Vn 0016, 1 Julai 2014
" Hari ni kan Saffa pergi pasar malam, pastu aku belikan satu bear ulat , comelll, empuk bila peluk.. Kak suka biru putih kan ? Aku dah letak atas katil kau. Aku punya colourful.. hehe..
Kak, hujan malam ni.. guruh kilat tak putus putus.. Aku tak tahu kenapa tapi aku risau dekat kau. Kau selalu nyorok dalam selimut kan bila bunyi dia "grrrooommm" . Pastu kalau dia non stop, terus kau tidur sebelah aku.. hahaha.. comel la kau..
Kak, aku nak minta maaf kalau setiap kali kau bangun dari tidur tu terus kena tengking dengan aku.. Aku terkejut sebenarnya..
Abah belikan tauhu sumbat kau dekat pasar tadi.. Sayu aku tengok.. *diam suasana, hanya bunyi keluhan Saffa*
Aku tidur dulu.. Sleep tight Kak Saffi.."
SEND
YOU ARE READING
Voice Note Buat Kakak
Short StoryDia pergi tanpa pesanan. Menghilangkan diri tanpa tinggal jejak sedikit pun. Ainul Saffa itu adalah aku. Ainul Saffiyah adalah kakak 5 minit aku. Muka mungkin sama tetapi perwatakan sangat berbeza. Bahasa mudahnya, orang kata aku adalah api manakala...