BAB 6

3 0 0
                                    

"Pasal tu je kot? Takkan kau nak tolak busines ni? Juta kot? Boleh menguntungkan syarikat.
Entah entah kau boleh dinaikkan pangkat"

Irvan masih dalam dunianya sendiri.membiar
Kan bebelan dari adam dibawa lalu oleh angin.dia mengusap ngusap jam tangan hitam berjalur merah royal yang dipakai olehnya di tangan kiri,menyerlahkan lagi gaya maskulin

"Woi! Kau dengar tak?"

Adam mengetap bibir.kurang asam,penat aku bagi nasihat kat dia punya baik dia main dengar tak dengar je? Haishh...kang ada yang makan kaki free ni kan.aihhh!!

Namun,adam segera menyabarkan hatinya yang mula hendak meggelegak.sabar adam...sabar! Orang cam irvan ni tak boleh dilayan kasar! Sabar....1...2...3...fuhh!! Tarik nafas....fuh!!...hembus...

"Kau fikirkanlah baik baik irvan.aku keluar dulu"

Irvn memandang kosong langkah adam yang makin lama makin menghilang keluar.dia kembali menatap panorama bandaraya kl dari dalam cermin pejabatnya.berada pada kedudukan di tingkat 30 membolehkan dia melihat segalanya ...huh....hanya hutan konkrit

"Sayang!"

Irvan tersentap! Dia menoleh ke kiri dan kanan.depan belakang.atas bawah seluruh ruang pejabatnya.aku tak salah dengar kan? Tu...tu...

"Sayang! Hari ni bufday you!"

Sekali lagi,irvan tersentap! Tolong....tolong ya Allah,aku tak berdaya,hatiku tak keruan.irvan masih lagi tercari cari suara itu

"Nah,hadiah! Special for you!"

Kali ini irvan seperti hendak menangis,namun sehabis daya dia menahan daripada keluar.air mata lelaki sangat berharga untuk dikeluarkan lagi lagi untuk seorang perempuan.sia sia!

"See? I pandai pilihkan bufday present untuk you? Ni maryam lah! Maryam!"

Irvan membuntangkan matanya,suara...
Suara...tu...suara....maryam! Ya,tak silap lagi,suara maryam! Ya Allah!

Tiba tiba dia terasa satu sentuhan di bahunya.sejuk....nyaman....mendamaikan...hati lelakinya bergetar...harumannya ...sentiasa menggetarkan jiwanya

"Sayang....tak rindu i?"

Irvan menutup mata,tak ingin menoleh.dia sesungguhnya tidak kuat.sangat tidak kuat!

"Sayang...tak ri...nnnnduuuu i ke?"

Irvan tak tertahan,terus dia mengangguk

"Rindu...rindu sangat sangat!"

"Kalau rindu kenapa tak cari?"

Kali ini sentuhan itu sudah menjalar ke bahagian mukanya.sentuhan lembut itu mengusap wajahnya dengan sentuhan kasih.sentuhan rindu

"I...I...tak kuat!"

Irvan turut membalas usapan tersebut dengan memegang jari runcing yang sedang mengusap wajahnya.lembut....

Tiba tiba,entah dari mana satu angin yang kencang menerbangkan segala kertas kertas yang dibiarkan berselerakan dia atas meja beterbangan dan jatuh ke lantai.serentak itu,usapan yang halus dari jari yang runcing turut hilang,bisikan bisikan halus tadi turut hilang,seperti turut dibawa angin lalu...

Irvan tiba tiba tersedar dari langokan yang panjang apabila terdengar azan maghrib berkumandang dari handphonenya.segera dia beristighfar.irvan segera meraup mukanya

"Astaghfirullah al'azim!"

Ketika ingin bangun,dia kembali terduduk apabila mendengar satu lagi bisikan.bisikan yang lain dari tadi.

"Sesungguhnya,ia hanyalah mainan syaitan!"

Kali ini dia lemah,memang lemah! Tak terdaya mahu melangkah dan bangun! Ya Allah,
Berikanlah kekuatan kepada hambamu ini ya Allah!!

---------

LAKARAN HATIWhere stories live. Discover now