Makan Diri

61 4 0
                                    

Yang paling utama,
Cinta Allah pada kita.

Maka nikmat tuhan yg mana lagi yg kau dustai?

Perlahan,
Ego itu makan diri

Perlahan,
Makin buta

Perlahan,
Makin tuli

Kita makin bijak menghukum manusia tatkala diri rasa betul sendiri

Kita makin cerdik bangga diri katakan orang buta hati

Kita makin rasa diri paling tinggi tatkala kita tunding jari kata orang itu jahatnya begitu begini

Sedangkan itu semua dari diri, kita sendiri.

Sedarlah jasmani,
Sedarlah rohani,

Tatkala semua itu berada di hati.
Sebenarnya kita yang jahil hakiki.

Hanya bijak menghukum kerana lupa illahi. Adakah sifatnya rasulullah menghukum orang gini? Adakah sifatnya rasulullah tahu tunding jari pada lain insani?

Kata umi, apa perbuatan diri mesti ukur dengan sifatnya rasulullah. Nabi yang Allah cintai.

Katalah apa pun wahai manusia,
Kejilah aku sesuka hati,
Makilah aku beribu kali,
Cacilah aku sampai kau puas hati,
Kutuklah aku ini

Kerna aku punya satu KEYAKINAN HAKIKI,

Bahawa

Allah kenal aku. Allah akan balas suatu hari nanti pada mulut yang ringan caci maki, pada mulut yang suka kata keji. Allah kan kata, aku sangat dekat dengan hamba hambaku. Lebih dekat dari urat nadi hambaku sendiri.

Keyakinan inilah yang suatu hari nanti akan buat kau sesali sampai mati.

La tahzan, Allah ma'ana ☺️

PerempuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang