VN 0002, 17 Jun 2014
Tiada jawapan. Blueticks sahaja. Ngada la dia . Main blueticks je haa. Dia tak fikir ke Ibu Abah dekat rumah ni ???
Tanpa sedar jari moleknya telah pun tertekan VN.
"Sorry tertekan.." dan button vn dilepaskan.
Saffa kembali meneruskan aktiviti kemas almari bilik tidur Saffiyah.
*bukkk* bunyi seperti kamus jatuh di belakang almari. Puas Saffa menolak almari untuk memcapai buku dibelakang almari itu.
Haaaaa, dapat pun ! fuh ! Fuh ! Ditiup buku yang berabuk itu. Tertera nama AINUL SAFFIYAH BT SUFFI. Seperti diari. Perlu ke buka ?
Hishh tak baik la. Hati Saffa berdebat. Tiba - tiba dia teringat, Ibu pesan dulu, "jangan usik kalau bukan barang kita, hormat hak orang lain."Jadi diletak semula atas meja belajar Saffiyah. Dan meneruskan kerja mengemasnya itu.
YOU ARE READING
Voice Note Buat Kakak
Short StoryDia pergi tanpa pesanan. Menghilangkan diri tanpa tinggal jejak sedikit pun. Ainul Saffa itu adalah aku. Ainul Saffiyah adalah kakak 5 minit aku. Muka mungkin sama tetapi perwatakan sangat berbeza. Bahasa mudahnya, orang kata aku adalah api manakala...