IANA SABIRA TERMENUNG sendirian. Panorama kota yang sibuk dan sesak terbentang di hadapannya. Kalau aku boleh terbang, aku nak terbang jauh-jauh dari masalah-masalah macam ni. Tak perlu nak berdepan dengan hal merepek lagi tak berfaedah dan menyakitkan hati.
Sebentar tadi Farhan baru sahaja telefon untuk mengundang Iana ke majlis pertunangannya. Babi betul! Sempat juga Farhan menyindir Iana tadi. Pedas sekali kata-kata jantan celaka itu. Ikut sedap mulut dia je. Ada ke patut dia kata dia bersyukur sebab berpisah dengan aku. Babi sangat! Dah la menggelabah majlis pertunangan pun nak jemput. Tak jadi kahwin baru tahu!
Farhan kata lagi, perempuan macam Iana ni tak akan ada orang yang sudi nak lamar. Kalau kahwin pun tak lama mesti bercerai. Sial! Dulu dia juga yang tabur janji nak sehidup semati. Sementara hidup ni dia dah lari, kalau mati? Mahu si Farhan babi tu pergi joli!
Iana sedar yang mungkin ada betulnya cakap-cakap Farhan itu. Selepas berpisah dengan Farhan, memang Iana sengaja berpeleseran dengan ramai lelaki. Tapi semasa dia masih dengan Farhan, Iana setia. Lurus dan terlalu percayakan Farhan sampai si Farhan berjaya mengkhianatinya. Tahu-tahu Farhan minta putus dan Iana ditinggalkan terpinga-pinga tak tahu apa kesilapannya.
Dengan tak semena-mena segaris senyuman muncul di wajah Iana. Ha... kalaulah Farhan tahu aku baru kena pinang... Eh! Ke dia memang dah tahu?
Telefon berdering.
"Hello?"
"Hai, sayang!"
"Hello, siapa ni?"
"Tunang awak lah."
"Bila masa saya bertunang?"
"Cik Iana Sabira sayangku, Syam ni!"
Uweeekkkk! Serta-merta Iana rasa loya nak muntah. Geli tekaknya dengar ayat manis Hisyam Reeza. Inilah kali pertama Iana mendengar suara Hisyam di telefon. Sebelum ini cuma melalui berita atau rancangan di televisyen sahaja. Paling dekat pun secara langsung semasa Hisyam Reeza berucap di sebuah majlis korporat.
Tak kena langsung nada gedik manja ni dengan personaliti tokoh korporat serius lagi alim dia tu! Gelinyaaaaa!!! Jerit Iana dalam hati.
"Oh, Syam... kenapa?" Nada Iana meleret. Fake habis!
"Malam ni kita dinner." Arahan. Bukan permintaan.
Iana mula rasa menyampah. Dia memang tidak suka diarah. "Tak nak lah!" Sebuah senyuman jahat terukir, "I nak keluar!"
"Keluar dengan I, " jawab Hisyam Reeza. Sekali lagi berbunyi seperti arahan.
"Buat apa?" Iana masih berdegil. Kukunya dibelek-belek, "I dah ada date lah. Bye!"
Panggilan diputuskan. Iana pasti yang Hisyam Reeza sedang bengang. Dah tentu Hisyam sedang menyumpah-nyumpah sekarang. Pasti dia menyesal menghantar orang tuanya untuk meminang seorang Iana Sabira. Iana tersenyum sendiri.
***
PULANG ke rumah, Iana terus mandi dan memasak mi segera. Kemudian, Iana makan sambil menonton televisyen. Cukuplah mi segera untuk mengalas perut. Iana tak rasa lapar sangat dan memang tak ada selera.
Selepas makan malam, dia mula bersiap-siap untuk keluar. Hmm... malam ni nak keluar dengan siapa ya? Buku merah jambu berkulit tebal dicapai. Helaian demi helaian diselak-selak.
Tak lama kemudian, buku merah jambu itu dicampakkan kembali ke tempat asalnya di atas meja. Semua membosankan! Baik I keluar seorang. Untung-untung dapat mangsa baru.
Kalau tak faham lagi, buku merah jambu itu merupakan Iana Sabira's own little black book. Daftar yang menyenaraikan teman lelakinya yang berderet-deret itu. Macam phone contact versi keji.
Iana bersiap-siap untuk keluar bersendirian. Namun, apabila Iana membuka pintu, Hisyam Reeza sedang berdiri di depan pintu sambil memegang sejambak bunga. Hisyam menatap wajah Iana yang terkejut beruk dengan sambil tersenyum nakal. Dengan selamba Hisyam menyerahkan bunga yang dibawa kepada Iana lalu ditariknya Iana masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup.
"Apa... apa you buat kat sini?" Tanya Iana setelah terkejutnya reda.
"Jumpa sayang I lah!" Bunga yang digendong Iana diambil lalu diletakkan di atas meja oleh Hisyam.
"Syam, apa you merepek ni?" Iana gugup.
"Apa pula merepek?" Hisyam mengeluarkan sebentuk cincin emas putih. "You tunang I, tapi tak ada cincin tanda. Mari I sarungkan."
"I tak nak lah!" Iana cuba melarikan diri apabila Hisyam mencapai tangannya.
Namun, ternyata Hisyam lebih pantas. Cincin emas putih bertatahkan sebutir intan kecil itu berjaya disarungkan ke jari manis Iana. Kemudian, Hisyam mengucup tangan Iana.
"Dah. Please... I nak keluar ni!" Iana cuba menanggalkan cincin itu. Muat-muat. Pandai malaun ni pilih saiz. Tak pun mesti mama yang bagitahu saiz jari aku!
Hisyam tersenyum melihat reaksi Iana. "Kalau cinta saya sejati, awak tak akan dapat tanggalkan cincin tu."
Entah mengapa jantung Iana tiba-tibe berdegup lebih kencang daripada biasa. Kata-kata Hisyam bagai mengusik hatinya. Iana merenung cincin di jarinya dengan penuh sayu.
"Sayang, kenapa ni?" Hisyam mencuit bahu Iana. "Tak suka dengan cincin tu?"
"Eh, bukan!" Apasal ni Iana. Get a grip! Iana menggeleng dan menyambung, "I nak keluar dinner ni, bye!"
Hisyam menangkap tangan Iana. Sebuah senyuman nakal terukir di bibir Hisyam. Degupan jantung Iana semakin kencang. Iana cuba melepaskan tangannya dari pegangan Hisyam.
"I dah call pizza delivery. You are not going anywhere but sit here and eat with me," kata Hisyam sambil tersenyum lebar.
Iana terkedu.
YOU ARE READING
IANA SABIRA: Curang
ChickLitAda perempuan yang memang suka pasang ramai selagi belum jumpa yang satu. Iana Sabira contohnya. Bacalah kisah Iana Sabira berdating sana sini tapi tak payah ikut perangainya kalau tak mahu dapat kekasih curang. Eh, nanti! Tak ada kena mengena. Cum...