Abang mahu berapa banyak? 30 biji, dik. Buat apa dengan ubat banyak begini? Aku sekadar buat muka selamba. Selepas bayar ubat ubatan itu aku terus keluar dari kedai. Aku tengok jam, sudah pukul 5:29 petang.
Teruk gila jemm sekarang ni.. Aku singgah di kedai kopi untuk buangkan masa dari berada di atas jalanraya.
Aku keluarkan rokok dan lighter, bakar rokok, sedup dan hembus ke arah arah liar.
Dik, bagi kopi satu, susu sikit okey?, adik pelayan kemudiannya berlalu dari meja aku.
Sementara menunggu kopi aku datang, aku periksa ubat ubatan yang aku beli. Erm, semua sudah ada. Baguslah.
Kopi dah sampai, aku terus minum, minum dan minum. Aku pandang balik ubat yang aku beli. Balik nanti kalau telan semua ni okey juga.. Ah! Lantaklah apa mau jadi, bukan orang tahu pun. Ada baiknya aku tak wujud sekarang ni..
YOU ARE READING
Pembunuh Senyap
Mystery / ThrillerAku suka bila Liza cakap, come on! jae. U boleh buat semua ni". Suara dia seperti "oksigen" yang segar waktu pagi. Aku lebih suka bermain dengan minda sendiri berbanding stalk gambar bekas kekasih di facebook. Okey, ini serius, memang serius..