Hujan

164 4 0
                                        

Malam ini,
Hujan lebat campur kabus tebal.
Membuatkan jalan malam gelap gelita.
Tanpa lampu jalan yang selalunya ada.

Mata aku kecilkan untuk tumpukan apa yang dihadapan.

Hidup ini,
Bak hujan campur kabus,
Tidak nampak apa.
Tanpa cahaya jiwa.

Jalan yang aku lalu sekarang ini bagaikan kabur, Kerna dosanya telah tutup cahaya di hati.

Kadang buat aku menung..
Kemana aku selepas ini?

Isilah hati, untuk buatkan cahayanya bersinar kembali. Lalu boleh pandu kau ke jalan yang abadi.

Bak cerita tadi,
binalaaa lampu jalan. Agar kau nampak depan.

PerempuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang