Minggu lepas aku lepak kedai kopi berhampiran rumah aku. Liza pun mau ikut sebab bosan duduk di rumah. Ikut kan hati aku malas la mau bawa dia sekali. Hasrat aku masa ni cuma mahu tengok perlawanan bolasepak kegemaran aku. Perlawanan makin rancak, aku dah lupa yang Liza ada sebelah aku. Tengah syok tengok bola ni Liza mengeluh. "Apa ni, makan mee goreng sampai pipi pun kotor", dia ambil tisu dan lap pipi aku. Dia sambung lagi, "selekeh macam mana sekali pun kau, aku masih sayang kau lagi, ingat tu jae",.. Aku balas dengan senyuman sinis. Tiupan wisel di tv sudah bunyi. Aku dan Liza terus cabut dari kedai kopi ni. Malam tu jadi lebih indah sebab Liza dan kemenangan manchester united.
YOU ARE READING
Pembunuh Senyap
Bí ẩn / Giật gânAku suka bila Liza cakap, come on! jae. U boleh buat semua ni". Suara dia seperti "oksigen" yang segar waktu pagi. Aku lebih suka bermain dengan minda sendiri berbanding stalk gambar bekas kekasih di facebook. Okey, ini serius, memang serius..