Pagi Di UA

79 0 0
                                    

"Hari hari sama sahaja", seperti lirik dalam lagu merpati sejoli. Bangun pagi pagi seperti dalam klip video kabus ribut,Kelam kabut di waktu pagi sebelum bertarung dengan jem.Di waktu pagi, dalam keadaan mata dan otak tengah high. Aku menguap. Aku masih mengantuk. Tapi aku kena tahan mengantuk ni. Pil tidur yang aku telan semalam memang puaskan hati aku. Semua jadi senyap lepas telan pil tidur.

Kadang aku terfikir juga, kalau telan banyak banyak pil tidur ni mungkin boleh senyapkan semua benda yang aku fikirkan.Lepas mengharungi jem, aku drop kereta di sebuah kedai makan berhampiran. Aku perlukan kopi dulu. Aku order kopi. Lepas order kopi, aku keluarkan lighter dan rokok surya. Hidupkan lighter, dan bakar rokok. Aku sedup dan sembur ke atas. Aku rasa sedap bila buat macam ni. Kopi dah sampai!! Aku minum sikit sikit untuk nikmati pagi ini. Tapi pagi aku masih lagi macam "Hari hari sama sahaja"...

Pembunuh SenyapWhere stories live. Discover now