BAB DUA

2.4K 23 0
                                    

SIULAN-SIULAN NAKAL tidak diendahkannya. Lengan Jazli dipaut kejap. Wajah Jazli yang merah padam tidak dihiraukan. Kaki Iana Sabira terus mengatur langkah.

  "Sab, biar I bagi diorang sekali!" Jazli hilang sabar.

  Hayunan langkah Iana terhenti. Dia memandang Jazli, "Jaz sayang, sabar sikit boleh tak?"

Wajah Jazli mencuka.

  Iana rasa rimas. "Macam tak biasa keluar dengan I je!" Sindir Iana.

  "I jealous lah sayang!" Jazli merengek, menimbulkan sedikit kejengkelan di hati Iana.

  Seorang pemuda yang sedang bersidai di tembok itu berteriak, "bang, kalau jealous... masuk je awek tu dalam kotak!" Tawa sekumpulan kutu itu berderai. Entah apa yang kelakar sangat.

  Iana sekadar tersenyum lalu menarik lengan Jazli yang sudah mula menggenggam penumbuk. Wajah Jazli masam mencuka. Susah betul dapat girlfriend cantik macam ni. Ramai sangat peminatnya. Hai, nasib aku!

  Di dalam kereta Perdana milik Jazli, Iana hanya berdiam diri. Jazli mula risau dengan keadaan Iana. Takut juga kalau-kalau Iana terasa hati.

  "Sab, you marah I ke?"

  Iana sekadar menggeleng lesu.

  "Then?" Jazli bertanya lagi sambil jemari Iana dicapai lalu dikucup.

  "I penatlah. Hantar I balik please," jawab Iana. Memang Jazli nampak Iana kepenatan dan lesu.

  "Whatever you wish," Jazli akur walaupun sebenarnya dia masih mahu bersiar-siar dengan Iana.

  Perdana berwarna metalic olive green menderu meninggalkan Dataran Merdeka. Iana Sabira memejamkan matanya. Kebahagiaan dan kedukaan masa lalu menerjah benak. Farhan. Farhan!

  Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Kenangan masa silam terpadam sendiri. Pandangan tajam Jazli tidak dihiraukan dan dengan selamba dia menjawab panggilan.

  "Hello."

  "Oh sorry. Tak bolehlah."

  "I'm sorry."

  "I will let you know afterwards."

  Telefon bimbit bersaiz kecil sedikit dari tapak tangan itu dimasukkan kembali ke dalam tas tangannya. Jazli hanya mendiamkan diri walaupun perasaan ingin tahu meluap-luap dan jelas tergambar pada wajahnya.

  Setelah Iana tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersuara apatah lagi bercerita, Jazli pun membuka mulut. Konon-konon secara lewa dia bertanya, "siapa called?"

  "Kawan," jawab Iana sepatah.

  "Nama?" Jazli tak puas hati.

  "None of your business," nada Iana bersahaja.

  Kereta membelok lalu berhenti di hadapan kondominium mewah kediaman Iana. Jazli memandang Iana. Pelik dengan sikap Iana yang kadang-kadang mudah naik angin walaupun selalunya memang manja dan ceria. Macam ada split personality.

  "Jaz, unlock the door please."

  "No, tell me who phoned just now first." Jazli memegang kedua-dua tangan Iana supaya dia tidak dapat membuka pintu.

  "It is none of your business."

  "It IS my business since you are my girl!"

  Tawa Iana meledak. Kejam bunyinya. "Hello! Bila masa I jadi your girl? Sorry, dude. Kita tak pernah declare. I tak pernah cintakan you. Now let me go!" Kedua-dua tangannya direntap

  "You...," Jazli terkesima. Iana di hadapannya kini bukan wanita yang dikenalinya.

  "You what?" Ejek Iana. Punat yang membuka pintu ditekan.

  Iana melangkah keluar dengan senyuman yang menyindir masih terpamer. Pintu kereta ditutup dan sedikit pun dia tidak berpaling melihat Jazli. Kalau dia berpaling, nescaya Iana hanya akan nampak cermin hitam kereta Jazli. Di dalam kereta, Jazli masih terpinga-pinga tidak percaya apa yang baru terjadi.

  Iana terus mengatur langkah ke arah lobi yang menempatkan lif untuk naik ke penthouse. Sebelum masuk ke lobi, mesti scan access card dulu. Senyuman tidak lekang sepanjang perjalanan.

  Men, stupid! Bila masa I jadi girl dia entah? Memang dia tak sedar yang I tak pernah janji apa-apa? Panggilan sayang tu kosong sekadar suka-suka manja. Love? Yuck! My foot lah. Never in a million years.

  Pintu penthouse dibuka menggunakan kad. Deena belum pulang lagi. Jam di dinding dipandang sekilas. Nearly one o'clock! Tidur rumah Razmanlah tu. Steady girl kononnya. Steady my foot! Guys just want your body.

  Telefon bimbitnya bergetar lagi. Huh! Jazli! Diintainya melalui tingkap di tepi balkoni. Kereta Jazli masih berhampiran dengan pos pengawal keselamatan. Ah, go to hell!

  Iana menukar baju lalu terus masuk tidur setelah mematikan telefon bimbitnya yang tidak henti-henti berbunyi. Hatinya puas! Another broken heart. Pergilah terus berharap dan nyanyi Unbreak My Heart sana.

IANA SABIRA: CurangWhere stories live. Discover now