SANG KERAMAT PART II

67 7 1
                                    

"Jadi.. baik aku mulakan Main Quest aku sekarang.." Rain membuka kotak menu lalu menekan ke kotak character dan mencari kotak yang bertulis "Main Quest" .

"Oh itu dia" Rain menekan kotak Main Quest lalu membaca tajuk Quest pertamanya.

———————THE SACRED———————
Objective:- Go to Selfheim Empire and talk to Kanojo.

Reward:- 1200Exp 200Mic

"Sang.. Keramat.... Kenapa bunyi Main Quest aku macam seram sangat je." Kata Rain sambil menunjukkan ekspresi muka yg takut.

"Aih.. nampaknya aku tetap kena lakukan walaupun bunyinye menakutkan.. hmm.." Rain bercakap pada diri sendiri.

Rain dengan pantas membuka Sector Map( map di mana tempat yang kita berada sekarang) > Region Map( map yang menunjukkan  rantau sesuatu tempat yang kita berada / ia juga untuk menunjukkan sesuatu negara yang kita berada sekarang)

"Erk.. tak.. tak mungkin.." raut wajah Rain berubah secara tiba-tiba setelah melihat map.

"243km.. 243km.. pe-... pe-.. perjalanan aku kesana... Berapa besarnya dunia ni ha!!!!" Rain berteriak pada diri sendiri menyebabkan semua penduduk brytell fort berhampirannya memandang ke arahnya.

"Oh.. aku baru perasan.. penduduk dunia ini seperti tidak terkejut dengan kedatangan manusia dari dunia aku.. pelik.." Rain berbisik pada diri sendiri sambil memandang penduduk-penduduk brytell fort yg berdekatan dengannya.

"Jadi.. tempat pertama yang aku perlu redah ialah.. Teodora Forest" kata Rain lalu terus melangkah kakinya kesana.

Sebaik saja Rain bergerak, seorang perempuan tua mendekati Rain

"Anak muda.." seorang perempuan warga tua memanggil Rain dengan suara yg sayu.

"Huuhh apa dia nek?" Tanya Rain pada warga tua itu.

"Nak, apa kamu mahu melalui Teodora Forest ke?" Tanya perempuan tua itu sambil mendekati Rain.

"Iye nek kenapa?" Rain membalas dengan satu soalan "apa.. ada masalah ke?"

"Berhati-hati lah nak ketika melalui hutan itu. di dalam hutan itu ada sejenis makhluk halus yang menjaga hutan ini. Makhluk ini di panggil Azhelm Soul" perempuan tua itu memberi nasihat kepada Rain .

"Azhelm Soul?.. baik lah nek saya akan berhati-hati." Kata Rain sambil tersenyum pada perempuan tua itu.

"Ambil ini anak muda." Perempuan tua itu memberi sesuatu kepada Rain. Rain tidak teragak agak mengambil barang itu. Rain melihat barang yang diberi oleh perempuan itu . Ianya sejenis loket . Special item yang boleh dipakai oleh character.

"Dengar nak. Kalau kamu terserempak dengan Azhelm Soul itu, pakailah loket ini. Loket ini telah disihir oleh penyihir lagenda di rantau ini. Dengan memakai loket ini, kamu akan menjadi halimunan kepada semua rasaksa yang ada di dalam hutan ini." Kata perempuan tua itu setelah memberikan Rain loket itu.

"Ergh(disihir?!).. terima kasih nek.. apa ada sesuatu bayaran yang perlu saya bagi untuk menjadi pertukaran bagi loket ini?" Tanya Rain dengan penuh adab.

"Tak perlu nak.. nek cuma tak mahu ada lagi kematian yang berlaku di dalam hutan suci Teodora ini sahaja." Kata perempuan tua itu.

Rain berterima kasih kepada nenek itu lalu terus menolehkan badannya ke arah hutan Teodora. Sebaik sahaja Rain membuka langkah , perempuan tua itu memberi nasihat kepada Rain.

"Jika kamu terpaksa berlawan dengan Azhelm Soul, ingat bahawa kelemahannya terletak pada topengnya. Dengan menghancurkan topengnya, roh itu akan terbakar disebabkan tiada perlindungan pada mukanya. Cahaya matahari lah yang akan membunuhnya pada ketika itu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WORLD OF RUINA-World BEYOND the Limit(Malay Version)Where stories live. Discover now