"Aku cadang aku nak duduk sini setahun,dua tahun lah.aku nak cari kerja kat sini"
Cadangan yang keluar dari mulut maryam difikir semasak masaknya oleh fathia.berkerut kerut dahinya.fathia kalau boleh memang tak setuju....tapi....
"Ikut kau,hidup kau!"
Maryam tersenyum.tak tahu antara dia tersenyum sinis atau tersenyum biasa.lebih kurang sama je senyumannya.heh....marah lagi rupanya si fathia ngan aku,mesti pasal malam tadi ni
"Kau marah aku fathia?"
Fathia diam.tiada reaksi.geleng tidak.angguk pun tidak.hanya diam seribu bahasa.malas mahu melayan.menyakitkan hati akhirnya nanti.fathia pura pura busy dengan bermain main phonenya
"Marah lagi la ni"
Fathia mengengsot ke kiri sofa betul betul di bahagian bucu sofa apabila maryam duduk rapat dengannya.tak ingin nak duduk dengan orang mulut berasid ni
"Sapa je yang tak marah kalau asyik kena perli kaw kaw dengan bff till jannah sendiri?"
Maryam buat dont know.dia malas mahu ambil tahu pasal hati orang lain sedangkan hatinya sendiri terluka
"Nak buat camne,memang kau camtu! Rosak akhlak sikit!"
Asid! Pedas! Berapi! Mati hidup balik tetap berapi kalau dengar.hati fathia menggelegak!
"Cakap tu berpada sikit ye? Karang ada yang makan penampar aku pagi pagi ni!"
Heh....renungan fathia tu langsung tak menggerunkan hati maryam.lagi suka adalah...
"Betul kan? Kau tu akhlak rosak? Dulu kau pernah cerita kan yang kau pernah hampir hampir bu...."
PANG!!!!
Satu tamparan hinggap betul betul di pipi gebu milik maryam.maryam terkedu.terdiam dia dengan aksi spontan fathia.nafas fathia pula sudah turun naik.sabar...sabar...tapi,sabar orang ada batasnya!
"Sekali lagi kau sebut sebut kisah silam aku,aku tak akan teragak agak nak tampar kau sekali lagi.mati pun tak apa!"
Maryam terkedu lagi.dia seperti mahu nangis.namun dia tahan.takpa ...aku dah banyak kali nangis!
"Memang patut pun si irvan tu tipu kau! Tinggalkan kau! Sebab belang kau yang buas ni dah nampak sikit sikit! Lelaki mana yang tahan dengan perangai kau ni? Mulut berasid! Blah lah kau!"
Maryam menahan nafas yang sedari tadi asyik turun naik dengan sangat pantas.dia menggenggam jari jemarinya dengan erat.derap tapak kaki fathia yang sudah menuju ke pintu hotel didengarinya dengan sayu.maryam terduduk.air matanya jatuh.setitis....setitis...lama lama semakin banyak.sedu sedannya sudah berubah menjadi tangisan sayu
"Aku...aku ni jahat sangat ke?"
"Aku...aku...ni ...teruk?"
"Irvan...tt..tinggal..kan aku sebab ...aku ni..teruk?"
"Aku...aku....tter...rukk?"
Air mata maryam semakin deras.air mata yang dibendung dari keluar akhirnya keluar juga.pergilah air mata....
"Shuuu"
Maryam tersenyap.dia kebingungan...dia memandang sekeliling.tu...tu...suara...irvan?
"Jangan nangis sayang! Abang ada"
Maryam sekali lagi memandang sekeliling mencari si empunya suara...tiada...
"Abang takkan biarkan air mata sayang tumpah lagi.pergilah air mata..."
Maryam menutup matanya apabila satu angin sederhana kencang yang masuk dari arah balkoni yang pintu sliding doornya tak bertutup menyapa wajahnya.satu kucupan hinggap di pipinya. tercelik maryam dibuatnya
"Hahahhha....sorry abang curik cium sayang!"
Maryam kebingungan....dia memegang pipinya yang baru saja dicium.panas...masih baru rasanya....
Sepantas itu,segala memori indah terlayar kembali di mindanya.saat kau dan aku menyulam cinta.indah...manis...
Sepantas itu juga air mata maryam tumpah.sendu menguasai ruang tamu hotel ini.maryam makin lama makin lemah akibat tangisan yang berpanjangan,akhirnya dia terlelap di atas sofa dengan sendu yang masih berbisa.
Belas fathia melihat rakannya itu,dia yang berpatah balik untuk mengambil phonenya terhenti langkah apabila melihat tingkah maryam.secara tidak langsung,dia turut menangis
"Maafkan aku kawan"
--------
YOU ARE READING
LAKARAN HATI
AcakLakaran lukisan hati, kini menjadi teman setia, hari hari sepi, tanpa kau dihati, Lakaran lukisan hati, saksi kepada jiwa yang lara, tak ku duga, pembohongan kau melukakan ku, Lakaran lukisan hati, ku tak berdaya lagi, jika itu yang dipinta, akan ku...