Menunggu Gelap

55 0 0
                                    

Aku sampai rumah selepas isyak, panggilan terlepas yang begitu banyak dan sms yang banyak datang dari Liza. Aku sengaja tidak memberi balasan panggilan dan sms dari dia. Liza sudah cukup banyak membantu aku untuk hidup seperti insan lain. Tapi, aku gagal, dan aku sudah rasa "muak" ada dalam dunia ni. Penyakit aku pulak makin menjadi jadi.

Aku masuk bilik, pandang setiap sudut dalam bilik. Gambar aku dan Liza masih terlekat di atas dinding. Surat surat dari Liza masih ada di atas meja, ini semua kenangan aku dengan Liza. Tapi sampai bila? Liza memang tahu aku ada penyakit. Tapi berita terbaru dari doktor Malek dia belum tahu, cuma aku dan doktor Malek saja yang tahu. " jangan sampai dia tahu, sudah.." aku berkata dalam hati.

Aku duduk, buka tv, tengok drama cinta yang sungguh Bosan. Aku tutup balik tv guna remote dan buang di atas katil. Aku bakar rokok, sedup dan hembus ke arah bawah. Aku hidupkan radio dan masukkan kaset dari album selamat tinggal dunia ,Butterfingers. Malam tu aku biarkan radio hidup sehingga pagi.

Pembunuh SenyapWhere stories live. Discover now