelik . Tempatnya juga kelihatan lebih bewarna . Setelah sejenak memikirkan di mana dia berada , Rain mendapati bahawa dia berada di dalam hutan . Setelah mengetahui dia di mana , dia berjalan di dalam hutan itu untuk mencari jalan keluar .

Selepas beberapa jam berjalan merentasi hutan , Rain telah berjaya keluar dan berhenti di tepi tebing .

"WAHHH!! Tempat apa ini ?!" Rain berkata dengan riak wajah yg terkejut .

Rain terkejut kerana apabila dia melihat pemandangan di tebing tinggi itu . Dia dapat melihat sesuatu yg sangat indah sekali . Dari jauh dia terlihat sebuah Istana kaca yang besar , Gunung ganang kristal yang tinggi , lautan terbuka , berpuluh-puluh pelangi yg menyelubungi bukit-bukau , dan sebuah bandar . Semasa Rain tengah menghayati pemandangan yang indah itu , satu kotak mesej tiba-tiba muncul di hadapannya . Rain berasa agak pelik pada mulanya , tetapi apabila dia nampak sebuah tulisan di dalam kotak mesej itu dia terus memberanikan diri dan bacanya .

[Welcome To World Of Ruina]
Enter your character name:-

"Huh?!Wo--- world Of Ru--Ruina ?!"

Setelah melihat ayat itu , Rain teringat yang dia pernah dengar ayat seperti ini di suatu tempat .

"Huuh?! Mimpi itu ?!" Rain teringat semula yang terdapat suara seorang gadis di dalam mimpi nya yang berkata datang la ke sini . Datang ke world of---

"Ruina?! Apakah benda yg berlaku itu suatu mimpi . Atau pun realiti ?!" Rain terfikir sambil menggosok-gosok kepalanya . Rain melihat semula di dalam kotak mesejnya.

Enter your character name:-

"Huuh?? Character.... name ?"Rain Berkata. Rain menekan tulisan itu lalu keluarlah sebuah papan kekunci di situ . Rain terkedu buat seketika namun tetap memberanikan diri untuk menulis character name nya .

Character name:-_Rain_

Selepas selesai menulis nama karakternya , sebuah lagi kotak mesej muncul di hadapan Rain yang bertulis,

Choose your job:
-Warrior
-mage
-berserker
-rouge
-creator
-healer
-ninja
-gunner
-PK

"Huuhh?! Job ? Apakah ini seperti sebuah game? Aku tidak selalu bermain permainan RPG. Tetapi.." Rain berkata.

Rain terus menekan tulisan "Warrior" Tanpa memikirkan apa-apa.

"Welcome Rain . You Are Now Warrior Level 1" Rain terdengar sebuah suara perlahan di hujung telinganya .

"Huuhh?! Jadi ini memang sebuah game ?! Tapi bagaimana boleh jadi begini ?! Bagaimana aku boleh berada di sini?!" Rain berkata dengan cemas sekali . Setelah kotak mesej hilang dari pandangan Rain . Sebuah cahaya muncul di hadapan Rain dan berubah bentuk menjadi sebuah pedang biasa . Rain mengambil pedang itu tanpa berkata apa-apa . Pakaian Rain juga berubah daripada pakaian hospital ke pakaian perang berlevel 1 . Apabila Rain melihat pakaian itu satu kotak kecil muncul di mata Rain bertulis Leather Armor .

WORLD OF RUINA-World BEYOND the Limit(Malay Version)Where stories live. Discover now