Mahu kata

72 6 1
                                    

Mahu kata

Sedih
Geram
Marah
Berang

Aku tak pernah buat serupa itu,
Kenapa mesti kau buat gituh?

Tanya
Jika mahu

Marah
Jika perlu

Padam
Perlu tanya

Buat melulu
Marah itu dapatmu

Stress aa mcmnih selalu.

Aku bukan macam bidadari kayangan
Yang buatnya tak pernah setan

Aku bukan hatinya kaku
Yang tak rasa buatan yang gitu

Aku adalah aku
Kau perlu kenal, perlu tahu

Perubahan bukan cuma sehari semalam,
Perubahan bukan dalam masa sejam,
Perubahan makannya dalam.
Makna perlu dicekam
Iltizam ..

Apa salah jika tanya dahulu?
Bukan cemburu jitu

Toleransi dalam hubungan
Makan makna paling dalam.

Tiadanya, buat hubungan itu diam.
Tiada lagi nafas yang hidupkan angin rindu.
Tiada lagi pandangan yang lahirkan namanya cinta.

Lama lama. Hubungan itu ...

Mungkin ranap ditelan kaburnya cinta. Mungkin punah dimamah hancurnya jiwa.

Nyata salah jika kau tanya?

Lama lama...

Hati ini juga punya hadnya.

Lama lama..

Hancur juga.

Lama lama..

Pandangan kosong.
Jiwa diam bungkam.
Rindu lenyap dendam.

Patutnya.....

Mungkin juga,

Patut aku kata?

Mahu kata?

Selamat tinggal sayang...

PerempuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang